KS | 04

391 15 0
                                    

Kembali sahaja Aralyn ke rumahnya, dia kembali menangis di depan kedua ibu dan ayahnya, puan Aisyah dan tuan Irfan sambil menceritakan tentang hal itu.

Puan Aisyah turut mengalirkan air mata melihat keadaan anaknya yang sedih itu. Merasa kecewa dan kesal juga terhadap kelakuan Fahim. Sanggup dia buat anak mereka macam ini.

Tuan Irfan pula hanya mengeluh kesal dan cuba memujuk anak perempuannya itu sahaja. Aralyn lah satu-satunya anak mereka. Dia sangka, dia akan menyerahkan anaknya kepada lelaki yang baik, namun sangkaannya salah.

"Pernikahan itu, nak buat macam mana Ara?" Soal puan Aisyah perlahan sambil mengusap bahu Aralyn.

Aralyn berdiam sekejap.

Itulah. Sepatutnya, memang majlis itu akan dibatalkan, dah bakal pengantin lelaki lari. Dengan siapa dia nak nikah?

Aralyn geleng perlahan. "Nanti Ara fikir ibu.." Balasnya lemah.

"Tapi tinggal 2 minggu lagi sayang ibu..." Ujar ibunya.

Keluhan dilepaskan oleh Aralyn. "Ara tahu, bagi Ara beberapa hari ibu."

Oleh itu, bicara Aralyn tu puan Aisyah balas dengan anggukan.

»

Keesokan harinya, walaupun lemah dan malas, dia gagahkan dirinya juga untuk bangun. Dia dah janji dengan Zahra semalam untuk berjumpa dengannya. Sekarang ni pun dah pukul 11 pagi. Dia lambat tidur sebab menangis semalaman, memikir nasibnya. Dia cuba untuk tidak menangis, tapi tak dapat.

Lepas mandi, dia pun mula bersiap. Pakaiannya pun simple saja, dan mukanya yang suram tu ditampalkannya sedikit dengan foundation, bedak, blusher dan lipbalm. Dia memang selalu pakai makeup, tapi natural look sahaja.

Tudung shawl jersey nya dipakainya ala kadar saja, malas. Tiada mood nak berlawa.

Selesai sahaja bersiap, dia turun ke bawah untuk menyalam ibu dan ayahnya. Mereka pun menitipkan pesanan untuk berhati-hati di luar tu.

»

Sampai saja dia dalam sebuah cafe, masuk saja dia dah nampak Zahra menunggunya.

Melihat Zahra, air matanya mula bergenang semula. Dia berjalan mendekati meja Zahra. Zahra lantas berdiri dan menarik Aralyn dalam pelukannya. Dia mengusap belakang Aralyn sehinggalah dia bertenang. Lepas itu Aralyn pun duduk di depan Zahra.

Mujur tidak ramai dalam cafe itu hari ini. Ada dalam 6 orang kot. Cafe ini pun besar dengan interior design yang nampak sangat aesthetic.

Aralyn pun menceritakan segalanya kepada Zahra dengan perasaan yang geram dan sedih. Zahra pula terbengang dengan sifat Fahim yang tak guna itu.

Tanpa sedar, lelaki yang berada di meja belakang Aralyn tu pun terdengar akan ceritanya. Dia mengepal penumbuk.

Zahra mengetuk mejanya kuat sampai orang lain yang dalam cafe itu terdengar. Zahra pula termalu sendiri dan menyembunyikan mukanya sebentar.

"Ish! Aku dah agak something was bad about him! Firasat aku selalu betul tau tak?!" Nyata Zahra dengan amarah.

Aralyn mengeluh lemah. "Aku sepatutnya dengar cakap kau kan dari awal? Sekarang aku yang merana." Ujar Aralyn datar. Tapi apa nak buat? Benda dah jadi.

"The world's most bodoh person goes to Nur Aralyn Irdina!" Sambungnya sendiri dengan nada sinis.

Zahra pula menggeleng. "Janganlah cakap macam tu Ara. Ini semua salah Fahim!"

"Sanggup jantan tu buat kau macam tu."

Sedikit terkejut Aralyn apabila mendengar suara garau lelaki berkata dari belakangnya. Dari nadanya, dia seperti menahan marahnya. Terus Aralyn berpusing belakang dan memang ada seorang lelaki yang duduk membelakanginya.

Kekal SelamanyaWhere stories live. Discover now