6

1.6K 248 23
                                    

Alhamdulillah menjelang subuh keadaan aku sudah bertambah baik.  Ikram kejutkan aku untuk solat subuh berjemaah bersamanya. Aku cepat-cepat bersiap mengambil wuduk dan memakai telekung.

Hari ini hari yang istimewa. Aku bersyukur kerana hari ini tiba dalam keadaan Ikram sudah bertaubat dan berusaha menyayangi keluarga kecil kami.

Sejuk hati aku melihat dia dalam jubah putihnya. Kalau dulu, hati ini sering panas melihat betapa munafiknya dia menyarung jubah itu. Tetapi benarlah, hati manusia boleh berubah. Semoga dia akan terus berusaha mencari kebaikan.

"Abang, abang jaga Haikal sekejap boleh tak hari ni? Sayang nak keluar sekejap je pukul 10 nanti dalam satu jam macam tu," pintaku.

"Boleh je, sayang nak pergi mana?" Dia bertanya semula.

"Ada hal kuih sikit." Aku menggaris senyuman manis untuknya.

"Okay, boleh abang izinkan." Keizinan dia membuat hati aku girang.

Tepat jam 10 pagi, aku keluar rumah. Axia kelabu meluncur laju ke kedai kek berhampiran. Aku pilih kek coklat kecil sempena hari lahir Ikram yang ke 29. Sengaja aku cakap satu jam tetapi aku mahu pulang lebih awal. Aku ingin melihat reaksinya. Pasti dia gembira dengan kejutan ini. Apa yang Ikram tidak tahu, aku sebenarnya berniat untuk hadiahkan dia set memancing. Nanti petang aku sendiri akan mengajaknya ke kedai memancing. Dulu memang aku tidak suka dengan hobi memancingnya tetapi memandangkan dia sudah insaf sekarang, baiklah dia pergi memancing daripada jumpa perempuan simpanan dia tu.

Pintu aku buka perlahan-lahan. Kek aku letak di atas kotak kemudian butang rakam pada telefon aku tekan.

Keterujaan aku mati apabila mendengar tangisan Haikal. Aku terus menuju ke biliknya.

Astaghfirullahalazim

Entah tenaga apa yang meresap masuk ke tubuhku, aku menolak tubuh Ikram yang tidak berseluar menjauhi Haikal yang berada dalam posisi meniarap tanpa seurat benang.

Kek yang aku pegang terjatuh ke lantai. Telefon aku pula terjatuh di atas katil Haikal.

"Abang dah gila ke? Abang buat apa ni? Kalau abang nak, buat dekat saya bang. Saya! Bukan Haikal. Abang memang binatang!" Aku meraung bagai histeria. Haikal aku dakap kuat.

Bodohnya aku menyangka manusia mudah berubah. Bodohnya aku mengimpikan bahagia sedang jelas luka, darah dan nanah yang ada.

"Kau diam! Aku nak budak tu!" Tubuh aku ditolak kasar. Tudung aku ditarik sehingga tercabut namun aku gagahkan juga untuk melindungi Haikal daripada binatang jijik yang sanggup hendak makan anak sendiri.

"Abang tak cukup dengan perempuan simpanan abang tu, abang nak hancurkan masa depan zuriat abang sendiri? Dah la bang, ceraikan saya bang! Ceraikan saya!" Aku menjerit semahunya.

"Aku dah cakap aku takkan ceraikan kau. Kau tu punching bag aku, bodoh!" Pipi aku ditampar berkali-kali.

Tangisan Haikal semakin kuat.

"Buat apa lagi abang nak simpan saya? Kalau betul abang jantan, abang ceraikan saya sekarang!" Aku meludah darah ke kakinya.

"Aku dah cakap aku tak nak ceraikan kau! Kau jangan cabar aku ya perempuan sundal." Leher aku dicekak kasar lalu dihentak kepala aku ke dinding. Pening rasa hitam dunia ini seketika.

"Tolong bang, ceraikan saya bang. Ceraikan saya." Aku merayu lagi.

"Aku tak nak ceraikan kau. Kenapa kau nak sangat cerai? Sebab anak yang kau kandung tu bukan anak aku kan? Mustahil aku yang dah bertahun tak makan kau tiba-tiba dengan ajaibnya sekali buat kau boleh mengandung terus. Kau berzina dengan lelaki lain sampai mengandung lepastu kau kata tu anak aku kan? Anak tu bukan anak aku kan? Aku tahu tu bukan anak aku." Berkali-kali Ikram menafikan zuriatnya.

"Astaghfirullahalazim apa abang merepek ni? Anak ni memang anak abang. Saya minta cerai sebab saya dah tak tahan lagi dengan abang." Berjuraian air mata aku. Selama ini aku setia dengan dia. Bertahun aku cuba pertahankan rumah tangga ini sendirian hanya untuk dituduh berzina oleh suami sendiri.

"Kau memang tak akan jejak syurga. Penzina macam kau ni yang perangkap aku untuk dapatkan duit nafkah boleh pergi mampus." Dia sasarkan tendangannya pada perut aku. Haikal yang cuba mendekati aku juga menjadi mangsa tendangannya namun aku tak dapat berbuat apa-apa untuk Haikal kerana aku sedang melindungi kandunganku.

"Abang ceraikanlah saya bang... tolong..." Habis daya aku merayu.

Dia keluar tanpa sebarang kata dari bilik Haikal. Aku terus mendapatkan Haikal yang mengerang kesakitan. Namun tak lama, Ikram kembali dengan sebilah pisau.

"Astaghfirullahalazim abang, mengucap abang. Ingat Tuhan bang." Aku bimbang dia akan bertindak lebih jauh.

"Ingat Tuhan? Ha hahahahaha ha hahahaha." Dia ketawa terbahak-bahak seperti hilang warasnya.

"Kau yang kena ingat Tuhan, perempuan murahan." Dia berbisik di telinga aku. Begitu rapat bibirnya sehingga aku dapat merasa hangat desahan nafasnya.

Matanya merenung mataku lama kemudian dia mengusap pipi aku dengan begitu lembut. Rambut aku yang sudah tidak keruan diselit ke belakang telinga. Air mata aku dijilat dengan lidahnya.

"Perempuan kotor macam kau ni, tak payah tunggu hukuman akhirat. Aku boleh wakilkan Tuhan untuk hukum kau." Dia larikan belakang pisau di pipi kiri aku.

"Haikal jangan dekat! Abang buatlah apapun dekat saya bang, jangan apa-apakan Haikal bang." Lemah sudah seluruh tubuh aku.

Jijik dan rakus.
Dia binatang. Dia binatang. Dia binatang. Dia binatang. Dia binatang!

"Kau nak cerai kan? Kau tandatangan borang ni dulu." Dia lemparkan satu fail bersama pen.

"Borang apa ni bang?" Aku ragu.

"Tandatangan je la jangan banyak bunyi. Kau tu perempuan miskin tak ada kerja tak layakpun nak jadi penjamin sesiapa. Tandatangan je la." Tangannya mencengkam tangan aku lalu diletakkan pen.

Tangannya mencekup leher aku.

Dalam keterpaksaan, aku tandatangan juga borang yang tidak aku ketahui isinya.

Ikram mengambil borang itu. Dia tersenyum puas.

"Kau dengar sini, anak dalam perut kau bukan anak aku. Aku ceraikan kau talak tiga!" Serentak dengan lafaz cerai itu Ikram mengelar pipi aku panjang hingga ke dagu. Darah membuak-buak mengalir.

"Kau jangan harap akan jumpa lelaki lain. Kau jadi buruk sebab dosa kau sendiri menderhaka dekat suami. Kalau kau nak sungguh cerai, kau uruskan dekat mahkamah sendiri. Aku takkan lari aku balik rumah mak aku kau carilah aku dekat situ." Ikram meludah wajahku  lalu ditendangnya Haikal.

Dia memakai seluarnya kembali kemudian terus meninggalkan rumah ini.

Tiada satu perkataanpun yang mampu menggambarkan perasaanku sekarang. Segalanya terlalu pedih. Aku merangkul Haikal yang menangis kuat.

"Haikal, maafkan ibu..." Aku tidak kuat lagi. Air mataku yang bercampur darah mengalir bagai tiada kesudahan.

Semahu-mahunya aku menangis. Bagaikan terhempas gunung di kepalaku. Segalanya terlalu berat walaupun penceraian itu aku yang pinta.

"Sara! Sara! Astaghfirullahalazim, bodoh punya jantan. Astaghfirullahalazim Sara." Aku melihat Salwa dalam samar. Entah betul entahkan khayalan namun tubuh aku sudah tidak lagi dapat menanggung beban ini.

Hitam. Kelam.

Tangisan dan panggilan Haikal sendiri sudah tidak terdaya untuk aku sahut.

Langit SenjaWhere stories live. Discover now