20

2.1K 322 60
                                    

POV Ahmad Fahim (lagi hahahaha)

Semalam Haikal tak datang mengaji macam biasa. Puan Sara ada mesej katanya Haikal tak sihat lepas balik tadika. Nak tanya lebih-lebih macam tak patut pula. Semalam aku ada hantar nanas tapi tiada siapa di rumah. Patut ke datang hari ni untuk ambil bayaran? Tapi macam ahlong kutip hutang la pula. Takut Puan Sara sibuk mengurus anak, aku lagi menyibuk minta duit pula.  Tapi kalau tak pergi macam tak sedap hatilah pula. Tapi kalau pergipun aku boleh buat apa?

Argh, dilema!

Lantak lah sana, lagi lama aku tunggu lagi serabut kepala. Kunci van aku ambil. Sepanjang jalan aku berkira-kira patutkah aku patah balik atau singgah kedai beli sesuatu tapi dek lama sangat berfikir, tahu-tahu sudah sampai rumah Puan Sara.

Aku berjalan menuju ke pintu rumahnya bila telinga aku tertangkap suara Puan Sara meraung memanggil Haikal berkali kali disulami dengan teriak tangisan Alisya.

"Assalamualaikum, Puan Sara! Assalamualaikum!" Aku ketuk pintu kuat-kuat supaya Puan Sara tahu aku ada di sini.

Tiada respond aku terima. Puan Sara masih meraung memanggil Haikal. Aku berpusing ke tingkap bilik Haikal kerana punca suara Puan Sara datang dari situ.

"Assalamualaikum! Puan Sara! Sara! Sara Adawiyah! Ahmad ni. Kenapa dengan Haikal?" Aku mengetuk tingkap.

"Tolong, tolong Haikal." Nampaknya Puan Sara sudah sedar aku berada di sini.

"Buka pintu depan. Bagi saya masuk." Aku terus berlari ke pintu depan.

Sebaik sahaja pintu terbuka, aku melihat seorang perempuan yang begitu hancur. Jubah labuhnya menyapu lantai kerana dia tunduk sedikit mungkin tidak sempat mencari stokin. Pasti dia mencapai tudung pertama yang berada di pandangan.

Wajahnya yang dapat kulihat cuma sekilas pandang sebelum dia menarik tudung dengan tangannya dan menutup separuh wajah membangkitkan amarah aku.

Parut panjang dari pipi hingga dagu itu tidak sedikitpun mencacatkan kejelitaan wajahnya. Itu parut perjuangannya. Kalau aku jumpa binatang durjana yang toreh muka Sara, lunyai dia aku kerjakan.

"Haikal, Haikal dia haikal..." Puan Sara panik. Ayatnya tidak dapat dilengkapkan. Nafasnya tersekat-sekat.

Tanpa menunggu Puan Sara menerangkan keadaan Haikal, aku terus menerjah bilik Haikal. Haikal terkena sawan. Alisya pula menangis tak berhenti. Allah... kasihannya Sara terpaksa menghadap semua ini sendirian.

Tubuh Haikal lembik. Dia tidak sedarkan diri. Aku tak menunggu lama lagi, badan Haikal terus aku sauk. Allah, panasnya.

"Sara, saya bawa Haikal ke klinik dulu. Tunggu dekat rumah dengan Alisya. Nanti saya telefon, angkat. Okay?" Aku mahu pastikan Sara jelas dengan apa yang aku akan lakukan. Risiko kalau aku biarkan Sara yang memandu dalam keadaan dia sedang panik sekarang.

"Tapi Haikal, ya Allah Haikal... macam mana ni apa nak buat ni..." Tubuh Sara menggeletar.

Aku keluarkan telefon bimbit aku lalu mendail nombor Sara. Telefonnya yang berada di atas meja berbunyi. Aku terus menerima panggilan yang aku buat lalu aku hulurkan telefon itu kepadanya.

"Saya ada dekat sini.  Jangan takut. Jangan end call. Nanti saya buka loud speaker, cerita apa jadi dekat Haikal boleh? Haikal okay. Dia akan okay, InsyaAllah. Tengok Alisya. Dia perlukan Sara."

Tanpa menunggu lagi aku terus mendukung Haikal masuk ke tempat duduk penumpang di sebelah aku. Kerusinya aku rendahkan supaya dia boleh berbaring.

Aku genggam tangan Haikal yang masih belum sedarkan diri sehingga sampai ke klinik kesihatan di bahagian kecemasan.

Langit SenjaWhere stories live. Discover now