Silent Hated 01

62 19 0
                                    

Pagi itu sebelum pergi ke sekolah, Minjae bersarapan seorang diri sambil menonton televisyen. Entah bagaimana dia boleh terbangun awal sedangkan semalam dia tidur lewat. Boleh kira dalam berapa jam sahaja Minjae melelapkan matanya.

Ibunya, Puan Kim melihat sahaja Minjae begitu leka menonton televisyen sambil mengunyah roti bakar. Dia baru sahaja selesai menghidangkan air kepada suaminya, Tuan Kim.

"Minjae, kamu tak mahu pergi sekolah sekarangkah?" Tanya Puan Kim lembut.

"Masih awal lagi," jawabnya ringkas. Mulutnya masih dengan penuh makanan.

"Cuba kamu buka saluran berita pagi sekejap, Minjae. Ayah nak tengok."

Minjae hanya turuti sahaja permintaan ayahnya itu. Pantas dia mencapai remote televisyen yang berada di sebelahnya lalu menukar saluran kepada berita pagi. Kebetulan juga waktu itu keluar satu perkara yang menarik buat Minjae.

"Berita harian, ramai orang mengatakan bahawa terdapat entiti yang tidak berjasad kini sedang merayau-rayau di tepi jambatan Sungai Hann. Netizen juga menceritakan bahawa mereka sering diganggu oleh entiti itu ketika melalui jambatan pada waktu malam."

"Selalu juga saya dengar ada bunyi tangisan di tepi jambatan Sungai Hann. Suara dia macam lelaki."

"Pernah hari itu saya dengar seseorang mengilai. Habis seminggu saya demam disebabkan oleh hantu itu."

"Bunyinya seperti tidak masuk akal tetapi itulah pengalaman yang betul serta ngeri bagi mereka."

Minjae agak tertarik dengan berita yang telah disampaikan sebentar tadi. Nampak seperti menarik. Mungkin ini adalah peluang dia untuk berbicara dengan roh itu kelak. Bolehlah dia tahu punca sebenar roh itu menjadi tidak tenang di sana.

"Ayah tahu apa yang kamu fikirkan sekarang, Minjae." Teguran Tuan Kim tadi mengejutkan Minjae sedikit.

"Ayah tak melarang kamu untuk bercakap dengan hantu tetapi kamu tak boleh terlalu menunjuk kuasa kamu itu."

"Ya, kamu pun selalu pulang lewat sangat. Ibu risau dengan keselamatan kamu nanti."

"Ibu, ayah, Minjae boleh jaga diri sendiri. Tak perlu risau sangatlah."

Minjae berkata dengan sangat tenang. Setakat ini dia belum jumpa lagi dengan mana-mana roh yang jahat. Semuanya baik-baik sahaja. Buat masa ini Minjae masih berasa selamat.

"Okeylah, Minjae nak pergi sekolah ini." Ujarnya seraya meletakkan pinggan dan cawan ke dalam singki. Lalu dia menyandang beg sekolah di atas bahunya.

"Baiklah. Hati-hati," nasihat mereka ringkas. Minjae mengangguk faham sebelum dia berjalan keluar dari rumahnya untuk pergi ke sekolah.

---------------

Tamat sahaja sesi persekolahan hari ini, Minjae terus pergi ke jambatan Sungai Hann yang menjadi bualan ramai sekarang. Dia melilau keadaan di sekelilingnya. Suasana pada petang ini sangat tenang. Ramai juga orang yang lalu lalang di sini.

Namun hairannya dia tidak nampak pun kelibat roh yang mereka bualkan itu. Minjae tidak pasti sama ada apa yang disampaikan oleh pemberita pagi tadi itu benar atau tidak.

"Macam tak ada." Ujarnya perlahan. Minjae mengambil keputusan untuk duduk di tepi jambatan itu sambil meminum air yang dibawanya. Tekaknya mula terasa kering pula kerana cuaca petang ini agak panas sedikit.

"Cemburunya..."

Minjae tiba-tiba terdengar satu suara yang berada di sebelahnya. Apabila dia menoleh ke kiri, jantungnya terasa seperti mahu tercabut kerana roh itu muncul secara mengejut.

"Apa kau ini! Terkejut aku!" Marah Minjae membuatkan roh itu terkejut.

"Huh? Kau cakap dengan akukah?" tanya roh itu.

"Yalah! Aku bercakap dengan kau sekarang!"

Roh itu terkelu lidah. Dia tidak tahu untuk menjawab apa-apa kerana dia sangat terkejut dengan Minjae yang tiba-tiba sahaja memarahinya tanpa sebab.

"Jangan anggap aku ini gila. Aku boleh bercakap dengan hantu sebenarnya," beritahu Minjae lagi. Lalu dia menyimpan botol airnya di dalam beg.

"Jadi kau lah hantu yang selalu ganggu orang di sini ya?"

"Huh! Kau nak buat apa dengan aku sekarang? Nak halau aku?" Soalan dibalas dengan soalan. Minjae menatap wajah roh itu buat seketika. Sesekali dia berkerut dahi meneliti wajah roh itu.

"Sekejap, kau macam bukan orang Korea. Betul bukan?"

"Ya. Aku asal dari Thailand," jawapan roh itu telah membuktikan bahawa sangkaan Minjae tadi sangat tepat.

"Apa nama kau?"

"Huh? Kenapa kau nak tahu?"

"Jawab sajalah!" Minjae memaksa. Roh itu mendengus geram.

"Nama aku Hunter. Puas hati?"

"Baiklah, selamat berkenalan. Nama aku Minjae. Orang panggil aku sebagai ghost talker sebab aku boleh nampak dan bercakap dengan hantu." Dengan lebar Minjae memperkenalkan dirinya kepada Hunter.

"Aku tak tanya fasal kau," kata Hunter dengan nada yang menjengkelkan membuatkan Minjae terasa sedikit geram.

Ini kali kedua Minjae berjumpa dengan roh yang boleh tahan menyakitkan hatinya. Hari itu Seeun, sekarang Hunter pula. Tidak bolehkah dia berjumpa dengan roh yang ramah seperti Yujun dan Hyunwoo?

"Apa-apalah. Sekarang aku nak tolong kau, cerita pada aku apa sebenarnya yang telah berlaku pada kau dulu." Hunter agak terkejut dengan kata-kata Minjae tadi.

"Huh? Dah kenapa tiba-tiba ni?"

"Cerita sajalah!"

Minjae memaksanya buat kali kedua. Mahu tak mahu Hunter terpaksa buka mulut untuk menceritakan tentang kisah hidupnya dahulu.

[C] Ghost Talker  ☾ 김민재 ☽Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt