Silent Hated 03

62 18 0
                                    

Hunter terdiam kaku selepas mendengar ujaran Minjae tadi. Dia seperti sukar untuk percaya sekarang. Mana mungkin ada manusia rela dirasuk oleh hantu hanya semata-mata mahu membantu sahaja.

"Jadi maksudnya aku akan guna badan kau?" tanya Hunter inginkan kepastian. Minjae menangguk.

"Ya. Bukan setakat itu saja, badan aku ini akan berubah jadi badan kau lepas kau rasuk aku. So kalau contohlah pembunuhan ini sampai ke tangan pihak polis, aku masih boleh terselamat." Terang Minjae lebar. Hunter terlalu terkedu untuk menjawab sekarang.

"Aku ingat kau cuma manusia biasa, tapi nampaknya aku pandang rendah pada kau ya."

"Apa-apa sajalah. Kau nak bunuh ayah kau atau tidak? Aku cuma nak tolong."

Lama Hunter berfikir, akhirnya dia membuat keputusan juga.

"Aku terima pertolongan kau itu." Minjae tersenyum sinis mendengar jawapan Hunter.

"Silakan rasuk aku."

Hunter pun terus masuk ke dalam tubuh Minjae membuatkan Minjae rebah buat seketika. Tidak lama selepas itu, dia bangkit dari pengsannya dengan tubuh yang baru.

Hunter terpaku. Memang benar apa yang dikatakan oleh Minjae tadi.

Tubuh Minjae yang kecil itu terus berubah menjadi tubuh asalnya selepas sahaja dia merasuk Minjae. Ia seolah-olah seperti Hunter masih hidup.

"Boleh tahan kuasa dia ini." Kagum Hunter. Lalu dia mula ketawa berdekah seperti orang gila sekarang.

"Baiklah, macam mana aku nak bunuh orang tua itu ya?"

----------------

Di rumah mewah yang tersergam indah, kelihatan Tuan Park baru sahaja pulang dari kerjanya. Hari ini boleh tahan sibuk dia berkerja. Dia sudah memasangkan niatnya untuk merehatkan diri secukupnya supaya esok hari dia tidak akan berasa letih.

Walaupun rumahnya besar dan sunyi, Tuan Park berasa sangat selesa dengan suasana begini. Tiada siapa yang menganggu hidupnya. Semuanya tenang dan aman sahaja.

Sehinggalah dia ternampak bayangan seseorang berjalan di halaman rumahnya membuatkan suasana yang tenang tadi terus lesap. Bayangan itu berlari masuk ke dalam rumahnya membuatkan dia terkedu.

Itu pasti pencuri! Tuan Park mengambil kayu besbolnya dan mencari bayangan itu di sekitar rumahnya. Siaplah dia kerana mencari masalah di sini!

"Besarnya rumah ini! Tetapi sayang tinggal seorang diri."

Orang itu menyindir Tuan Park menyebabkan dia terasa sedikit. Suara itu seperti berada di dapur. Dia dengan perlahan-lahan menuju ke sana.

"Mana anak kau? Oh lupa yang anak kena bunuh. Maklumlah tak sayang anak sendiri bukan." Sindir orang itu lagi membuatkan hati Tuan Park menjadi panas. Lalu dia menengking.

"Kau siapa? Keluar sekarang!"

Suasana menjadi senyap buat seketika. Tuan Park mendengar bunyi detapan kaki itu seperti sedang menghampirinya. Tubuhnya terkaku serta merta serta kayu besbol yang dipegangnya tadi terus jatuh ke lantai sebaik sahaja orang itu munculkan diri.

Satu senyuman sinis terukir pada wajah orang itu.

"Hai ayah? Masih ingat siapa saya?" tanya Hunter dengan sinis.

"K-kau? Bukan kau dah matikah?" Tuan Park tergagap. Hunter ketawa berdekah.

"Ya memang pun."

"Tak... Kau berambus sekarang! Aku tahu kau memang tak wujud!"

"Ayah pasti?"

Hunter terus menghalakan pisau ke arah Tuan Park menyebabkan dia terkaku. Jarak di antara mereka betul-betul dekat. Pisau itu juga tepat berada di dada Tuan Park sekarang. Wajah Hunter yang kelihatan bersih tadi juga sudah berubah menjadi comot dan banyak kesan luka.

"Selama ini saya memang menyusahkan ayah ya? Sampaikan masa saya kena culik dulu ayah suruh mereka bunuh saya. Ayah memang bencikan saya ya?"

"Ja-jangan dekat!"

Hunter merapatkan lagi pisau itu pada dada Tuan Park sehingga ia tertimbus dan terkena pada kulit Tuan Park.

"Ayah tahu? Saya paling menyampah tengok ayah hidup senang-lenang sekarang. Jadi apa kata kalau ayah sendiri rasa macam mana saya dibunuh dulu?"

Tubuh Tuan Park terkejung selepas sahaja Hunter menusuk dadanya dengan menggunakan pisau dapur. Darah mula mengalir keluar dari tubuhnya membuatkan Tuan Park terus jatuh.

Rasa kesakitan itu amat dahsyat. Pandangannya juga mula samar-samar. Hunter berasa senang hati melihat Tuan Park dalam kesakitan sekarang.

"Sakit bukan, ayah? Begitulah apa yang saya rasa dulu." Ujarnya. Wajah Tuan Park juga mula menjadi pucat. Hunter menghela nafas berat lalu dia mengukirkan senyuman nipis.

"Selamat malam, ayah."

Ucap Hunter lagi sebelum meninggalkan dia dalam keadaan begitu. Selepas sahaja Hunter menghilangkan diri, Tuan Park telah menghembuskan nafasnya terakhir di ruang tamu.

-----------------

Mereka kembali di jambatan Sungai Hann. Hunter juga sudah keluar dari tubuh Minjae. Nasib mereka agak bertuah kerana tiada seorang pun yang berada di sini pada waktu malam begini. Apabila Minjae melihat jam tangannya, sudah hampir masuk tengah malam.

"Sekarang masalah kau sudah selesai bukan?" tanya Minjae. Hunter sekadar mengangguk sahaja.

"Ya... Cuma boleh tolong aku lagi tak?"

"Apa dia?"

"Boleh kau tegur budak kelas aku itu?" Pinta Hunter sambil menunjukkan ke arah seseorang kepada Minjae yang berada tidak jauh dengan mereka.

Satu kerutan dahi muncul apabila Minjae lihat lelaki itu meletakkan sejambak bunga di tepi jambatan sambil berdoa sesuatu. Minjae dengan rasa yang ingin tahu itu terus menegur.

"Hai," sapanya. Lelaki itu terkejut sedikit lalu menunduk hormat kepada Minjae.

"Hai..."

"Kenapa kau letak bunga di sini?" tanya Minjae ingin tahu.

"Oh, itu cuma penghormatan aku kepada salah seorang budak kelas aku yang mati dibunuh oleh penculik dulu." Jawapan lelaki itu membuatkan Minjae terkejut sedikit.

"Kau... Yechan bukan?"

"Huh? Macam mana kau tahu?"

"Err... Aku teka sahaja."

Yechan yang melihat kelakuan Minjae itu hanya mampu tersenyum. Lalu dia membuka mulut untuk menceritakan lebih lagi.

"Aku bersimpati atas kematian Hunter. Tidak sempat untuk aku kenal dia lebih sebab dalam kelas tiada siapa yang sudi berkawan dengan dia. Aku tak faham kenapa tak ada seorang pun yang sedih atas kematiannya. Walaupun dia bukan orang Korea, tetapi dia pun manusia yang biasa sama macam kita."

Minjae terdiam seribu bahasa mendengar Yechan berkata begitu.

"Aku mungkin bukan kawan Hunter tetapi aku sangat terkesan dengan kematian dia... Harap Hunter tenang di sana. Aku patut pergi sekarang, selamat tinggal."

Yechan terus berjalan meninggalkan Minjae yang masih terpinga di situ seorang diri. Lalu dia berpaling untuk mencari kelibat Hunter namun hairannya Hunter sudah tiada lagi di situ. Hanya Minjae sahaja yang masih berada di jambatan seorang diri.

Mungkinkah roh Hunter sudah tenang sekarang? Ataupun hajat Hunter sudah tercapai menyebabkan dia tiada lagi di sini?

Minjae menghela nafas lega. Dia pun berjalan meninggalkan jambatan tersebut.

Selepas ini, tiada lagi kes hantu merayau-rayau di jambatan Sungai Hann.

[C] Ghost Talker  ☾ 김민재 ☽Where stories live. Discover now