His Revenge 01

67 15 1
                                    

Pada waktu lapang begini, kelas kebiasaannya akan bising kerana tiada guru masuk. Waktu ini jugalah ramai pelajar mengambil peluang untuk merehatkan diri daripada terus belajar. Ada yang berbual kosong, ada yang tidur, ada yang bermain-main dan ada juga yang membeli makanan di luar kelas.

Minjae terasa sangat malas untuk membuat apa-apa sekarang. Dia meletakkan kepalanya di atas meja sambil jarinya bermain skrin telefon pintar. Minjae hanya menghabiskan masa lapang kelas ini dengan bermain telefon pintar sahaja.

Mahu kata berbual dengan budak kelas memang tidaklah. Semua orang menganggap dia tidak wujud. Dia pun tiada langsung kawan. Jadi jika guru menyuruh mereka untuk buat kerja secara berkumpulan, Minjae akan diketepikan. Paling tidak pun dia akan masuk mana-mana kumpulan yang tidak cukup ahli.

Tetapi macam biasa lah, dia tetap akan dipalaukan.

Sedang leka Minjae bermain telefon pintar, dia tiba-tiba terasa seperti mahu ke tandas pula. Lantas dia bangun dan keluar dari kelas untuk melepaskan hajatnya dalam tandas.

Minjae melihat jam pada skrin telefon. Nampaknya kelas akan bermula tidak lama lagi, dia perlu masuk ke kelas dengan cepat. Minjae menuju ke singki untuk membasuh tangannya.

Kebetulan juga dia ternampak Junmin masuk ke dalam tandas seorang diri. Minjae perasan wajah Junmin agak sebam. Dia seperti baru sahaja lepas menangis. Dengan penuh tanda tanya Minjae menegur.

"Kau okey?" Junmin mengangguk kecil.

"Betul kah? Nampak macam baru lepas menangis saja kau ini." Minjae bertanya sekali lagi. Kali ini Junmin terasa sedikit geram.

"Kau sibuk sangat kenapa? Blah lah!"

Minjae terkedu selepas sahaja Junmin meninggikan suara ke arahnya. Pintu tandas itu dihempas kuat oleh Junmin menyebabkan bahu Minjae terhinjut sedikit. Sesekali dia mengumpat Junmin perlahan.

"Itupun nak marah..."

Lalu Minjae berjalan keluar dari tandas meninggalkan Junmin seorang diri di situ. Malas dia mahu kisah lagi fasal Junmin.

Biarlah dia.

------------------

Minjae tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas ketika cikgu sedang mengajar di hadapan. Kelas pada hari ini sangat membosankan! Matanya juga dari tadi mahu terlelap tetapi dia cuba untuk menahan. Berkali-kali juga dia mencubit tangannya supaya rasa mengantuk itu hilang tetapi ia tidak berjaya.

Oleh disebabkan terdesak sangat, Minjae mula menampar dirinya sendiri membuatkan cikgu yang mengajar itu terkejut. Pandangan semua orang dalam kelas juga mula tertumpu ke arahnya.

"Err... Minjae? Kamu kenapa?" tanya guru itu hairan.

"Maaf, cikgu. Saya mengantuk sangat tadi itu yang saya tampar diri sendiri." Jawab Minjae. Kemudian dia terdengar bisikan- bisikan daripada mereka semua.

"Betul kah mengantuk? Entah-entah tengah pukul hantu."

"Boleh percaya ke dia itu?"

"Aku syak hantu yang kacau dia. Itu yang dia gila tampar sendiri tu."

"Peliklah dia ni..."

"Padahal boleh saja minum air."

Guru yang mendengar jawapan Minjae itu melepaskan keluhan kecil. Tidak hairan juga sekiranya Minjae mengantuk kerana cuaca pada petang ini panas. Tambahan pula mesti ramai pelajar kepenatan sekarang.

"Tak apa kamu pergi cuci muka kamu dulu. Tak pun jalan-jalan sekejap kah beli air dulu." Ujarnya. Minjae dengan senang hati terus keluar dari kelas untuk membeli tin minuman.

Dia perlukan air sekarang...

---------------

Selesai sahaja Minjae membeli air, dia berjalan menuju ke kelasnya semula. Sambil-sambil itu dia bermain dengan telefon pintar buat seketika. Namun langkahnya terus terhenti selepas sahaja dia terjumpa satu video yang aneh muncul di media sosial.

Apabila dia menekan video itu, alangkah terkejutnya dia melihat bahawa dalam video tersebut menunjukkan Junmin seperti sedang dibuli oleh beberapa rakan kelasnya sendiri. Lebih menyedihkan lagi ramai yang like dan komen emoji ketawa dalam video tersebut.

Rupanya Junmin dibuli... Minjae mengambil keputusan untuk simpan video itu dalam telefonnya. Sekurang-kurangnya dia ada bukti untuk melaporkan hal ini kepada cikgu nanti.

-----------------

Sesi persekolahan hari ini tamat seperti biasa. Ramai pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas untuk pulang ke rumah sekarang. Suasana yang meriah di sekolah tadi juga kini menjadi sepi. Minjae seperti biasa lepak dalam kelas seorang diri.

Matanya fokus menatap skrin telefon pintar. Dia lihat terlalu banyak video Junmin dibuli. Dia ditendang, dipukul, disuruh untuk membuat aksi yang memalukan dan banyak lagi. Namun dia pelik mengapa tiada orang melaporkan hal ini kepada guru?

Minjae dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena di sekitarnya sekarang. Seperti ada orang lain juga yang masih berada dalam kawasan sekolah. Minjae mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di dalam sekolahnya.

Apa yang dia rasakan itu memang benar.

Minjae ternampak kelibat seseorang berada dalam kelas kosong sedang terbaring kaku. Apabila dia membuka pintu kelas itu, matanya terbuntang luas melihat Junmin terbaring lemah dengan darah mengalir keluar dari pergelengan nadinya. Terdapat juga sebilah pisau lipat berada disampingnya.

"Junmin? Hei, Junmin!"

Dia cuba untuk membangunkan Junmin namun usahanya itu sia-sia. Minjae meletakkan jarinya di hidung Junmin. Kemudian dia cuba untuk memeriksa denyutan nadi pada leher Junmin pula. Jantungnya seolah-olah mahu terhenti apabila mendapati bahawa...

Junmin sudah tidak bernyawa lagi.

[C] Ghost Talker  ☾ 김민재 ☽Where stories live. Discover now