𝐓𝐘𝐓 04 : SERBA SALAH

42 5 0
                                    

"Kamu jangan nak masuk campur ya," halang Datin Adella.

"Baik Datin lepaskan girlfriend saya sekarang," Haris muncul dari sebalik keramaian.

Anne terkedu. Girlfriend ?

"Oh, ini lah girlfriend yang kamu banggakan sangat tu ? Sibuk bawa dia, sampai buat kekacauan kat sini. Mengganggu privasi orang lain. Memalukan !" rambut Bella dilepas kasar.

Terduduk Bella menahan sakit gara-gara rambutnya ditarik kuat.

Haris berlari menghampiri Bella. Dipimpin gadis itu untuk berdiri.

"Datin patutnya cakap macam tu, dengan anak Datin. Dia tu yang mengganggu privasi orang lain," lawan Haris.

"Kamu nak kata Datin tak pandai ajar anak ?" bulat mata Datin Adella memandang Haris.

"Saya tak cakap. Datin yang cakap sendiri," sindir Haris.

Datin Adella merengus kasar. Melampau betul budak zaman sekarang !

"Eh kamu--"

Tidak sempat Datin Adella habis bercakap, Haris sudah tarik Bella keluar dari dewan itu. Mereka menuju ke car park.

"Bella, kau okay tak ? Ada sakit mana-mana ?" soal Haris risau.

Bella diam. Dia tidak menjawab sebaliknya menangis teresak-esak membuatkan Haris bingung.

"Bella ?"

"Haris, aku minta maaf... maaf sebab malukan kau..." esak Bella.

Haris terkejut. Kenapa Bella pula yang minta maaf ?

"Bella ? Kenapa ni ?" Haris peluk Bella dan usap belakang gadis itu perlahan.

"Aku minta maaf, aku dah malukan kau. Aku dah rosakkan majlis abah..." makin kuat tangisan Bella.

Haris setia memujuk Bella supaya berhenti menangis.

"Hey Bella, ni bukan salah kau lah. Aku kenal kau, kau takkan buat semua ni kan ? Mesti ada sesuatu yang buat kau marah, kan ?" pujuk Haris lagi.

Bella mengangguk. Dia gagal mengawal rasa marahnya.

"Dah lah, ini bukan salah kau. And aku sure abah faham. Abah pun takkan salahkan kau," tambah Haris.

Sekali lagi Bella mengangguk. Tapi air matanya makin keluar dengan deras.

"Tapi aku minta maaf..." tangis Bella lagi.

"Lah, dah kenapa pula ni ?" pening Haris dengan Bella.

"Dress ni dah basah, kena air sirap. Aku tak mampu nak ganti balik," mengalir air mata Bella laju.

Haris terus tergelak lepas habis Bella cakap. Itu yang dia risaukan ?

"Bella, dress ni aku beli memang untuk kau. Kau ambil lah. Ini kau punya. Kenapa kau nak pulang balik dekat aku ?" terang Haris.

Bella terkejut. Dress mahal begini, untuknya ?

"Tapi Haris, aku tak layak lah. Bagi lah sesiapa yang layak. Aku ni, tak sama level macam kau. Dress ni terlalu mahal untuk aku," tolak Bella.

Haris angkat wajah Bella supaya mata mereka bertentang. Rambut Bella dibetulkan sedikit.

"Bella, siapa kata kau tak layak ? Malah kau lebih layak, sebab kau isteri aku. Kita ni manusia, semua sama darjat. Kita kena bersikap rendah diri, bukan merendahkan diri," jelas Haris.

Bella mengangguk sahaja. Kepalanya berdenyut-denyut sakit.

"Dah lah, jom balik. Kepala kau sakit tak ?" soal Haris prihatin.

Takdir Yang Tertulis [HIATUS]Where stories live. Discover now