His Revenge 04

67 16 0
                                    

Minjae berdecit geram selepas mendengar apa yang disampaikan oleh Junmin sebentar lagi. Rasa geram muncul dalam hati Minjae. Hanya kerana mahu pertahankan dirinya, Junmin dibuli teruk oleh semua rakan kelasnya. Malah disebabkan buli ini jugalah Junmin mengambil keputusan untuk membunuh diri.

"Aku nak bunuh mereka semua... Lebih-lebih lagi Kangmin dan Jaehyun. Disebabkan mereka berdua, aku merana sampai sekarang!" Luah Junmin. Air matanya mula mengalir deras membasahi pipinya. Minjae tidak berkata apa-apa.

"Video pembulian kau dulu sudah dipadamkan. Aku syak yang akaun itu pasti milik Kangmin. Paling tidak pun mungkin Jaehyun."

"Memang mereka pun. Jaehyun yang rakam manakala Kangmin pula membuli aku. Tetapi semua orang anggap ia gurauan."

Minjae mengetap bibir rapat. Geram. Bagaimana mereka menganggap pembulian itu sebagai gurauan semata-mata? Adakah kerana mereka tidak merasai apa yang dialami oleh mangsa itu sendiri? Mereka tidak tahu bahawa mangsa yang dibuli itu sedang merana kesakitan! Namun yang lain masih dapat bergelak tawa? Sungguh tidak adil!

"Jadi sekarang kau nak aku buat apa? Bunuh mereka?" soal Minjae membuatkan Junmin terkejut.

"Huh? Tetapi nanti kau kena ditangkap pula."

Minjae sekadar tersenyum mendengar ujaran Junmin itu.

"Apa yang kau tahu fasal aku?"

"Erm... Kau pendiam, tak suka berkawan dan boleh nampak hantu? Entahlah aku cuma tahu kau cuma ghost talker sahaja."

"Lebih daripada itu. Selain daripada boleh nampak dan bercakap dengan hantu, aku juga boleh menjadi perumah bagi roh yang mati. Dalam erti kata lain, aku membenarkan roh itu menggunakan badan aku untuk membalas dendam."

Junmin terkaku seketika selepas mendengar penjelasan Minjae sebentar tadi. Kini barulah dia faham dengan lebih teliti. Dia juga tidak menyangka bahawa Minjae mempunyai kebolehan seperti itu. Tidak hairanlah dia digelar sebagai Ghost Talker.

Sungguh Minjae bukanlah manusia normal...

"Jadi permintaan kau sekarang ialah nak bunuh Kangmin dan Jaehyun?"

Minjae bertanya inginkan kepastian. Junmin mengangguk berkali-kali. Satu senyuman nipis terukir di bibirnya.

"Aku sudi tolong kau."

----------------

Di suasana bilik stor yang sunyi, tiada siapa yang berada di situ melainkan Kangmin bersama Jaehyun sahaja. Mereka duduk di situ sambil memikirkan sesuatu. Riak wajah mereka juga kelihatan seperti tidak tenang sekarang.

"Kangmin, apa yang patut kita buat sekarang?"

"Apa?"

"Macam mana kalau polis dapat tahu kita punca Junmin mati?" Jaehyun seperti dalam ketakutan. Kangmin mula berasa bengang apabila ditanya soalan begitu.

"Kau sendiri dengar bukan bahawa Junmin mati sebab bunuh diri! Kita tiada kaitan dalam hal ini!" Marahnya membuatkan bahu Jaehyun terhinjut.

Minda Kangmin sangat serabut sekarang. Dia juga takut jika ditangkap sebagai dalang sebenar kematian Junmin. Kerana jelas lagi kemungkinan besar Junmin membunuh dirinya akibat tidak tahan dibuli. Lalu dia teringatkan sesuatu.

"Jaehyun, kau sudah padam semua video itu bukan?" Dengan pantas Jaehyun mengangguk.

"Bagus!"

"Tetapi macam mana kalau ada orang laporkan hal ini kepada polis? Mungkin juga ada orang sudah simpan video itu dalam diam," ragu-ragu Jaehyun bertanya. 

"Aku sudah ugut semua budak kelas kita. Sesiapa yang berani laporkan hal ini kepada polis, aku tak teragak-agak untuk bunuh mereka."

"Kau pasti?"

Mereka berdua dikejutkan dengan kehadiran Minjae yang muncul secara tiba-tiba di dalam bilik stor. Entah bagaimana Minjae boleh masuk sedangkan mereka sudah menguncikan pintu bilik stor ini dari dalam. Tatapan tajam Minjae itu juga membuatkan mereka berasa sedikit takut.

Minjae perhatikan riak wajah Kangmin dan Jaehyun yang berada di hadapannya kini. Sesekali dia tersenyum kecil.

"Serahkan diri sajalah. Aku tahu kau berdua punca kematian Junmin," dengan tenang Minjae berkata. Kangmin berdecit geram.

"Berani betul kau!" Marah Jaehyun.

"Kau ada bukti kah?"

"Sudah tentu. Itu sebab aku sendiri yang kena buli!"

Tubuh Minjae tadi terus berubah menjadi tubuh Junmin membuatkan Kangmin dan Jaehyun terkejut. Wajah Junmin yang penuh dengan luka serta mengerikan itu sungguh membuatkan mereka berdua sangat takut.

Mereka cuba untuk keluar daripada bilik stor namun tidak berjaya. Pintu itu seolah-olah dikunci dari luar. Junmin tersenyum sinis sambil mengeluarkan pemetik api daripada kocek seluarnya.

"Aku tahu tiada guna kalau aku laporkan hal ini kepada pihak berkuasa. Jadi lebih baik kalau kau berdua kena bakar sahaja. Sekurang-kurangnya kau berdua rasa apa yang aku sendiri alami dulu." Junmin berkata sambil tertawa kecil. Lalu dia menyalakan pemetik api itu membuatkan Kangmin dan Jaehyun ketakutan.

"Ja-jangan!"

"Aku tahu ini salah kami! Maafkan kami, Junmin!" Ucap Kangmin kuat. Dia melutut di hadapan Junmin namun apakah daya, Junmin tidak menerima maafnya itu.

"Sudah terlambatlah."

Junmin menjatuhkan pemetik apinya lalu bilin stor itu mula terbakar.

"ARGHH!"

Kangmin dan Jaehyun tidak dapat menyelamatkan diri mereka akibat ditelan oleh api yang besar manakala Junmin pula terus menghilangkan diri daripada situ. Dia hanya membiarkan sahaja mereka berdua dibakar hidup-hidup dalam bilik stor itu.

Suasana di sekolah mula menjadi kecoh apabila api itu semakin marak. Ramai orang berlari bertempiaran keluar dari kawasan sekolah untuk menyelamatkan diri.

----------------

Oleh disebabkan kes kebakaran yang berlaku tempoh hari, sekolah mereka ditutup buat seketika untuk penambahbaikan bangunan sekolah. Polis masih lagi menyiasat punca sebenar berlakunya kes kebakaran tersebut sehingga melibatkan dua nyawa pelajar melayang iaitu Kangmin dan Jaehyun.

Minjae tersenyum lebar. Dengan kebolehan kuasanya, polis tidak mengesyaki bahawa Minjae adalah punca sebenar bagaimana kes kebakaran itu berlaku. Semua guru mengatakan bahawa Minjae waktu itu berada dalam kelas kerana kejadian itu berlaku ketika kelas sedang berlangsung. Sedangkan mereka tidak tahu bahawa Minjae telah dipinjam oleh Junmin buat seketika.

Apa yang mereka nampak dalam kelas itu hanyalah jasad Minjae yang kosong sahaja.

Mengelirukan bukan?

Minjae berjalan menuju ke sesuatu tempat sambil membawakan sejambak bunga tulip. Lalu dia menunduk meletakkan bunga tersebut di atas kubur Junmin sambil mendoakan sesuatu.

Junmin, kau sudah pun dapat keadilan kau. Semoga kau tenang sahaja di sana.

Selepas sahaja itu, Minjae berlalu pergi dari kawasan tapak perkuburan.

[C] Ghost Talker  ☾ 김민재 ☽Where stories live. Discover now