Birthday Gift 01

143 23 2
                                    

"Itu sahaja untuk hari ini. Jangan lupa siapkan latihan ya," pesan seorang guru kepada anak-anak muridnya. Loceng juga berbunyi menandakan sekarang adalah waktu rehat bagi sesi persekolahan mereka.

Semua pelajar mula berpusu-pusu keluar dari kelas untuk pergi ke kantin bagi mengisi perut mereka yang sudah kelaparan itu. Ramai di antara mereka memilih untuk makan di kantin berbanding di tempat lain memandangkan di kantin telah menyediakan makanan percuma.

Minjae seperti biasa mengisi masa rehatnya dengan makan di kantin seorang diri. Biarpun dia seorang yang kacak dan bijak, namun disebabkan kuasa dia yang boleh melihat hantu maka tiada siapa yang berani mendekatinya.

Dia tidak terasa sunyi bahkan sudah terbiasa. Kerana pada pandangan Minjae, ada sahaja hantu-hantu berkeliaran di kawasan kantin sekolah. Agak menjengkelkan tetapi dia sudah lali.

Ada juga beberapa hantu yang cuba menganggu Minjae untuk makan tetapi dia hanya abaikan sahaja. Dia tidak mahu dianggap pelik di tempat yang terbuka ini.

"Janganlah kacau aku..." marah Minjae dalam nada berbisik. Hantu yang cuba menganggu dia itu tersenyum sengih.

-------------

Selesai sahaja makan, Minjae membeli tin minuman di vanding machine. Suasana di koridor sekolah boleh tahan bising walaupun masa rehat juga hampir tamat. Minjae merehatkan dirinya dengan duduk di tepi tangga.

Tatkala dia sedang minum, Minjae ternampak bayangan roh sedang mengekori salah seorang pelajar sekolahnya dari belakang. Apa yang menghairankan dia ialah roh itu memakai pakaian seragam sekolah mereka.

"Huh? Budak sekolah aku?" soalnya hairan. Dia tertanya sejak bila sekolah mereka ada rekod kematian pelajar ini?

Roh itu kelihatan sedikit sedih. Minjae tergerak hati untuk tahu apa yang sudah berlaku pada roh itu.

Hanya roh yang tidak tenang sahaja akan merayau-rayau di sini...

Pantas dia buang tin minuman yang kosong itu ke dalam tong sampah lalu berjalan menghampiri roh itu.

"Kau ikut dia macam dia boleh nampak kau saja." Minjae menegur membuatkan roh itu terkejut. Lantas ia menoleh ke arahnya.

"Kau boleh nampak aku?" tanya roh itu. Minjae mengangguk kecil.

"Aku Minjae, ghost talker." Minjae memperkenalkan dirinya kepada roh itu.

Dia tahu orang yang lalu lalang di kawasan ini sedang memandangnya pelik kerana dia kelihatan seperti gila bercakap seorang diri. Namun dia abaikan sahaja.

Roh itu agak terkejut. Tidak menyangka bahawa ada juga manusia yang boleh melihatnya.

"Aku Hyunwoo..." Ujar roh itu yang dikenali sebagai Hyunwoo.

"Boleh aku tahu kenapa kau ikut budak itu dari tadi?" Minjae mula mengajukan soalan kepada Hyunwoo.

Tidak sempat untuk Hyunwoo menjawab, loceng sekolah berbunyi menandakan sesi pembelajaran akan bermula sebentar lagi. Semua pelajar mula cepat masuk ke kelas masing-masing.

"Kalau kau cari aku, aku di kelas 6-1." Hyunwoo mengangguk kecil. Minjae pun berlari masuk ke kelasnya semula sebelum guru yang lain tiba.

---------------

Satu helaan nafas dilepaskan perlahan. Lega kerana tamat juga sesi pembelajaran hari ini. Masing-masing mula mengemas beg untuk pulang ke rumah. Minjae juga tidak terkecuali. Badannya sudah letih sekarang.

Tetapi niatnya itu terbantut sebaik sahaja Hyunwoo tiba-tiba muncul di hadapannya. Minjae hampir tercarut melihat kelibat Hyunwoo itu.

"Ish! Apa kau buat ni!" Marah Minjae. Hyunwoo di hadapannya sudah tersenyum garis.

"Kau sendiri cakap yang kalau nak cari kau, datang ke kelas ini."

"Ya tetapi bukannya muncul mengejut macam ini!"

Tanpa Minjae sedar, semua rakan kelasnya mula memandangnya aneh. Tetapi tiada siapa berani menegur kerana mereka tahu Minjae pasti bercakap dengan hantu sekarang. Cepat-cepat mereka keluar dari kelas meninggalkan Minjae seorang diri di kelas.

Minjae hanya menjeling. Lalu anak matanya tertumpu pada Hyunwoo semula.

"Jawab soalan aku tadi."

"Huh? Soalan apa?" Hairan Hyunwoo.

"Soalan yang kenapa kau ikut budak itu masa waktu rehat tadi."

Hyunwoo terdiam seketika. Cuba mencari jawapan yang bernas.

"Oh itu kawan aku, Junghoon. Dari dulu aku perhati dia dari jauh."

"Dia ada buat salah pada kau kah dulu?"

"Tidak. Dia lah kawan paling baik yang pernah aku ada. Walaupun kami berbeza setahun, aku anggap dia sebagai adik aku sendiri."

Minjae yang baru sahaja mahu bertanyakan soalan lagi terus terbantut selepas sahaja Hyunwoo berkata sesuatu.

"Aku buat salah pada Junghoon. Mungkin disebabkan kesalahan aku inilah roh aku tidak tenang."

Suasana di antara mereka hening buat seketika. Lalu Minjae cuba memecahkannya.

"Cerita pada aku apa yang telah berlaku pada kau dulu." Ujarnya perlahan.

[C] Ghost Talker  ☾ 김민재 ☽Where stories live. Discover now