Stay Together 01

69 16 0
                                    

Pada waktu cuti hujung minggu, Minjae menghabiskan masanya dengan baring sambil bermain telefon pintar sahaja. Dia sungguh malas untuk membuat apa-apa sekarang. Ibu bapanya tiada di rumah kerana mereka pergi ke pasar untuk membeli barang dapur.

Minjae terlalu acap melihat sosial media sehinggakan hantu-hantu yang mengacaunya di sebelah dia langsung tidak hiraukan. Jadi Minjae tidak terasa sunyi di rumah kerana setiap hari dia akan menghadap hantu-hantu yang merayau di rumahnya ini.

Agak menjengkelkan cumanya dia terlalu malas untuk layan mereka.

Tatkala Minjae scroll di aplikasi Twitter, dia ternampak satu tweet yang menarik perhatiannya. Tweet itu juga kelihatan seperti mendapat perhatian ramai orang sehinggakan ia viral. Nak-nak pula ia baru berlaku dalam beberapa hari lepas.

Seorang warden lelaki ditangkap akibat bertindak untuk membunuh dua orang pelajar kerana tidak mendengar kata. Kedua-dua mangsa ialah pelajar lelaki yang berusia 17 tahun.

Choi Sumin, salah seorang mangsa kejadian ditemui tidak bernyawa bersama kawannya Ham Jinsik yang tidak sedarkan diri di bilik stor. Mangsa-mangsa tersebut telah dibawa ke hospital bagi siasatan lebih lanjut.

Minjae terkedu. Boleh tahan gila juga manusia zaman sekarang. Bahkan seseorang yang bergelar warden pun sanggup membunuh pelajar di sekolah. Jadi benarlah bahawa dunia sekarang semakin tenat.

"Kasihannya, apa yang dah berlaku pada mereka agaknya?" detik Minjae dalam hati. Tidak lama kemudian muncul satu idea yang bernas dalam minda Minjae.

Dia bercadang mahu mencari roh Sumin. Kebiasaannya roh tidak akan tenang akibat dibunuh tanpa rela, paling tidak pun ada juga yang membunuh diri tetapi jiwanya masih tidak tenang. Senang cerita, mereka ada permintaan yang tidak sempat untuk mereka lakukan sebelum mati.

Minjae bingkas bangun dari baringnya lalu menyarungkan jaket pada tubunya. Dia juga tidak lupa untuk membawa kunci rumah sekiranya ibu bapanya telah mengunci pintu awal dan dia pulang lewat.

----------------

"Kalau ikutkan artikel... Disinilah sekolah mereka bukan?"

Minjae tiba di luar pagar sekolah yang menjadi topik perbualan ramai sekarang. Soul High School, nama sekolah yang telah tercemar akibat kes pembunuhan warden kepada dua orang pelajar beberapa hari lalu. Sekolah ini juga ditutup buat sementara waktu bagi memudahkan pihak berkuasa melakukan siasatan lanjut berkaitan kes ini.

Minjae melilau keadaan di sekelilingnya. Dia lihat pegawai yang menjaga pagar utama sekolah itu sedang tertidur nyenyak dalam pondok. Dengan pantas Minjae menyelinap masuk. Matanya masih meliar mencari kelibat mana-mana roh yang merayau di kawasan sekolah ini.

Setakat ini dia tidak jumpa lagi.

Minjae mengambil keputusan untuk masuk ke dalam sekolah tersebut. Suasana pada petang ini sangat sunyi, hanya bunyi detapan kaki sahaja yang didengari. Jadi memang benarlah tiada seorang pun yang berada dalam kawasan sekolah sekarang.

"Boleh tahan cantik juga sekolah ini. Kalah sekolah aku..."

Puji Minjae perlahan. Dia seperti berada dalam sekolah elit kerana persekitaran dalam sekolah ini sangat cantik dan mewah jika dibandingkan dengan sekolahnya yang biasa-biasa sahaja.

Minjae berjalan melimpasi semua kelas yang berada dalam sekolah ini. Sesekali dia juga duduk di tepi koridor akibat penat berjalan dari tadi. Hairan kerana dia langsung tidak jumpa satu roh pun yang merayau-rayau di sini.

"Tak mungkin aku silap sekolah. Dan tak mungkin juga roh itu tenang..."

"Gigih betul kau cari aku."

Minjae dikejutkan oleh satu roh yang muncul dari belakangnya secara mengejut. Perbuatan ia itu membuatkan Minjae hampir melatah teruk.

"Eh? Bila masa kau di sini?" Tanya Minjae. Sesekali dia mengusap dadanya perlahan akibat terkejut tadi. Roh itu tersenyum kecil.

"Baru tadi. Aku tak pernah nampak kau pun sebelum ini. Kau bukan budak sekolah aku kan?" soalan dibalas dengan soalan.

"Ya. Aku ke sini cuma nak cari budak yang mati dibunuh itu sahaja. Itu kau bukan?" Senyuman kecil itu masih terukir pada bibirnya. Ia mengangguk.

"Binggo. Aku Sumin, mangsa pembunuhan. Kalau tak silap aku, kau ghost talker bukan? Kim Minjae?"

Berkerut dahi Minjae dibuatnya. Dia hairan bagaimana Sumin boleh tahu namanya sedangkan dia tidak memperkenalkan dirinya lagi.

"Huh? Mana kau tahu?"

"Aku ada ternampak satu video orang post di Twitter. Dalam video itu kau bercakap seorang diri sambil marah-marah dekat tepi jambatan Sungai Hann dengan caption Ghost Talker. Bila aku search ghost talker itu pula muncul nama kau Kim Minjae."

Minjae terkaku seperti patung selepas mendengar penjelasan Sumin sebentar tadi. Dia tidak menyangka pula bahawa dirinya sudah lama viral dalam media sosial. Tetapi dia langsung tidak pernah perasan sebelum ini.

Video itu pasti dirakam ketika dia bercakap dengan Hunter! Kerana waktu itu sajalah dia bercakap dengan roh di tempat yang terbuka. Jadi tidak hairanlah...

"Kenapa kau cari aku?" soal Sumin lagi.

"Aku nak tahu apa yang dah berlaku pada kau dan kawan kau, Jinsik?" Sebaik sahaja Minjae menyebut nama Jinsik, riak wajah Sumin terus berubah.

"Huh? Jinsik? Dia di hospital bukan? Masih koma? Atau dia sudah sedar sekarang?"

"A-aku tak tahu."

Sumin menghembuskan nafas berat. Lalu dia menatap wajah Minjae sayu.

"Tolonglah... aku cuma nak tahu keadaan Jinsik sekarang..."

"Aku akan tolong kau. Tetapi kau kena cerita pada aku dulu apa yang dah berlaku pada kau berdua. Aku nak dengar."

Pinta Minjae. Sumin menyuruh dia untuk duduk di sebelahnya terlebih dahulu. Kemudian barulah dia membuka mulut untuk menceritakan semuanya kepada Minjae.

[C] Ghost Talker  ☾ 김민재 ☽Where stories live. Discover now