23

2.3K 328 41
                                    

POV Ahmad Fahim

Bidadariku macam pohon semalu, diusik sedikir terus tersipu. Jujurnya, Sara tak tahu tapi aku dah tanya abah dan emaknya bukan tentang masa lalu dia tetapi apa yang mungkin trigger emosi dia. Aku tanya juga panggilan yang bekas suami dia guna jadi taklah aku suruh dia guna panggilan yang sama.

"Haikal, jom siap-siap pergi surau." Aku memanggil Haikal yang sedang memilih baju setelah mandi petang.

"Taknak! Taknak pergi surau! Taknak!" Tiba-tiba dia membentak habis semua baju dia lempar.

Allahuakbar... apa yang lelaki durjana tu dah buat pada Haikal sampai anak aku ini takut nak ke surau.

"Haikal, Haikal. Shhh, Astaghfirullahalazim, Astaghfirullahalazim, Astaghfirullahalazim." Aku usap dadanya berkali-kali sehingga dia tenang. Haikal menangis teresak-esak di bahu aku. Pasti ada memori yang menyakiti dia tanpa aku sedar.

Aku usap belakang tubuhnya dan memeluk dia dengan erat.

"Haikal tak suka ke surau?" Aku bertanya dengan lembut.

"Kalau ke surau nanti kena pukul dekat tempat gelap." Jawapan yang keluar dari mulut Haikal menyebabkan darah aku mendidih. Anak kecil ini trauma sehingga membenci surau yang aku yakin bukan surau atau masjidpun tempat yang dibawanya.

"Haikal, Haikal sayang Cik Ahmad tak?"

"Sayang."

"Sayang banyak ke sikit?"

"Banyak."

"Banyak mana?"

"Baaaaanyaaaaaakkk sangat." Dia mendepa tangannya seluas mungkin.

Aku terus mendukung dan menjulang dia tinggi lalu aku letak dia di pinggang aku.

"Sekarang Cik Ahmad dah jadi ayah baru Haikal. Apa kata Haikal panggil Cik Ahmad walid? Walid tu maksudnya ayah. Boleh ke?" Aku memandang Haikal tepat ke matanya untuk mendapatkan kepercayaan anak itu.

Anak lelaki kalau tidak dibawa ke masjid atau surau dari awal usia, bimbang dia segan atau merasa tidak perlu untuk menggalas tanggungjawab menyempurnakan solat berjemaah. Biar dari kecil dia dididik untuk mencintai rumah Allah.

"Walid?"

"Iya, Haikal. Walid nak pergi surau. Kita pergi sekali dengan atuk kalau Haikal takut nak pergi berdua dengan walid." Aku cuba memujuknya.

"Ibu?"

"Ibu dekat rumah dengan Alisya. Ke nak bawa ibu ke surau sekali? Tapi nanti kesian ibu kena tengok adik baby." Aku bukan tak mahu bawa Sara sekali tetapi trmpat ibadah terbaik untuk seorang perempuan itu adalah di rumahnya sendiri.

"Walid tak pukul kan? Janji?" Dia menghulurkan jari kelingking halusnya.

"Janji." Aku paut jarinya dengan jariku.

Aku kutip dan lipat semula baju-baju yang Haikal sepahkan secara tak sengaja.

"Walid, sorry." Tangan kecilnya juga mengutip baju. Tak banyak manapun bajunya.

"Tak apa, Haikal. Tapi nanti kalau Haikal rasa takut atau sedih tak mahu campak-campak. Haikal peluk walid je okay? Kalau Haikal tercampak kaca kan bahaya." Penerangan sebegini perlu supaya Haikal tahu mengawal emosinya.

Aku terus siapkan Haikal kemudian kami keluar dari bilik.

"Haikal nak pergi mana?" Bidadariku yang sedang mendukung Alisya di ruang tamu bertanya. Dia sudah menukar baju tapi masih lagi berniqab.

"Pergi surau dengan walid." Ceria dia menjawab.

"Salam ibu." Aku menyuruh Haikal menyalam ibunya. Haikal salam dan cium tangan ibunya dengan patuh.

Langit SenjaWhere stories live. Discover now