27

2.2K 345 45
                                    

Hari ini kedai buka seperti biasa. Cuma seorang pekerja aku yang datang kerana seorang lagi mengadu tidak sihat.

"Kak Sara, cuba akak tengok kek ni. Macam naik kulat." Kirah mengeluarkan kek kukus yang berada dalam peti sejuk.

"Biar betul? Kita buat dia semalam kut." Aku mengambil bekas kek kukus itu lalu aku perhatikan lama. Memang berkulat.

"Cuba tengok yang lain." Pintaku.

Kirah terus mengeluarkan bekas yang lain. Sama juga nasibnya. Dalam 16 bekas yang kami buat 3/4 berkulat.

"Semalam peti sejuk mati je? Rasa macam tak. Tapi macam mana pula boleh naik kulat ni?" Aku cuba memikirkan jawapan yang logik.

Semua kek kukus itu terpaksa aku buang. Bekasnya aku ambil kerana masih boleh dibasuh. Nasib baik Kirah yang nampak. Kalau pelanggan yang mengadu, boleh lingkup perniagaan aku.

Aku minta Kirah siapkan dekorasi creampuff yang aku tinggalkan tadi supaya aku boleh periksa produk lain.

"Assalamualaikum Sara, kau ni kata tutup seminggu je. Sampai 10 hari akak tengok tutup je kedai kau ni. Nasib la hari ni buka." Seorang pelanggan aku masuk dan terus mengadu.

"Waalaikumsalam, kak. Saya dah buka dari hari Isnin haritu kak. Mana ada saya tutup." Akupula yang keliru.

Pelanggan memang tak ramai pada hari minggu tapi aku perasan juga jualan aku sedikit merosot tiga hari kebelakangan ini. Tapi begitulah lumrah berniaga. Bukan hari-hari pelanggan beratur panjang. Ada pasang dan surutnya.

~

"Assalamualaikum bidadari saya." Ahmad yang baru pulang dari mengambil Haikal di sekolah menyapa aku yang sedang membuat kerja pembersihan sebelum menutup kedai.

Keluhan berat aku lepaskan.

"Boleh tak abang pergi kedai sebelah? Rimas la. Orang banyak kerja ni." Aku tak boleh nak hadap muka Ahmad. Setiap kali dia dekat aku rasa menyampah. Meluat yang teramat. Ayat-ayat manisnya buat aku rasa geli.

Dua tiga hari lepas balik dari Janda Baik aku sendiri tak tahu kenapa tapi melihat Ahmad sahaja buat aku rasa menyampah. Kalau dia usik aku, lagilah aku rasa nak marah.

"Sayang macam moody je. Kenapa ni?" Ahmad cuba memegang tangan aku. Pantas aku mengambil jarak.

Ahmad cuba mendekat.

"Aku kata pergi kau pergi la. Pekak ke?" Naik tinggi suara aku.

Ahmad tersentak. Alisya yang sedang bermain di ruang playroom menangis.

"Abang ambil Alisya ya? Kesian dia nangis. Sayang cool down dulu nanti kita bincang ya?"

"Kau nak bincang apa? Tak payah nak buat baik dengan aku la. Kau jangan sentuh Alisya. Dia tu anak aku. Dia anak aku dengan Ikram bukan anak kau. Kau tu cuma bapa tiri dia je. Pergi aku kata pergi!" Aku campak kain buruk yang aku pegang ke mukanya.

"Abang tunggu dekat luar la ya?" Kain yang jatuh di lantai itu Ahmad kutip lalu dia letakkan di atas meja sebelum dia berlalu pergi.

"Ibu, kenapa ibu buat walid macam tu?" Haikal yang memerhatikan dari tadi menarik lengan aku.

"Ibu buat apa dekat walid?" Aku jadi keliru.

"Ibu marah walid. Ibu cakap Haikal dengan Alisya bukan anak walid." Kecil sahaja suara Haikal seperti dia takut untuk bercakap.

"Astaghfirullahalazim, bila ibu cakap macam tu Haikal?" Takkanlah aku tergamak berkata begitu sedangkan Ahmad yang sudi mengambil aku si ibu tunggal sebagai isteri.

Langit SenjaWhere stories live. Discover now