Pet's Guard 02

55 19 0
                                    

"Roku! Sini Roku!"

Panggil Yujun. Roku yang berada di dapur tadi terus berlari mendekati Yujun di ruang tamu. Yujun mengusap lembut bulu Roku sambil memeluknya erat. Jarinya itu dibiar sahaja Roku menggigitnya. Wajah Roku juga menunjukkan bahawa dia sangat seronok bermain bersama Yujun.

Roku ialah anak anjing peliharaannya sejak tiga bulan lepas. Ibu bapanya memberikan harapan penuh kepada Yujun untuk menjaga Roku elok-elok. Mereka jarang berada di rumah kerana terlalu sibuk dengan kerja.

"Pandainya Roku! Nah makanan untuk Roku!" Yujun menghulurkan makanan kepada Roku membuatkan Roku menjadi lahap. Dia terus makan makanan yang berada di tangan Yujun tadi.

Yujun tertawa riang. Namun tawanya itu terus hilang sebaik sahaja dia merasakan kesakitan dahsyat pada dadanya.

"Argh!"

Akibat tidak dapat menganggung kesakitan itu, Yujun terus rebah membuatkan Roku menjadi takut.

Aung!

Aung!

Roku menyalak dihadapannya untuk membangunkan Yujun. Namun usaha ia itu sia-sia. Kebetulan juga ibu bapanya baru tiba di rumah dan terkejut melihat Yujun dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Yujun!"

"Abang! Cepat bawa Yujun ke hospital!"

-----------------

"Jangkitan kuman pada paru-paru Yujun semakin merebak. Buat masa ini dia perlu duduk di sini dan menjalani pembedahan."

Tuan Jung dan Puan Jung terkedu selepas mendengar ujaran doktor yang memeriksa keadaan Yujun tadi. Itu bukanlah berita baik buat mereka.

Bahkan ada lagi berita yang paling buruk mereka akan dengar. Iaitu...

"Tetapi pembedahan itu akan memakan kos yang tinggi. Kemungkinan besar juga Yujun tidak akan selamat walaupun dia menjalani pembedahan nanti kerana kanser itu sudah merebak luas."

Hampir lemah jantung mereka mendengar berita doktor itu tadi. Anak mereka Jung Yujun, seorang remaja yang mengalami kanser paru-paru tahap keempat. Semua orang tahu tahap itu merupakan tahap hampir maut bagi penghidap kanser.

"Saya cuba apa yang patut..."

"Ya terima kasih, doktor."

Selepas sahaja berbincang dengan doktor, mereka terus masuk ke dalam wad Yujun. Kelihatan Yujun telah sedar dari pengsannya dan dia kelihatan sangat lemah sekarang.

"Yujun akan mati kah, papa? Mama?"

"Sayang, tak eloklah cakap macam itu." Puan Jung menegur. Dia mengusap kepala Yujun lembut untuk menenangkannya. Tetapi ia membuatkan Yujun menjadi sebak.

"Yujun akan selamat." Ayahnya, Tuan Jung cuba untuk meyakinkan Yujun. Tetapi dia tahu Yujun sukar untuk bertenang sekarang. Air matanya juga mula mengalir membasahi pipi. Yujun menangis di hadapan ibu bapanya.

"Siapa nak jaga Roku nanti? Yujun tak nak Roku sunyi..."

Ujarnya perlahan dengan suara yang serak. Mereka berpandangan antara satu sama lain. Satu keluhan kecil dilepaskan perlahan. Mereka juga tidak tahu dengan nasib Roku nanti.

"Papa, boleh tak nanti bawa Roku ke sini? Yujun nak luangkan masa dengan Roku sebelum Yujun pergi." Permintaan Yujun tadi mengejutkan mereka berdua.

"Huh? Tetapi Yujun hospital tak benarkan bawa haiwan."

"Nak jumpa Roku... Sekali pun jadilah... Yujun nak jumpa Roku..."

Desak Yujun sambil menangis teresak-esak. Puan Jung dan Tuan Jung menjadi serba salah. Bukan mereka tidak mahu tetapi disebabkan haiwan dilarang untuk masuk ke dalam hospital, mereka tidak mampu untuk membuat apa-apa.

Puan Jung cuba menenangkan Yujun daripada terus bersedih manakala Tuan Jung pula terfikirkan sesuatu. Kemudian, muncul satu idea yang bernas dalam mindanya.

--------------

Beberapa minggu telah berlalu, Yujun masih terperap di wad. Keadaan tubuhnya sekarang agak kurang baik semenjak dua menjak ini. Dia juga hilang selera makan menyebabkan tubuhnya semakin kurus. Yujun menatap pemandangan luar dengan tatapan kosong.

Terbit rasa rindu dalam hati Yujun melihat pesakit-pesakit lain sedang berjalan-jalan di luar persekitaran hospital. Dia rindu mahu luangkan masa dengan ibu bapanya, dia rindu mahu bermain bersama Roku. Semua itu dia rindu.

Namun takdir hidup ini tidak selalunya indah bukan?

"Yujun? Kamu buat apa sayang?"

Yujun menoleh ke arah pintu. Kelihatan ibu bapanya datang melawat hari ini. Yujun mengukirkan senyuman kelat.

"Sayang? Kamu tak makankah? Makin kurus ni..." soal Puan Jung lembut sambil memegang kedua-dua pipi Yujun.

"Yujun tak ada selera," jawabnya ringkas. Puan Jung mengeluh kecil.

"Yujun, tengoklah apa yang papa bawa ini."

Tuan Jung memberikan satu beg besar kepada anaknya. Yujun dengan kelirunya pun membuka zip beg itu.

Alangkah gembiranya dia melihat Roku muncul di hadapannya sambil menjilat-jilat muka Yujun.

"Roku! Rindunya Roku!" Ucap Yujun sambil memeluk Roku erat. Baru sebentar tadi dia teringatkan fasal Roku. Terubat rasa rindu dalam hatinya.

Roku juga gembira dapat bertemu dengan Yujun semula setelah lama mereka terpisah. Yujun mengusap-usap lembut tubuh Roku sambil tersenyum girang. Perbuatannya itu dilihat oleh Tuan Jung dan Puan Jung.

Mereka berasa lega kerana mereka dapat melihat Yujun tersenyum sekali lagi. Apa yang penting bagi mereka ialah Yujun gembira sebelum meninggalkan mereka kelak.

Agak pahit untuk menelan realiti kehidupan...

----------------

Yujun akhirnya telah menghembuskan nafasnya terakhir sebelum dia dipindahkan ke wad pembedahan. Berita itu sungguh melukakan hati ahli keluarganya. Puan Jung sudah terduduk sambil meraung kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa Yujun telah pergi buat selamanya.

Oleh disebabkan tiada siapa dapat menjaga Roku di rumah akibat kesibukan kerja, mereka membuat keputusan untuk membuang Roku.

[C] Ghost Talker  ☾ 김민재 ☽Where stories live. Discover now