Ungreatful Child 02

73 19 0
                                    

5A 1C

Itulah keputusan yang Seeun dapat dalam ujian bulan lepas. Dia menunjukkan kad laporannya kepada Puan Park. Dia hanya berdiri tegak sambil mengalihkan pandangannya ke arah lain. Tidak sanggup untuk dia melihat reaksi Puan Park.

Satu helaan nafas berat dilepaskan perlahan. Puan Park mencampakkan kad laporan itu tepat mengena pada wajah Seeun. Dadanya turun naik menahan geram selepas sahaja melihat keputusan Seeun tadi.

"Ini tidak sempurna!" Marahnya. Seeun hanya mampu berdiam diri.

"Macam mana kamu boleh dapat C? Susah sangatkah nak dapatkan A!"

"Ma-maaf ibu..."

Ucap Seeun perlahan. Dia sudah agak Puan Park pasti akan memarahinya biarpun dia mendapat 5A bagi subjek lain.

"Ibu tak nak tengok sampah ini lagi! Kamu masuk ke bilik kamu dan belajar sekarang! Jangan haraplah kamu boleh main!"

Tegas Puan Park bercakap. Seeun akur. Dia terus masuk ke biliknya tanpa banyak bercakap. Puan Park tergeleng kepala sebelum menyambung aktivitinya semula iaitu menonton televisyen.

Masuk sahaja ke dalam bilik, Seeun terus mengunci pintu dari dalam. Kad laporan dia itu ditatap seketika sebelum dia mengoyakkan ia kepada beberapa cebisan kecil. Timbul perasaan geram dan serabut dalam dirinya sekarang. Dia menumbuk dinding dengan kuat tanda melepaskan tekanannya.

"Kalau keputusan ini pun ibu kata sampah, apa lagi yang aku boleh banggakan dia?"

Seeun serabut. Bukan sengaja pun dia mahu dapatkan keputusan begitu. Dia sudah belajar dengan kuat. Dia sendiri pun tidak tahu mengapa keputusan dia itu tidak dapat membuat ibunya gembira.

Adakah dia memang tidak bijak? Padahal kawan-kawan dia lain semua kagum dengan kebijaksanaan dia. Tetapi mengapa ibunya langsung tidak gembira?

--------------

"Seeun? Kau okeykah?"

Tanya salah seorang rakan kelasnya kepada Seeun. Dia kelihatan sangat letih sekarang. Dengan wajahnya yang pucat dan tubuhnya yang lesu itu membuatkan semua orang tertanya-tanya.

"Aku cuma penat..." Jawabnya perlahan. Dia meletakkan kepalanya di atas meja untuk tidur buat seketika.

Namun niatnya itu terbatal sebaik sahaja dia merasakan ada sesuatu cecair mengalir keluar dari hidungnya. Apabila dia sentuh, dia terkejut melihat darah pada jarinya itu.

"Hei, hidung kau berdarah." Tegur rakan semejanya. Seeun terus bangun sambil menekup hidungnya.

"Aku pergi tandas sekejap..."

Seeun berjalan keluar dari kelas dan menuju ke tandas untuk mencuci hidungnya. Mungkin disebabkan cuaca panas ini punca hidung dia berdarah. Paling tidak pun dia terlalu letih akibat belajar lebih kuat semalam. Ini semua pun gara-gara ibunya yang memaksa dia untuk belajar tanpa berhenti.

Terus Seeun membuka pili air dan mencuci lukanya. Mujur sahaja tiada orang di dalam tandas buat masa sekarang. Tetapi kepalanya mula berasa pening dan kedua-dua matanya juga mula berpinar. Seeun cuba untuk mengawal dirinya tetapi tidak berjaya.

Akhirnya, dia pengsan di luar tandas.

------------

Seeun tersedar dari pengsannya di hospital. Pandangannya masih samar-samar. Dia lihat doktor yang merawatnya itu sedang berbual dengan ibunya. Seperti ada pertengkaran kecil di antara mereka berdua.

"Puan, tolonglah faham yang anak puan itu letih. Tak mungkin dia dapat bangun sekarang."

"Itu semua tipu! Pasti dia cuba nak mengelak daripada belajar! Saya kenal lah anak saya!"

Dari jauh Seeun dapat dengar jelas suara bingit Puan Park. Dia tidak faham mengapa ibunya terlalu memaksa dia untuk belajar meskipun tubuhnya benar-benar letih. Rasa pening itu juga masih terasa.

Namun apakah daya, doktor terpaksa melepaskan Seeun awal atas disebabkan permintaan Puan Park yang tidak masuk akal itu.

------------

"Kalau ibu nampak kamu tidur, siaplah kamu!"

Puan Park memberikan amaran kepada Seeun sebaik sahaja mereka tiba di rumah. Dia menarik paksa Seeun untuk naik ke atas dan masuk ke dalam bilik untuk sambung belajar semula.

Tetapi Seeun dapat menahan dirinya dengan tenaga yang masih berbaki.

"Kenapa ibu suka sangat paksa Seeun belajar? Apa yang ibu nak sebenarnya?" Dengan beraninya Seeun bersuara. Dia sudah penat dilayan begini. Dia mahukan jawapan daripada Puan Park sekarang!

"Berani kamu tinggikan suara kamu! Jangan jadi biadap!"

"Seeun tak akan jadi macam ini kalau bukan disebabkan ibu! Ibu ingat Seeun sengaja kah pengsan di sekolah? Seeun penatlah ibu! Tak bolehkah ibu bagi Seeun rehat untuk satu hari?"

"Kamu akan leka kalau kamu rehat! Ibu tak nak kamu hidup susah kalau kamu tak belajar nanti!"

Satu senyuman kecil terukir di bibir Seeun selepas mendengar jawapan Puan Park tadi.

"Jadi? Ibu lebih pentingkan keputusan cemerlang daripada anak sendiri? Kalau macam itu baik ibu buang Seeun di tepi jalan sahaja! Seeun pun tak nak hidup macam ini! Ibu buat Seeun makin sakit!"

"Kurang ajar!"

Akibat tidak dapat menahan geram, Puan Park terus menolak Seeun dengan kuat sehingga dia terjatuh dari tangga. Satu bunyi dentuman kuat dihasilkan selepas sahaja tubuh Seeun terhempas dari tangga.

Suasana menjadi hening buat seketika. Puan Park yang sedar akan perbuatannya tadi terus menuruni tangga untuk memeriksa keadaan Seeun. Hatinya mula dilanda dengan rasa ketakutan yang amat.

"Seeun?"

Dia memeriksa denyutan nadi Seeun di bahagian leher dan tubuhnya terkaku selepas mendapati Seeun sudah tidak bernyawa lagi.

[C] Ghost Talker  ☾ 김민재 ☽Where stories live. Discover now