26

2.2K 332 30
                                    

Hidung Haikal melekat pada cermin dek terlalu teruja pertama kali dapat pergi ke luar negeri. Selama ini dunianya terlalu sempit. Tetapi tidak lama dia begitu. Baru separuh jalan, sudah tertidur. Alisya pula sudah kekenyangan menyusu sebelum bergerak maka tidurlah dia.

Tangan kanan Ahmad di stereng kereta. Tangan kirinya menggenggam tangan kanan aku. Macam la aku boleh lari dari kereta ni. Tak pergi manapun.

"Banyak ya tempat abang invest. Kawan-kawan abang semuanya kira petani moden juga lah ya?"

"Geng busuk abang? Kami sama-sama join Agropreneur Muda bawah FAMA. Basically FAMA bagi 3 jenis bantuan la untuk belia yang nak jadikan pertanian sebagai perniagaan. Ada Geran Agropreneur Muda untuk start business, pembiayaan untuk yang nak kembangkan business dengan latihan dan bimbingan. Macam abang, abang direct ke Lembaga Nanas Malaysia untuk dapatkan benih nanas yang berkualiti.

"Kenapa namanya geng busuk? Celah mananya busuk abang ni tak fahamlah ayang."

"Kami ni geng expo pertanian ha gitu la. Geng abang ada  empat orang. Abang projek nanas, Tan projek salad Cameron Highland, Ramesh projek cili Teluk Intan dengan Kamal Mangga Harum Manis Perlis nun. Kami ni sebaya. Dah selalu jumpa dekat expo, open table bincang hal business sama-sama. Geng busuk sebab kalau jumpa tak pernah wangi. Berpeluh set up booth angkat itu ini." Sambil bercerita, Ahmad tersenyum. Nampak benar dia betul-betul menyukai pekerjaannya.

"Kalau abang tak jadi businessman agaknya abang jadi apa?"

Senyuman Ahmad kendur sedikit tapi cepat-cepat dia tersenyum kembali.

"Maaf kalau ayang tersilap tanya." Aku sudah gelabah. Pastilah itu hal yang sensitif bagi Ahmad kerana dia perlu menjaga Izz sejak dia masih bersekolah.

"Tak adalah, benda dah lama berlalu. Kalau tak jadi petani mungkin abang jadi ustaz kut. Betul-betul seminggu lepas dapat keputusan SMA umi san abi meninggal. Abang ingat lagi bangganya umi dan abi bila dapat naik pentas sama-sama dengan abang sebab abang dapat mumtaz sofi. Abi siap cakap dekat abang lagi abang belajar je baik-baik. Abi akan uruskan perjalanan abang belajar ke Mesir. Tapi siapalah kita nak melawan takdir kan? Waktu abi campak Izz keluar dari rumah yang sedang terbakar dan abang sambut dia, abi pesan satu perkara. Jaga Izz. Jadi tanggungjawab wali Izz jatuh pada abang. Abang tak pernah cerita benda ni dekat sesiapa. Dah tua macam ni baru la ada orang yang bertanya. Tak terluah benda ni dah sekian lama."

"Abang mana ada tua." Rupanya Ahmad memendam rasa sekian lama.

"36 tahun tua la tu. Ayang 28 tahun. Masa ayang lahir, abang sekolah dah."

"Abang belia hot and spicy." Aku mencelah.

"Kita kerja busuk-busuk je. Celah mana hot and spicy tu?" Ahmad tergelak mendengar gelaran yang aku beri.

"Hot and spicy dia cuma ayang je yang tahu." Aku cubit tangan Ahmad. Sengaja mahu mengurat suami sendiri.

"Macam cantiknya bidadari abang ni la? Cuma abang je yang tahu." Aku mahu mengurat dia, aku pula yang cair.

"Abang nak tahu satu fakta menarik tak?" Aku memancing perhatiannya.

"Apa?"

"Sebenarnya abang pernah tengok muka sayang tanpa parut. Ayang dengan Haikal datang gerai abang masa mengandungkan Alisya."

"Seriuslah?"

"Takkan orang tipu pula? Betul."

"Bukan jauh ke rumah lama ayang dengan gerai abang? Satu jam drive kan?"

"Masa tu ayang tengah stress sangat jadi ayang nak cari ketenangan. Rupanya ayang memang jumpa ketenangan yang ayang cari. Jumpa bakal suami rupanya. Sayang pernah chat abang lagi dekat FB."

Langit SenjaWhere stories live. Discover now