𝐏𝐫𝐨𝐥𝐨𝐠 : 𝐓𝐘𝐓

178 6 4
                                    

"Like are you serious, ibu ? Adik kena kahwin dengan dia ?" soal Bella tidak percaya.

"Yelah. Kenapa ? Bukan dulu adik suka dia, ke ? Apa yang tak kenanya ?" soal Puan Qamar pelik.

Bella sudah mengucap panjang. Itu dulu ! Semasa di zaman jahiliyah !

Lepas apa yang lelaki itu buat padanya, kini tidak lagi. Memang tak dia nak bercinta dengan lelaki macam tu.

"Ha, kenapa kamu diam ? Dulu kamu juga bagitau ibu yang kamu suka dia lepas tahu dia suka kamu. Ini dia dah masuk meminang, tak suka pula," bebel Puan Qamar lagi.

"Okay fine, ibu. Dah lah, adik naik dulu. Nak rehat," Bella menyalam tangan ibunya sebelum naik ke bilik.

Puan Qamar menggeleng. Ada-ada saja anak bongsunya yang seorang ini. Susah benar nak melayan karenahnya.

"Ha ibu, adik tu kenapa ?" sapa Nu'man, abang sulung Bella.

"Entah lah. Ibu pun pening dengan perangai dia tu. Kejap kata yang ini, kejap kata yang itu. Penat ibu melayan," ujar Puan Qamar.

"Macam ibu tak tahu perangai anak bongsu ibu tu," selit Nurhan pula, abang kedua Bella.

Ketiganya menggeleng kepala. Pening melayan karenah anak bongsu !

"Can I talk to him for a while ?" soal Bella ramah.

Sebenarnya dia malas nak beramah mesra ni. Dia paling anti-mesra alam.

"Tapi cik, Encik Haris kata dia tak nak jumpa sesiapa sekarang," balas Insyira, Personal Assistant Haris.

Bella sudah menggulingkan matanya ke atas. Dia fikir dia bos besar ke kat sini ?

"Cakap dia dengan, TUNANG dia nak jumpa," lembut suara Bella, perkataan 'tunang' ditekankan sedikit.

Insyira diam dan mengangguk. Dia masuk ke bilik Haris dan memberitahu lelaki itu bahawa tunangnya ingin berjumpa.

Automatik Haris terduduk. Dia membenarkan Insyira beri ruang pada tunangnya.

"Baik, cik boleh masuk. Encik Haris tunggu di dalam," jemput Insyira.

"Alright. Thank you then," Bella tidak membuang masa, terus merempuh masuk pejabat Haris.

"What are you doing ? Why are you doing this ? I'm totally 18 ! No, we are 18 ! Why would you do this ?" sembur Bella laju.

Tersentak Haris dibuatnya.

"Waa, slow down girl. Take a sit first. Takkan nak biar orang lain dengar ?" Haris pandang pada pintu yang masih terbuka.

Bella diam. Dia menutup pintu pejabat itu rapat dan melabuhkan punggung di sofa berhampiran.

"So, ada apa kau datang sini ?" soal Haris walaupun sudah tahu sebabnya.

"Kau sendiri tahu kenapa aku kat sini. Don't make me repeat it twice," luah Bella geram.

Haris tayang sengih kecil. Sedikit pun dia tidak takut dengan wajah garang Bella.

"Okay so, apa yang kau tak puas hati lagi ? 3 bulan lagi kita nak nikah dah," kata Haris selamba.

"What ? Awalnya ! Look Haris, kita baru 18. Kau tengah kerja, and aku nak cari kerja. Result SPM pun belum dapat," keluh Bella.

"Like what you say, aku tengah kerja. So that aku boleh sara kau dan keluarga kita. Nothing to be afraid of," selamba jawapan yang keluar dari mulut Haris.

Takdir Yang Tertulis [HIATUS]Where stories live. Discover now