22

2.1K 327 72
                                    

Jantung aku rasa hendak tercabut sekarang. Debarnya lebih dahsyat berbanding akad pertamaku dulu. Aku sendiri tidak menduga yang aku akan bernikah lagi secepat ini.

Izz sudah berada di sisi aku bersama  mak aku. Majlis pernikahan ini ringkas sahaja. Akad nikah dan jamuan kecil. Tiada pelamin mewah atau makan beradab. Cuma ada photobooth untuk gambar kenangan dan dua buah khemah untuk jamuan makan ahli keluarga terdekat.

Sebaik sahaja Encik Ahmad masuk, Alisya yang aku pangku terus merangkak dengan laju ke arah Encik Ahmad. Tak sempat aku nak tangkap.

Encik Ahmad yang nampak Alisya merangkak ke arahnya terus mendukung Alisya. Haikal masih ada lagi di sebelah aku. Alisya sangat rapat dengan Encik Ahmad seakan-akan memang takdirnya untuk berayahkan Encik Ahmad.

Encik Ahmad menoleh ke arah aku lalu melemparkan senyum sapaan. Kemudian dia duduk bersama Alisya di pangkuan. Aku pula yang jadi tak keruann

Tok kadi memulakan khutbah nikah. Haikal yang kebosanan duduk di sebelah aku boleh pula pergi ke Encik Ahmad dan bergayut di belakang badannya. Encik Ahmad layankan sahaja kemudian dia menarik Haikal duduk di peha kanannya. Alisya pula di sebelah kiri.

Apabila Tok kadi menghulur tangan, Haikal pula yang menyambut tangan itu. Siap pakej dicium lagi. Habis pecah ketawa seisi rumah.

Kemudian Encik Ahmad pula menyambut tangan Tok Kadi.

"Aku nikahkan engkau Ahmad Fahim bin Khalid dengan Sara Adawiyah binti Abdul Razak dengan mas kahwin seutas rantai tangan emas tunai."

"Aku terima nikah Sara Adawiyah binti Abdul Razak dengan mas kahwinnya seutas rantai tangan emas tunai." Lancar dan tenang suara Encik Ahmad.

"Sah?"

"Sah."

"Alhamdulillah."

Aku sudah sah bergelar isteri kepada Encik Ahmad Fahim yang aku temui pada saat aku benar-benar kehancuran.

Lafaz taklik kubaca. Sayu terasa di jiwa. Kemudian Encik Ahmad pula membaca lafaz yang sama. Selesai doa dibaca, dia yang sudah sah bergelar suamiku membawa Alisya di tangan kirinya dan Haikal di tangan kanannya mendekati aku.

"Assalamualaikum bidadari saya." Salamnya sahaja membuat aku lupa cara bernafas.

Alisya dan Haikal turun. Izz memanggil Haikal dan meminta Haikal membawa kotak baldu ke arah kami.

"Terima kasih Haikal." Encik Ahmad mengambil kotak baldu itu.

Kotak baldu itu dia serahkan kepadaku.

"Lah, dipakaikan la bang ada ke bagi dengan kotak sekali?" Izz menepuk dahi.

Kotak itu aku serahkan semula kepadanya. Dengan cermat Encik Ahmad pasangkan rantai tangan yang ringkas sahaja rekaannya ke pergelangan tangan aku. Lalu dia menghulur tangan.

Ah sudah.

"Ibu, salam." Haikal membawa tangan aku ke tangan Encik Ahmad.

Tangan Encik Ahmad kasar. Tanda dia rajin bekerja. Kepada dirinya aku taruhkan hatiku sekali lagi. Semoga pernikahanku kali ini lebih baik berbanding yang dulu.

Dia letakkan tangannya di dahiku kemudian dia membaca doa

Allahumma inni as'aluka min khairiha wa khairi ma jabaltaha 'alaihi. Wa a'udzubika min syarriha wa syarri ma jabaltaha 'alaihi.

Ya Allah sesungguhnya aku bermohon kepadamu kebaikan dirinya dan kebaikan yang Engkau tentukan kepada dirinya. Dan aku berlindung kepadamu dari keburukannya dan keburukan yang Engkau tentukan kepada dirinya.

Kemudian dia melepaskan dahiku. Tiada kucupan di dahi seperti kebiasaannya pengantin baru. Aku juga melepaskan tangannya.

Selesai sudah majlis akad. Semua tetamj dijemput ke bawah khemah untuk makan.

Aku keluarkan makanan Alisya kerana si kecil itu sudah merengek lapar.

"Sara makan dengan Haikal. Makanan Alisya tu bagi saya. Biar saya bagi dia makan." Ahmad menghulur tangannya.

"Eh, encik makanlah dulu. Tak apa Alisya dengan saya." Aku tak tahu nak panggil Encik Ahmad apa. Kalau boleh aku tak mahu panggil dia abang seperti aku panggil Ikram dulu. Entahlah aku rasa aku trauma dengan panggilan itu.

"Tapi Alisya ada dengan saya jadi saya la bagi makan. Lagi satu," Ahmad berjeda sebentar kemudian dia merapat ke telinga aku.

"Kalau tak mahu panggil abang, boleh panggil darling. Panggil oppa ke mas ke okay juga. Tak mahulah encik. Boleh ya, bidadari saya?" Dia mengambil bekas makanan Alisya yang hampir terlepas dari tangan aku.

MasyaAllah Encik Ahmad Fahim yang nampak innocent rupanya boleh bermulut manis! Jantung aku bagai hendak gugur dibuatnya.

~

Jam 4 petang.

Izz meminta diri. Tak sampai hati aku melihat air wajahnya yang kelihatan berkecamuk emosinya. Pastilah, abangnya sudah membina hidup baru.

Abang, adik nak balik dah ni. Jaga diri, jaga Kak Sara, jaga anak-anak abang tau.” Suara Izz menggeletar.

“Kau lupa satu lagi. Jaga kau, budak kecik. Kau masih bawah tanggungan abang.” Ahmad mengusap kepala Izz lalu Izz memeluknya.

“Terima kasih lamar akak untuk Abang Ahmad, Izz. Dia selamanya abang Izz. Datanglah rumah selalu. Kalau tak, kami datang ke rumah Izz.” Aku pula menghadiahkan dia pelukan.

Setelah Izz berlalu pergi, seorang lelaki pula menghampiri kami. Dialah Amirul Mukminin yang selalu menjadi modal usikan Ahmad. Dari gayanya memang boleh nampak dia seseorang yang boleh diharap.

"Abang, lepas ni giliran saya kan?"

"Ei gatal. Adik aku tu sekolah lagi." Diluku kepala kepala Am. Kuat pula tu.

"Bang! Sayapun sekolah lagi kalau nak kira macam tu. Takkan nak tunggu dia pencen kut?"  Am menarik muka tidak puas hati.

"Aku gurau je la. InsyaAllah tahun ni juga aku nikahkan kau berdua. Dah ready dengan mahar yang aku minta?"

"InsyaAllah dah bang. Nak lengkapkan mahar abang bagi tu jauh saya belajar bang."

"Kau jangan tengok sangat Izz tu aku sekeh nanti. Minta tolong adik-adik kau tengokkan dia. Balik ni confirm dia nangis. Kau bukan tak kenal Izz tu nampak je keras tapi hati marshmallow."

Mereka berdua bersalaman kemudian Amirul berlalu pergi.

"Mahar Izz apa?" Aku jadi teringin nak tahu. Kenapa sampai kena belajar jauh?

"Mahar Izz surah Al-Fatihah dan gelang emas. Dunia akhirat saya minta dia sediakan untuk Izz. Tapi bidadari saya ni subhanallah sangatlah memudahkan. Duit hantaran tak mahu, majlis tak mahu, maharnya rendah. Cantik akhlaknya secantik tuannya." Bisikan itu cuma kedengaran di telinga aku.

Aku ingat bila bernikah dengan Encik Ahmad, aku punya ruang untuk bernafas. Rupanya cinta dia lagi buat aku sesak nafas!

Langit SenjaWhere stories live. Discover now