Pet's Guard 01

78 18 0
                                    

Cuaca di bandaraya Seoul hari ini tidak begitu baik. Sejak dari semalam lagi hujan turun dengan lebat. Ia menyukarkan perjalanan Minjae untuk pergi ke sekolah seperti biasa. Biarpun dia menggunakan payung, kelopak air yang bertakungan di atas jalan membuatkan kasut Minjae basah.

"Patutnya aku guna selipar sahaja. Nanti sampai di sekolah guna kasut," omelnya. Geram kerana kasut sekolahnya basah. Dia terfikir mahu mengganti kasutnya nanti di sekolah.

Sekurang-kurangnya, kakinya tidak berbau nanti.

Dalam perjalanan menuju ke sekolah, Minjae ternampak seekor anak anjing berada dalam kotak di tepi jalan. Bulunya habis basah dek kerana hujan yang turun tanpa henti ini. Paling menyedihkan ialah anjing itu tidak dapat berjalan kerana kakinya luka.

Minjae mula berasa sedikit kasihan. Pasti anak anjing itu dalam kesejukan sekarang. Tanpa banyak berfikir Minjae terus meletakkan payungnya di atas kotak untuk melindungi anak anjing itu daripada terkena air hujan.

"Nanti aku datang ambil semula," katanya perlahan. Lalu dia dengan laju berlari pergi ke sekolah bagi mengelakkan dirinya basah teruk nanti.

--------------

Nasibnya tidak menyembelahinya. Baju sekolahnya habis basah kuyup kerana dia tidak menggunakan payung tadi. Bukan setakat baju sahaja, rambutnya, seluarnya, kasutnya semua juga turut basah teruk.

Semua orang di sekolah sudah memandangnya pelik. Ada juga dia terdengar beberapa bisikan orang lain.

"Tengoklah dia basah teruk."

"Dia tak pakai payungkah?"

"Peliklah dia itu..."

"Orang gila pun tahulah kalau hujan kena guna payung."

Minjae menjeling. Tanpa membuang masa dia terus menuju ke bilik loker untuk menukar semula pakaiannya. Mujur jugalah dia ada menyimpan baju sekolah lebih dalam lokernya.

Cuma kasut... Mungkin dia akan guna selipar sahaja buat masa ini.

"Nah."

Seseorang menghulurkan kain tuala kepada Minjae. Dahinya berkerut melihat orang itu.

"Kau bagi aku?" Soal Minjae hairan. Orang itu sekadar mengangguk.

"Ya. Aku tahu agak mengejut tapi aku tak suka tengok kau basah kuyup macam ini." Kata orang itu lagi. Minjae tanpa banyak bercakap hanya menerima sahaja walaupun dia masih berasa pelik.

Itu Junmin... Salah seorang rakan kelasnya yang pendiam. Tetapi dia masih lagi mempunyai kawan biarpun sifatnya yang tertutup itu.

Berbeza dengan Minjae yang bersifat dingin dan pendiam ekstrem kepada semua orang. Tambahan pula Minjae dianggap orang yang paling pelik dalam kelas hanya kerana dia boleh nampak dan bercakap dengan hantu.

"Terima kasih."

Junmin hanya tersenyum sahaja sebelum meninggalkan Minjae seorang diri di bilik loker. Lantas Minjae mengelap rambut serta badannya yang basah itu menggunakan tuala Junmin tadi.

Dia terfikirkan sesuatu... Apabila teringatkan semula, anak anjing tadi kelihatan seperti terbiar. Pasti dia  sedang kelaparan dan kesejukkan dengan cuaca yang tidak menentu sekarang.

Minjae bercadang mahu membelikan sedikit makanan untuk anak anjing tersebut. Sekurang-kurangnya tidaklah ia kelaparan nanti.

--------------

Petang itu, Minjae terus pergi ke tempat yang mana dia terjumpa anak anjing itu pagi tadi sebaik sahaja tamat sesi persekolahan hari ini. Dia juga membawa sedikit makanan untuk diberikan nanti.

Sampai sahaja dia di situ, dia lihat payungnya sudah ditutup oleh seseorang dan diletakkan di sebelah kotak anak anjing itu. Dia juga ternampak satu roh berada di hadapan kotak anak anjing itu sambil tersenyum riang.

Roh itu perasan akan kehadiran Minjae dari belakangnya. Dia hanya tersenyum sahaja membuatkan Minjae terpaku buat seketika. Wajah roh itu sangat comel dan dia seperti kanak-kanak biarpun tubuhnya tinggi.

"Hai." Minjae menegur membuatkan roh itu terkejut sedikit.

"Kau boleh nampak aku?" Tanya roh itu. Minjae mengangguk kecil.

"Payung itu kau punya kan? Terima kasih sebab tolong lindungkan Roku daripada kena hujan."

Ucap roh itu lagi. Kali ini dia mengukirkan senyuman lebar ke arah Minjae.

"Roku? Itu nama dia kah?" soal Minjae ingin tahu. Lalu dia melabuhkan punggung untuk duduk di sebelah anak anjing yang dipanggil sebagai Roku.

"Ya. Aku tuan lama dia. Nama aku Yujun." Jawabnya. Kemudian dia pun duduk di sebelah Minjae.

"Sudah lamakah Roku berada di sini?"

Minjae bertanyakan soalan kepada Yujun sambil meneliti keadaan Roku. Dia lihat kaki kiri Roku luka dan bulunya agak comot. Bukan itu sahaja, badan Roku juga kurus kering seperti ia sudah lama tidak makan.

Terus Minjae meletakkan makanan di hadapan Roku. Habis gelojoh Roku makan membuatkan Minjae berasa sedikit kasihan. Memang benar Roku sudah lama tidak makan.

"Boleh tahan lama jugalah. Ibu bapa aku yang buang Roku sebenarnya." Jawapan Yujun tadi membuatkan Minjae terkejut.

"Huh? Kenapa mereka buang Roku?"

"Mungkin sebab tak ada yang jaga ia di rumah. Mereka pun bukan selalu balik rumah. Sebelum aku mati, aku lah yang jaga Roku dulu." Terangnya lebar.

"Boleh kau cerita pada aku punca kematian kau?" Ujar Minjae. Yujun terdiam seketika sebelum dia bersuara.

"Dulu..."

[C] Ghost Talker  ☾ 김민재 ☽Where stories live. Discover now