19

2.1K 311 52
                                    

POV Ahmad Fahim

Selesai subuh di surau, aku pulang ke rumah. Hari ini ada dua penghantaran. Satu ke pasar, satu lagi ke rumah Puan Sara. Takkan nak hantar nanas pakai kain pelikat pula.

Pagi aku tenang. Balik surau bancuh kopi dulu dan bersarapan dengan roti air tangan Puan Sara. Pagi Izz Hanina yang tak tenang. Adik aku seorang ni kalau tak kalut pagi-pagi, demam agaknya.

"Abang mana name tag Izz? Orang letak dekat atas meja solek tu tak adapun. Yih name tag zaman sekarang ni ada kaki ke? Dah la dah lambat." Telinga aku sudah kebal dengan bebelan paginya. Nasiblah siapa yang kahwin dengan budak ni, hari-hari kena tadah telinga.

Mug berisi kopi o aku bawa dengan tangan kiri terus ke almari bawah TV yang tak akan pernah Izz Hanina nan seorang ini sentuh sebab aku dah cop almari itu untuk simpan barang aku.

Laci itu aku buka. Di dalamnya ada empat tag nama hitam epoxy bermagnet dengan tulisan Izz yang mematuhi piawaian tanda nama penjawat awam iaitu hanya nama panggilan pada tag nama bersaiz 75mm X 25mm.

Memang sengaja aku simpan buat stok untuk kes-kes kecemasan begini cuma Izz sahaja tak tahu. Ambil iktibar sebab zaman dia belajar dulu, dua kali tag nama dia patah. Aku jugalah yang kena tempahkan baru. Aku tak tahulah dia pergi belajar ke pergi bertarung. Malas aku nak bagitahu nanti habis macam pin tudung dia. Belikan 100 biji akhirnya tinggal tiga. Itupun aku yang selamatkan dari dalam mesin basuh.

Bagitahu aku macam mana aku nak tinggal budak ni? Haih... memang kena kahwinkan dulu baru aku boleh masuk kubur dengan aman.

"Ni ada atas meja TV ni oi. Takkan la kau nak abang sediakan baju sekolah kau pula. Kau tu cikgu tau bukan student lagi." Aku melaung memanggil Izz.

Bak lipas kudung pantasnya dia muncul. Aku risau betul dengan budak ni. Nasib rumah tak ada tangga. Kalau rumah ni ada tangga aku syak dia tak turun tangga dia terjun terus.

"Ha abang terima kasih bye bye orang dah lambat ni."

Ye dah lambat tapi merembat kopi aku sempat pula.

"Kenapa kebelakangan ni kau asyik nak ke sekolah awal? Biasanya keluar macam ni kau tenang je kata sempat lagi. Kau nak jumpa siapa dekat sekolah tu?" Aku angkat kening. Sengaja mahu mengusik adik nan seorang ini.

"Mana ada orang nak jumpa sesiapa. Minggu ni kan orang bertugas. Dah la bye bye Assalamualaikum." Izz terus lari setelah memulangkan mug separuh berisi ke tanganku.

"Ada duit belanja tak tu?"

"Ada la orang cikgu bang bukan student." Izz melaung sambil memakai kasut.

Pintu rumah sampai terhempas dek kekalutanya. Cubalah jadi gadis ayu sikit. Apa benda yang Am berkenan sangat dengan adik aku ni pun aku tak tahu siap minta aku jagakan Izz sampai boleh kahwin. Mak ayah Am dah jumpa aku waktu Izz berada di tahun pertama universiti katanya nak pinang Izz untuk Am yang sedang belajar di Mesir sebab takut Izz disambar orang.

Aku yang tak izinkan mereka berkahwin semasa belajar sebab aku mahu Izz fokus bina hidup dan berpijak atas kakinya sendiri dahulu. Genggam segulung ijazah pendidikan seperti yang dia impikan. Aku terima pinangan mereka. Kiranya adik aku bertunang tapi tak ada cincin dan dia sendiri tidak tahu sampai sekarang. Aku sengaja tak mahu cakap dengan Izz tentang Am sebab aku tak mahu adik aku berada dalam keadaan tertunggu-tunggu apatah lagi angaukan ajnabi. Tak susah untuk aku mengekalkan janji dengan keluarga Amirul sebab Izz sendiri pandai jaga diri.

Giliran aku pula bersiap. Aku akan ke pasar dahulu barulah ke rumah Puan Sara.

~

Selesai urusan di pasar, van nanas kupandu ke rumah Puan Sara. Segaris senyuman manis terukir di bibir tanpa kusedar. Misterinya permainan takdir, aku dipertemukan lagi dengan wanita yang meminta aku mengazankan bayi perempuannya ketika aku membantu kawan aku menghantar air di hospital.

Langit SenjaWhere stories live. Discover now