Pet's Guard 03

57 18 0
                                    

"Sedihnya..."

Komen Minjae. Ini kali pertama dia mendengar punca kematian yang disebabkan oleh penyakit. Setakat ini hanya Yujun sahaja roh yang lain daripada lain. Tangannya leka mengusap bulu Roku yang kini berada di atas pahanya. Yujun hanya tersenyum kelat sahaja.

"Jadi apa yang membuatkan kau masih tak tenang sekarang?" tanya Minjae lagi.

"Aku nak ada seseorang sudi menjaga Roku. Aku sedih sebab banyak orang menganianya Roku sampai kakinya terluka."

"Kau tak bolehkah jaga Roku?" tanya Yujun ingin tahu. Alang-alang Minjae ada di sini jadi baginya agak mudah sekiranya Minjae sudi menjaga Roku.

"Tak boleh. Ahli keluarga aku tak suka bela haiwan. Tambahan pula keluarga aku ni boleh kesan pergerakan hantu jadi agak bahaya untuk Roku tinggal bersama."

Yujun memuncung bibir selepas mendengar jawapan Minjae tadi. Lalu dia menatap Roku dengan tatapan sayu.

"Siapa yang boleh jaga Roku? Risaunya..."

Minjae menjadi serba salah. Dia sukakan anak anjing. Tetapi disebabkan sejarah keluarganya mempunyai kuasa mistik untuk mengesan entiti yang tidak berjasad, bahaya bagi haiwan seperti Roku duduk bersama mereka. Risau juga sekiranya Roku akan diganggu dengan roh jahat nanti.

"Aku boleh tolong carikan tuan baru untuk Roku." Kata-kata Minjae tadi membuatkan Yujun tersenyum kembali.

"Betulkah? Kalau macam itu aku akan temankan kau."

Maka bermulalah misi Minjae untuk mencari tuan baru bagi Roku. Kasihan dibiarkan Roku keseorangan di luar dengan tubuh yang kecil ini.

-----------------

Beberapa jam telah berlalu, namun Minjae masih gagal untuk mencari tuan baru Roku. Semuanya tidak mahu membela atas alasan...

"Dia comot sangatlah."

"Saya dah ada haiwan untuk dijaga."

"Tak nak."

"Maaf ya dik tetapi saya tak dapat tolong."

"Saya tak suka anjing."

Minjae melepaskan keluhan berat. Tubuhnya sudah penat akibat berjalan tanpa henti. Dia mengambil keputusan untuk duduk di salah sebuah bangku yang berdekatan dengannya. Dia perlukan rehat sekarang.

"Maaf..." Ucap Yujun serba salah.

"Huh? Kenapa pula?" Hairan Minjae.

"Mesti aku menyusahkan kau bukan? Yalah bukan senang nak carikan tuan baru untuk Roku. Aku rasa serba salah..." Terang Yujun. Jelas wajahnya menunjukkan bahawa dia berasa sanhat bersalah terhadap Minjae. Tetapi Minjae tidak merasakan bahawa permintaan Yujun itu menyusahkannya.

"Tak ada apalah. Mesti akan ada orang sudi jaga Roku nanti," kata Minjae cuba menenangkan Yujun.

"Nampaknya kau memang seorang yang sangat baik." Minjae hanya mampu tersenyum dengan pujian Yujun itu.

"Aku tidaklah baik seperti yang kau sangkakan. Sifat aku ini bergantung dengan roh yang aku tolong sahaja."

"Huh? Jadi maksudnya kau pernah tolong roh lain lah sebelum ini?" Teka Yujun. Minjae mengangguk kecil.

"Hebatnya! Tak sangka wujud juga manusia yang boleh melihat hantu!"

Entah mengapa Yujun begitu kagum dengan kebolehan Minjae. Dia dapat merasakan bahawa Minjae sudah banyak membantu roh lain sebelum mereka bertemu hari ini. Seperti dalam kisah novel fiksyen pula sekarang.

"Baiklah aku nak sambung mencari," ujar Minjae seraya bangun dari duduknya. Hari pun sudah lewat tetapi dia tidak boleh pulang sekarang. Selagi dia tidak jumpa tuan baru Roku, selagi itulah dia perlu mencari.

Baru sahaja dia mengangkat tubuh kecil Roku, dia dan Yujun ternampak sepasang suami isteri sedang tercari-cari sesuatu sambil memanggil nama.

"Roku? Kamu di mana?"

"Ini semua salah abang! Kenapa abang buang Roku dulu?"

"Maaf... Abang cuma tak boleh berfikir waktu dulu..."

Yujun terkaku. Pasangan itu ialah ibu bapanya sendiri. Minjae yang perasan akan mereka mencari Roku itu terus menghampiri.

"Erm... Puan cari dia kah?" Minjae menegur sambil menunjukkan Roku di dakapannya membuatkan mereka terkejut.

"Roku!"

"Syukurlah kamu masih hidup!"

Minjae hanya melihat sahaja Roku dipeluk erat oleh Tuan Jung dan Puan Jung. Biarpun bulunya comot, tetapi Minjae dapat merasakan bahawa kasih sayang mereka terhadap Roku sangat indah. Sama seperti mereka menyayangi Yujun suatu ketika dahulu.

"Terima kasih sebab tolong jagakan Roku," ucap Tuan Jung. Minjae tersenyum lebar.

"Memang silap kami kerana buang Roku dulu. Sejak anak kesayangan kami meninggal, tiada siapa yang boleh jaga Roku di rumah. Kami risau Roku akan kesunyian di rumah jadi kami dengan bodohnya buang dia... Tetapi kami lupa bahawa Roku mempunyai sikap yang sama seperti anak kami."

"Betul. Kami lupa bahawa Roku juga sebahagian daripada keluarga kami. Terima kasih sangat-sangat sebab tolong jagakan Roku ya, nak."

Minjae tidak membalas apa-apa sebaliknya hanya mengangguk sahaja. Roku pun kelihatan sangat gembira kerana dapat kembali semula kepada keluarga asalnya.

Sebaik sahaja susuk tubuh mereka tidak kelihatan, Minjae berjalan menghampiri Yujun yang masih terkaku di bangku tersebut. Dari situ Minjae dapat melihat jelas wajah Yujun sangat gembira sambil menitiskan air mata.

"Aku... Gembira sangat keluarga aku ambil Roku semula..." katanya perlahan.

"Sekarang aku dah tak perlu risau dengan keadaan Roku lagi..."

Yujun menatap Minjae buat seketika. Lalu dia mengukirkan senyuman manis.

"Terima kasih... Akhirnya aku boleh pergi dengan tenang."

Bayangan Yujun pun mula menghilang daripada pandangan Minjae. Suasana di malam ini pun tenang sahaja. Minjae menghembuskan nafas lega.

Nampaknya bukan manusia sahaja yang perlukan kasih sayang, bahkan haiwan juga mempunyai perasaan untuk dijaga.

[C] Ghost Talker  ☾ 김민재 ☽Where stories live. Discover now