28

2.2K 331 59
                                    

POV Ahmad

Aku minta Sara duduk di rumah hari ini untuk jaga Alisya. Haikal juga aku cutikan. Kedai buah dan bakeri aku buka seperti biasa.

Kedatangan pagi aku disambut dengan bangkai anak kucing di depan bakeri. Anak kucing itu aku alihkan dan tanam di belakang kedai.

Mata aku terpandang bungkusan kain kuning. Barang sihir yang menyebabkan terhijab pandangan orang daripada melihat bakeri ini. Aku ambil minyak petrol di van bersama pemetik api.

Ikatan benang pada bungkusan itu aku rungkaikan lalu kucurah petrol. Aku hidupkan pemetik api untuk membakar bungkusan itu diiringi bacaan surah Yunus ayat 81 hinggq 83, ayatul kursi dan surah Al-Falaq sambil aku niatkan sihir itu pulang pada tuannya.

Aku putuskan untuk tutup dua-dua kedai hari ini. Aku tak terus pulang ke rumah sebaliknya aku mandi terlebih dahulu di masjid.

"Assalamualaikum sayang, macam mana rasa sekarang?" Aku telefon Sara terlebih dahulu.

"Waalaikumsalam, rasa rindu." Manja suara Sara.

Kalau ikutkan hati mahu sahaja aku pulang sekarang tapi aku tahan diri.  Belum masanya lagi.

"Selain rasa rindu ada rasa mual? Pening? Craving pelik-pelik?"

"Abang ni kan! Main-main la. Sayang tak mengandung tau." Ceria kedengaran suara Sara. Cukuplah itu buat aku bahagia.

Sara tak tahu betapa seksa rasa di jiwa pada hari-hari yang telah berlalu bila dia tidak tersenyum padaku. Aku tak ambil hati sedikitpun terhadap segala kata-kata kesat yang keluar dari mulutnya kerana aku tahu itu bukan Sara Adawiyah bidadariku.

"Sara, malam ni abang balik lambat sikit. Abang dah telefon Izz untuk teman Sara dan anak-anak. Sara kunci pintu dan baca ayat pelindung tau? Abang akan cuba balik secepat mungkin." Aku beri pesanan kepada Sara.

"Abang nak buat apa?" Sara bimbang. Tentulah, aku tak pernah tinggalkan dia bersendirian pada waktu malam. Aku faham kerisauannya.

"Ada orang nak datang kedai." Aku tak menipu cuma tak beritahu secara lebih mendalam.

"Oh, cepat balik tau bang. Ayang dah masak untuk abang." Alhamdulillah nampaknya Sara sudah boleh bangun untuk masak. Cukuplah tu.

Panggilan aku matikan. Tak banyak yang aku lakukan sementara menanti munculnya bulan. Aku cuma menyemak kembali hafalan-hafalan tertentu dengan iman tua masjid ini. Sudah mencecah 80 tahun usianya tetapi masih sihat dan cergas.

"Ahmad, kau nak kerjakan siapa ni? Suaranya keras, ayat-ayat pilihan kau ni keras semuanya." Tok Imam ini mempunyai firasat yang tajam. Tak guna membohonginya.

"Maaf tok. Saya ulang ya?"

"Tak perlu ulang, Ahmad. Tok tahu kau tengah memendam amarah. Daripada kata-kata kesat yang kau luah, baiklah kau basuh lidah dengan istighfar dan kalamullah."

"Ahmad, kau tahu ada benda yang cuba mengikut kau?"

"Tahu Tok, pengirimnya juga saya tahu."

"Ahmad, tiada daya yang mampu menbantu melainkan Allah. Allah itu Maha Esa. Allah sahajalah tempat kita bergantung. Dia tidak punya anak dan tidak diperanakkan. Dan tak ada sesuatu yang setara denganNya. Kau faham kan Ahmad?"

Aku mengangguk faham. Membenarkan maksud surah Al-Ikhlas yang memperihalkan tentang sifat Allah SWT. Tok mahu aku hanya bergantung kepadaNya dan tidak perlu gentar tentang ancaman dari makhluk apatah lagi yang melakukan perbuatan syirik.

Dari zohor hingga ke isyak aku berada di masjid. Sebaik sahaja selesai solat isyak, aku terus menuju ke kedai. Van aku letak sedikit jauh. Firasat aku mengatakan Ikram akan muncul malam ini kerana aku sudah membuat provokasi semalam dan pagi tadi aku sudah membakar barang sihir yang dia hantar.

Langit SenjaWhere stories live. Discover now