KS | 37

461 14 0
                                    

Harraz menahan tawa bila memandang Aralyn yang sedang berjalan ke arahnya dengan jalan terkedek-kedek seperti penguin kerana perutnya yang sememangnya sudah membuncit.

Kandungan Aralyn sudah mencecah 7 bulan dan mereka juga sudah mengetahui jantina anak mereka. Seorang bayi perempuan!

"Ha apa tu tahan ketawa tu! Nak ketawakan cara Ara jalan lah tu!" Ujar Aralyn geram bila perasan suaminya sedang menahan tawa.

Akhirnya terlepas juga ketawa Harraz. Aralyn pula mencebik dan melabuhkan punggungnya sebelah Harraz atas sofa di dalam ruang tamu.

Harraz dan Aralyn sekarang menginap di rumah orang tua Aralyn pada masa ni dan kadang di rumah orang tua Harraz. Macam 2 minggu dekat orang tua Aralyn dan 2 minggu depannya lagi dekat rumah orang tua Harraz, berselang seli. Ini disebabkan Harraz tidak berani meninggalkan Aralyn seorang diri di rumah mereka lagi memandangkan Harraz selalu pulang lewat dari kerja. Keduanya sudah membuat ni dari kandungan Aralyn 5 bulan lagi.

"Takdelah, aku tengok kau ni mikin bulat perut mikin comel dan sekshi pula, sweetheart." Ujar Harraz lepas dia henti ketawa. Dia tersenyum-senyum memandang isterinya. Sumpah comel dan menggoda pula dengan perut bulatnya tu.

Aralyn membuat muka pelik. "Yang mikin gemuk ni seksi? Mata hubby tu lurus ke?" Betul ke tidak mata suaminya ni. Jelas dirinya semakin gemuk! Dia naik 8 kg tau sejak mengandung!

"Betul, hubby tak tipu. Kalau tak pregnant memang aku dah ngap kau sekarang ni, aums." Harraz menunjukkan riak gatalnya.

Aralyn cepat menampar bahu Harraz. Sehari tak menggatal dengannya tak sah! "Gatal!"

"Dengan kau je." Balas Harraz dan mencuri satu kucupan pada bibir Aralyn.

Aralyn menggulingkan matanya ke atas.

Sekarang ni, Aralyn sudah menukar panggilan Harraz kepada hubby. Kadang diorang masih menggunakan kau aku dengan masing-masing tapi Aralyn dah jarang guna kau aku dengan Harraz, Harraz saja yang kadang masih menggunakannya. Mereka tak kisah sangat pun dengan panggilan tu.

Tiba-tiba Aralyn mengaduh kecil sambil menyentuh perutnya.

"Baby tendang lagi?" Soal Harraz terus bila melihat reaksi Aralyn.

Aralyn mengangguk dengan ketawa kecil. Dia mengusap lembut perutnya. "Ya, anak hubby ni kuat betul dia tendang." Sejak beberapa hari ini, dia kerap merasa tendangan anaknya dari dalam perut. Anaknya sungguh aktif. Tapi Aralyn sentiasa merasa teruja bila dapat rasa gerakan dari anak mereka.

Harraz meletakkan tangannya atas perut Aralyn dan diusap-usapnya. "Aduhai anak papa, jangan tendang-tendang sangat, shiaaan mama letih nanti."

"Papa dia apa kurangnya, sama juga tiap hari gatal semacam, letih mama nak layan." Aralyn melepaskan rasa tidak puas hatinya. Setiap hari, kalau boleh nak setiap masa tangan dan bibir suaminya itu mengacau tubuhnya. Semakin gatal! Letih nak layan tapi sebenarnya dia suka je dengan layanan suaminya.

"Hubby dah kata sweetheart sexy. I can't resist you." Harraz menayangkan wajah polos.

Aralyn menggulingkan matanya lagi. Ada saja nak dibalasnya.

Lama Harraz merenung wajah isterinya tu dari tepi yang sudah memandang skrin televisyen tu.

"Oh sheet." Tiba-tiba Harraz bersuara lagi.

"Kenapa mencarut?" Tanya Aralyn hairan suaminya tiba-tiba mengeluarkan kata carut. Harraz memang bukan seorang yang mencarut, ada masanya saja.

"I think I'm falling for you for the second time. I kept falling for you, my sweetheart. Apa aku nak buat ni? Aku memang betul teruk dah angaukan kau ni. Kau cantik dan comel sangat." Seloroh Harraz, matanya seronok memandang isterinya. Indah betul pemandangan.

Kekal SelamanyaWhere stories live. Discover now