Birthday Gift 02

96 22 0
                                    

"Junghoon! Birthday kau tak lama lagi jadi kau nak hadiah apa?"

Hyunwoo dengan riangnya bertanyakan soalan kepada Junghoon. Mereka kini berada di atas atap sekolah memandangkan sekarang masih awal lagi. Ramai juga pelajar yang belum sampai waktu itu.

"Aku pun tak tahu," jawab Junghoon bersahaja. Dia tidak terfikirkan apa-apa pun tentang hari lahirnya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Hyunwoo memuncungkan bibir. Dia berniat mahu belikan sesuatu untuk Junghoon tetapi dia sendiri tidak ada idea hadiah apakah yang sesuai.

Biarpun mereka berbeza setahun, tetapi persahabatan antara Hyunwoo dan Junghoon sangat akrab. Mereka diibaratkan sebagai adik beradik kerana Hyunwoo sering datang ke kelas Junghoon untul lepak bersama. Kadang kala juga Junghoon akan masuk ke kelas Hyunwoo jika dia bosan.

"Aku rasa tak perlulah hyung belikan hadiah untuk aku." Kata-kata Junghoon tadi menaikkan rasa pelik Hyunwoo.

"Huh? Kenapa?"

"Aku cuma tak nak susahkan hyung."

"Beritahu sahaja apa yang kau nak. Aku cuba mana yang aku mampu," ujar Hyunwoo.

Baginya tidak adil kerana tahun lepas Junghoon memberikan sepasang kasut yang mahal ketika menyambut hari lahirnya. Tahun ini dia perlu berikan sesuatu kepada Junghoon pula.

"Huh! Tak seronoklah kalau aku tahu apa yang aku nak," cebik Junghoon. Hyunwoo terdiam sambil memikirkan sesuatu.

"Apa kata kita keluar masa hari jadi kau nanti? Aku dengar dekat wayang akan ada banyak cerita baru yang best."

Hyunwoo cuba memberikan cadangan kepada Junghoon. Dia berniat mahu belanja Junghoon keluar jalan-jalan sepanjang hari jadinya itu nanti.

Susah sangat nak fikirkan hadiah, belanja lagi senang!

"Boleh juga. Tak lah aku bosan nanti," akhirnya Junghoon setuju dengan cadangannya itu membuatkan Hyunwoo tersenyum lebar.

"Cantik! Tak sabar aku nanti."

"Eh hyung ni. Birthday aku tapi yang paling excited kau."

"Sukahati akulah!"

Junghoon menggulingkan kedua bola matanya. Walaupun Hyunwoo tua setahun darinya tetapi perangai dia tidak seperti abang. Hyunwoo seperti kebudak-budakkan baginya.

Tetapi sikap Hyunwoo itu jugalah membuatkan Junghoon tertarik untuk berkawan dengannya.

--------------

Hari yang ditunggu kini tiba. Junghoon menunggu ketibaan Hyunwoo di tempat perhentian bas seperti yang telah dijanjikan.

Anak mata Junghoon dari tadi melirik melihat jam tangannya. Sudah pukul 11 pagi lebih tetapi susuk tubuh Hyunwoo masih tidak kelihatan.

Lambat sikit dia ya...

"Junghoon!" Dia terdengar namanya dipanggil oleh seseorang. Satu senyuman nipis terukir di bibir Junghoon melihat Hyunwoo sedang berjalan menghampirinya.

"Hyung lambat!" Marah Junghoon. Hyunwoo tersenyum sengih.

"Maaflah. Tadi aku cari duit tapi rupanya duit aku dah habis dekat rumah," beritahunya. Junghoon menjadi keliru sedikit.

"Huh? So jadi tak kita jalan-jalan ni?"

"Jadi! Cumanya teman aku pergi bank kejap. Aku nak cash out duit aku."

"Okey..."

Kebetulan waktu itu bas pun tiba di kawasan perhentian. Mereka pun naik untuk pergi ke kawasan bandar. Sampai sahaja di bandar, Hyunwoo terus masuk ke salah sebuah bank yang berdekatan untuk mengeluarkan wangnya.

Manakala Junghoon pula hanya menunggu dia di luar. Dia malas hendak masuk kerana terlalu ramai orang berada di situ. Tatkala dia leka melihat suasana di sekelilingnya, dia dikejutkan dengan rompakan yang berlaku dalam bank tersebut. Suasana yang tadinya tenang juga serta merta berubah menjadi kecoh.

"Ada rompakan!"

"Laporkan pada polis cepat!"

Junghoon terkedu. Terus dia lihat dari luar di manakah keberadaan Hyunwoo.

Matanya membulat melihat Hyunwoo menjadi mangsa ugutan rompakan tersebut. Semua orang yang berada di situ tidak mampu membuat apa-apa.

"Hyung!" Jerit Junghoon. Dia mahu masuk tetapi dia dihalang oleh orang awam yang juga berada di luar bersama dengannya.

"Bagi aku semua duit cepat atau budak ni mati!" Kata perompak itu. Dia mengacukan pistolnya tepat di atas kepala Hyunwoo.

"Lepaskan dia!" Arah salah seorang pegawai bank. Perompak itu mula tersenyum sinis. Satu idea gila mula muncul dalam kepalanya.

"Baiklah..."

DOR!

"HYUNWOO HYUNG!"

Teriak Junghoon melihat Hyunwoo sudah rebah dengan darah mengalir keluar dari kepalanya. Perompak itu juga sudah pun ditangkap oleh polis ketika dia cuba melarikan diri.

Walaupun pihak bantuan sudah tiba, namun mereka gagal menyelamatkan Hyunwoo kerana dia telah menghembuskan nafasnya terakhir di situ.

[C] Ghost Talker  ☾ 김민재 ☽Donde viven las historias. Descúbrelo ahora