Introduction

207 29 0
                                    

Mereka kata... Orang yang mati ini banyak perkara nak dibicarakan.

Mereka mahu luahkan apa yang mereka rasa.

Setiap derita, kesengsaraan itu semua...

Pada mulanya aku cuma nak abaikan suara-suara roh mati itu.

Tetapi semakin lama dibiarkan, ia semakin teruk.

Buat aku sakit hati...

Aku seperti dapat merasakan derita yang mereka alami itu.

Sungguh, aku benci rasa itu.

Oh, nama aku Kim Minjae. Umur masih muda 18 tahun, pelajar sekolah menengah tinggi.

Aku pandai, kacak, hebat dalam sukan. Tetapi aku juga ada satu kebolehan yang tiada siapa sangka.

Aku berkebolehan mendengar dan melihat roh-roh yang berkeliaran di bandar Seoul.

Ini pun aku dapat kebolehan ini daripada mendiang nenek. Kuasa keturunan keluarga aku... Semua ahli keluarga aku ada kebolehan begini tetapi aura yang aku dapat lebih kuat.

Aku bukan sahaja setakat boleh melihat dan mendengar...

Bahkan aku boleh menyamar dan merasuk diri aku untuk menjadi jasad roh yang mati.

Senang cerita, aku digelar sebagai Ghost Talker.

Yang mana aku berbicara dengan roh-roh yang tidak aman masih berkeliaran di sini.

[C] Ghost Talker  ☾ 김민재 ☽Where stories live. Discover now