Stay Together 04

66 16 0
                                    

"Maafkan aku, Jinsik. Kalau bukan disebabkan kecuaian aku dulu, pasti kau tak terlibat sama."

Ucap Sumin serba salah. Pelukan mereka tadi juga sudah terlerai. Sumin menyapu lembut air mata Jinsik yang dari tadi mengalir deras membasahi pipinya itu. Badan Jinsik terhinjut-hinjut akibat menangis tanpa henti dari tadi.

"Aku cuma nak tolong kau. Tetapi kenapa kau pergi dulu? Kenapa kau tak biarkan aku mati sahaja waktu itu?" soal Jinsik. Makin deras air matanya mengalir. Sumin menjadi berasa sangat bersalah.

"A-aku cuma nak lindungi kau..."

"Lindungi aku? Kau ingat aku akan gembira kah dengan hidup sekarang? Seorang diri tanpa kau disisi aku?"

Bertubi-tubi Jinsik menyoal menyebabkan Sumin terkelu lidah. Dia tidak tahu apa yang patut dia membalas sekarang. Pandangan dia juga mula dialihkan ke bawah.

"Hidup aku makin sengsara, Sumin! Aku tak boleh hidup dengan keadaan macam ini! Aku sunyi tanpa kau! Trauma itu asyik menguasai diri aku sampaikan aku rasa macam nak mati sekarang!"

Suasana di antara mereka diam buat seketika. Jinsik tiba-tiba sahaja mendapat idea yang gila.

"Ya... Mati sekarang..."

"Ji-jinsik?"

Jinsik terus melarikan diri keluar dari wad membuatkan Sumin terkejut. Sumin dapat merasakan bahawa Jinsik pasti akan membuat sesuatu perkara yang gila sekarang. Dia dengan pantas cuba mengerja Jinsik dari belakang.

Sangkaan dia tepat.

Jinsik berlari menuju ke atap hospital. Tiba sahaja dia ke situ, Sumin sudah terkaku apabila melihat Jinsik sedang berdiri di penghujung atap tersebut. Angin yang bertiupan di atas atap hospital ini langsung tidak dapat mengeringkan peluh yang membasahi dahi Sumin sekarang.

"Jinsik... Apa yang kau fikirkan ini?" tanya Sumin perlahan. Terukir senyuman nipis di bibir Jinsik.

"Aku cuma nak lari daripada semua kesakitan ini sahaja." Jawabnya tenang.

"Sedarlah, Jinsik! Jangan buat kerja gila sekarang!"

"Aku penat, Sumin! Aku penat!"

Jerit Jinsik membuatkan Sumin terdiam buat seketika. Air mata Jinsik juga mengalir sekali lagi.

"Sumin, kita dah janji kawan sampai besar. Kita janji untuk ada sentiasa. Kita janji untuk tak biarkan salah seorang daripada kita tersakiti sekarang! Kau masih ingat bukan janji kita itu?"

Diam. Masih tiada sahutan yang dibalas.

"Kau tahu kan aku cuma ada kau sahaja sebagai sahabat aku? Hanya kau sahaja tahu kisah hidup aku, hanya kau sahaja yang tahu tentang diri aku yang sebenar. Semuanya hanya kau seorang sahaja! Macam mana aku nak cari kawan yang baik seperti kau? Tak ada siapa boleh gantikan tempat kau!"

Tambah Jinsik lagi. Dia mula mengundurkan dirinya ke belakang sedikit demi sedikit. Sumin yang perasaan itu cuba menghalang.

"Jinsik, tolonglah! Jangan buat macam ini lagi!" Rayu Sumin. Jinsik menggelengkan kepala.

"Sumin, kau ingat tidak ayat kau dulu?"

"Huh?"

"Tak adil kalau salah seorang daripada kita sengsara. Kalau kau sedih, biar aku pun sedih juga. Sekurang-kurangnya aku dapat rasa apa yang kau rasa itu. Jadi tak adil lah kalau kau sahaja yang mati tapi aku masih hidup bukan?"

Mata Sumin membulat mendengar kata-kata Jinsik sebentar tadi. Dia tahu apa yang Jinsik maksudkan itu! Dia dengan pantas cuba menghalang Jinsik daripada meneruskan niatnya itu.

"JANGAN, JINSIK!"

Tetapi dia terlambat...

Jinsik telahpun menjunamkan dirinya ke bawah. Kakinya terasa lemah selepas sahaja melihat Jinsik baring terkaku di atas jalan raya dengan darah yang mengalir keluar dari tubuhnya. Suasana di bawah juga mula menjadi kecoh.

"Doktor! Sini doktor!"

"Oh Tuhanku! Apa yang dah berlaku ini?"

"Dia masih hidupkah?"

Sumin memisahkan dirinya daripada tubuh Minjae. Minjae terus menundukkan kepala melihat keadaan di bawah. Sesekali dia bermain dengan bibirnya. Dia tahu sebenarnya apa yang telah berlaku antara mereka tadi.

Sadis. Memang sadis.

Ini kali pertama dia melihat kejadian bunuh diri di depan matanya sendiri. Tambahan pula ini juga kali pertama dia tidak menyangka pengakhiran sebenar bagi Sumin amat menyedihkan.

Dia cuma mahu berjumpa dengan Jinsik sahaja. Tetapi siapa sangka perkara ngeri ini pula yang akan berlaku bukan.

Minjae mengalihkan pandangannya melihat Sumin yang sudah terduduk lemah di belakangnya. Air matanya juga sedang mengalir membashi pipi Sumin. Dia tersenyum kelat lalu cuba untuk memujuk Sumin.

"Itu bukan salah kau, Sumin. Dia sendiri pilih jalan untuk bersama dengan kau," ujar Minjae tenang.

"A-aku... Aku cuma tak nak Jinsik sedih atas pemergian aku... Tetapi kenapa Jinsik pilih untuk bunuh diri?" Sumin menjadi tidak keruan sekarang. Minjae berfikir sejenak.

"Mungkin dia tak nak sunyi. Kau sendiri dengar bukan bahawa dia tak nak menjalani kehidupan yang bosan ini tanpa kau. Sebab itulah dia pilih untuk bunuh diri."

"Ta-tapi..."

"Urusan aku dengan kau sudah selesai. Matlamat aku itu pun tercapai juga. Sekarang terpulang pada kau untuk terima hakikat semua ini atau merayau-rayau seperti roh yang tidak tenang sekarang."

Baru sahaja Minjae membuka langkah untuk pergi dari sini, Sumin terus berkata sesuatu.

"Aku mungkin tak boleh terima hakikat dengan apa yang berlaku sekarang. Tetapi sekurang-kurangnya Jinsik ada bersama dengan aku nanti..."

Minjae berpaling ke belakang. Melihat Sumin sudah pun bangun dari duduknya. Bayangan Sumin juga semakin lama semakin menghilang daripada pandangan Minjae. Kini yang berada di atas atap hospital itu hanya Minjae sahaja yang tinggal.

Persahabatan antara Sumin dan Jinsik itu agak unik. Tidak pernah lagi dia jumpa persahabatan yang indah seperti mereka berdua.

Hidup bersama...

Mati juga bersama...

Memang betul-betul kawan sehidup semati ya?

[C] Ghost Talker  ☾ 김민재 ☽Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt