Stay Together 03

46 14 0
                                    

Sumin selesai menceritakan semuanya kepada Minjae. Kes mereka ini pun masih lagi dalam siasatan walaupun warden itu telah ditangkap. Tetapi dia masih lagi belum dibicarakan di mahkamah kronologi sebenar kes mereka berlaku.

Jinsik sekarang masih berada di hospital menjalani beberapa rawatan. Hanya Sumin sahaja yang terkorban dalam kes itu. Minjae diam seketika sambil mencari idea untuk Sumin.

"Apa permintaan kau?" soal Minjae. Sumin berfikir sejenak.

"Aku nak tengok perkembangan Jinsik. Tapi... Aku nak tanya sesuatu dengan kau."

"Apa?"

"Boleh kah kalau aku rasuk kau tetapi kau tak ubah badan kau menjadi badan asal aku? Macam... Aku gunakan badan kau buat sementara?"

Minjae mengangguk faham. Ini kali pertama dia mendapat permintaan begitu. Selalunya setiap kali roh merasuk dirinya, serta merta juga tubuhnya akan berubah menjadi tubuh asal roh itu. Tetapi berbeza dengan Sumin, dia tidak mahu dirinya menonjol seolah-olah dia masih hidup.

Dia cuma mahu gunakan tubuh asal Minjae dari luaran sahaja. Tetapi dia sama sahaja akan merasuk Minjae.

"Maksud kau? Kau nak guna tubuh asal aku sepanjang masa kah?" Dengan pantas Sumin menggeleng.

"Tak. Bila aku jumpa Jinsik depan mata baru aku ubah badan kau menjadi badan aku."

Minjae agak kurang faham sedikit. Tetapi dia cuba akur sahaja dengan permintaan Sumin itu. Jika difikirkan semula, permintaan Sumin itu sama sedikit dengan cara Seeun merasuknya dahulu. Mungkin Sumin juga ada rancangan lain cuma dia sahaja yang tidak tahu.

"Okey boleh." Sumin tersenyum lebar selepas Minjae bersetuju dengan permintaan dia itu.

"Cantik! Sekarang jom kita pergi ke hospital!"

Ajaknya riang. Minjae sekadar mengikut sahaja. Dia pun mahu tahu tentang perkembangan Jinsik juga sekarang.

-----------------

Beberapa minit telah berlalu, akhirnya Minjae dan Sumin tiba di hospital dengan menggunakan teksi. Minjae membayar tambang terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam hospital bersama Sumin. Terus dia menuju ke kaunter utama.

"Hai, saya nak lawat kawan saya yang sakit." Beritahu Minjae kepada jururawat yang bertugas itu.

"Boleh saya tahu nama kawan awak?"

"Ham Jinsik."

Jururawat itu berkerut dahi selepas sahaja Minjae menyebut nama Jinsik. Matanya ulang alik melihat senarai nama pesakit dan juga wajah Minjae yang dari tadi menunggu jawapan itu.

"Kamu kawan dia?" soal jururawat itu inginkan kepastian. Minjae dengan tipu helahnya mengangguk. Sumin pula mengharapkan supaya mereka dapat melawat Jinsik sahaja sekarang ini.

"Boleh tapi sekejap sahaja. Saya risau kalau Jinsik masih tidak dapat mengawal diri."

Kata-kata jururawat itu membuatkan Minjae dan Sumin berasa sedikit pelik.

"Kenapa dengan Jinsik?"

"Dia dah sedarkan diri dari koma dua hari lepas. Tetapi keadaan dia bertambah teruk. Doktor sahkan dia ada trauma dan berkali-kali juga dia cuba untuk bunuh diri."

Anak mata Minjae melirik melihat Sumin yang sudah berdiri kaku disebelahnya. Pasti dia terkejut mendengar perkembangan Jinsik itu. Satu helaan nafas dilepaskan perlahan, Minjae cuba mengekalkan riak wajah tenangnya.

"Kalau begitu boleh saya lawat dia? Saya pasti dia perlukan saya sekarang," pintanya. Jururawat itu mengangguk setuju.

"Ya. Wad dia di tingkat paling atas. Pintu nombor 30."

"Terima kasih."

Minjae berlalu pergi dari kaunter itu dan menuju ke lif untuk pergi ke tingkat paling atas hospital. Sebaik sahaja pintu lif itu dibuka, Minjae pantas masuk dan menekan butang tutup pintu kerana dia tidak mahu ada orang lain masuk ke dalam lif yang sama.

Selepas mendapati hanya dirinya sahaja berada dalam lif bersama Sumin, barulah dia menekan butang untuk tingkat atas sekali. Lalu dia menyuruh Sumin untuk merasuknya sekarang.

"Cepat masuk ke dalam badan aku."

"Jangan lupa rancangan asal kita itu."

"Ya, aku tahulah."

Sumin terus masuk ke dalam tubuh Minjae. Kini Minjae dalam keadaan separuh sedar tetapi tubuhnya itu dikawal sepenuhnya oleh Sumin. Sebaik sahaja pintu lif itu dibuka, dia terus keluar dan menuju ke wad 30.

Dari luaran, dia dapat mendengar suara jeritan Jinsik dari dalam. Sumin berasa tidak sedap hati lalu dia pun membuka pintu wad tersebut. Alangkah terkejutnya melihat keadaan Jinsik sangat tidak terurus sekarang.

Jinsik yang perasan akan ada seseorang masuk ke dalam wadnya itu terus memeluk diri dengan erat. Tubuhnya mula menggeletar.

"K-kau siapa?" soal Jinsik ketakutan. Sumin cuba untuk menenangkan dirinya.

"Hei... Jinsik, ini aku... Kawan kau."

"Tipu! Aku tak kenal kau! Kawan aku dah mati!" Teriak Jinsik.

Sumin tiada pilihan lain melainkan terpaksa mengubah tubuh Minjae menjadi tubuhnya yang masih hidup. Jinsik yang melihat kejadian itu terkaku. Dia seperti sukar untuk percaya. Tubuh Minjae tadi kini berubah menjadi tubuh asal Sumin!

"Ini aku, Sumin. Aku cuma nak tengok kau..." Pujuknya perlahan. Tetapi Jinsik cuba untuk menafikan.

"Tipu! Kau dah mati! Semuanya sebab aku!"

Sumin dengan perlahan-lahan mendekati Jinsik yang sedang menjerit seperti histeria itu. Dia tahu begitu sukar untuk Jinsik adopt dengan keadaan sekarang. Tetapi dia perlu cuba menenangkan Jinsik sebelum keadaan bertambah teruk.

Teriakan Jinsik tadi terus hilang sebaik sahaja Sumin memeluk dirinya erat. Pelukan ini sama seperti dahulu... Bahkan dia rindu akan rasa ini. Jinsik tidak dapat menahan lagi air matanya lalu dia menangis di dakapan Sumin.

"Aku rindu kau..."

Entah mengapa hati Sumin luluh mendengar esakkan Jinsik itu. Sungguh dia tidak kuat hadap perasaan ini lagi. Rasanya terlalu perit dan sakit sekarang. Akhirnya Sumin juga turut menangis dalam dakapan Jinsik.

[C] Ghost Talker  ☾ 김민재 ☽Where stories live. Discover now