𝐓𝐘𝐓 22 : PEREMPUAN TU

31 4 0
                                    

PANGG

"Abang !"

"Abah !"

"Muhammad Haris Aiman ! Apa nak jadi dengan kau ni ?!" memetir suara Encik Haiqal di dalam rumah banglo 3 tingkat itu.

Tangan Haris naik memegang pipi kirinya yang baru ditampar. Pedih.

"Aku tak pernah ajar anak aku jadi macam ni ! Mainkan perempuan ! Kau fikir isteri kau tu kuli ?!" soal Encik Haiqal.

Naik turun dada lelaki tua itu menahan amarah. Menggelegak rasa darahnya setelah mendapat berita itu daripada besannya sebentar tadi.

"Jadi sebab perempuan tu lah, abah tampar Haris ?" sinis Haris menyoal.

"Diam ! Perempuan yang kau katakan tu, masih sah isteri kau ! Kau patut hargai dia, bukan biarkan dia hidup terkontang-kanting macam tu !" tengking Encik Haiqal lagi.

"Abang, dah lah tu," Puan Anissa ingin meleraikan pergaduhan mereka namun ditahan suaminya.

"Awak jangan nak masuk campur. Saya tahu macam mana saya ajar anak saya," tegas Encik Haiqal memberi amaran.

Pandangan Puan Anissa jatuhkan pada anak keduanya.

"Abah, biar lah dia nak hidup macam mana pun. Dia dah pergi dah pun dari sini," selamba Haris menuturkan ayat itu.

Tangan Encik Haiqal laju ingin menampar Haris buat kali kedua tapi pantas ditahan Hariz.

"Abah, jangan,"

Tajam pandangan Encik Haiqal pada Haris.

"Walaupun dia dah keluar dari sini, dia masih isteri kau yang dah ! Apa tanggungjawab kau sebagai seorang suami ?! Kenapa perangai kau makin teruk sekarang ni ?!" berang Encik Haiqal.

"Haris akan ceraikan dia,"

Sekali lagi Encik Haiqal rasa ingin menampar wajah anaknya.

"Aku tak benarkan," putus Encik Haiqal.

"Abah bukan siapa-siapa untuk tentukan keputusan hidup Haris. Haris tahu apa yang Haris buat," Encik Haiqal sikit pun tak dipandang.

"Aku takkan benarkan kau ceraikan dia dalam keadaan dia masih terlantar di hospital, dan sedang mengandungkan anak kau. Kau dengar ?" sinis Encik Haiqal menyoal.

Terkedu Haris dibuatnya. Bella mengandung ?

"Apa abah cakap ni ? Tak lawak lah," Haris gelak sinis.

"Aku tak buat lawak. Untuk pengetahuan kau, isteri kau tu baru kemalangan beberapa hari lepas dan tengah koma dekat hospital. Dan dia tengah mengandungkan anak kau, Haris," ulang Encik Haiqal lebih jelas.

Haris terdiam. Habis rosak rancangannya !

"Jadi, aku takkan benarkan kau ceraikan menantu aku. Kalau betul kau ceraikan dia juga, kau kena ceriakan dia masa dia dah habis pantang. Aku nak kau bertanggungjawab atas apa yang kau dah buat. Jangan jadi lelaki pengecut. Kau faham, Muhammad Haris Aiman ?"

Tanpa berkata apa-apa, Haris terus berlari naik ke biliknya meninggalkan kedua orang tuanya bersama sang adik.

"Abang..."

"ARGHHH ! Macam mana perempuan tu boleh mengandung pula ?!" teriak Haris sebaik dia masuk ke bilik.

Rambutnya dikusutkan. Serabut !

"Perempuan tu memang menyusahkan aku ! Habis rosak segala plan aku ! Erghhh !" sekali lagi dia menjerit.

Bukan apa, dia baru ingin menceraikan perempuan tersebut dan berkahwin dengan Dhea dalam masa terdekat ini.

Tapi nampaknya, lagi lama proses penceraian dan perkahwinan barunya akan berlaku.

"Eh ?"

Tiba-tiba terlintas satu idea di fikiran Haris. Dia tak mahu buat, tapi sepertinya keadaan memaksa.

"Nak atau tak, aku kena buat. Takkan aku nak terikat dengan perkahwinan ni dalam tempoh setahun lagi dengan aku yang takde apa-apa perasaan ? Takkan aku tak boleh bergerak bebas semata-mata sebab perkahwinan tak guna ni ? So, aku kena ambil tindakan," kata Haris seorang diri.

Senyuman sinis terbit di bibirnya.

"Wait and see, Bella Qaima. Kau tengok apa yang aku boleh buat. Aku takkan berdiam diri, dan aku takkan benarkan maruah aku dipijak,"

CLERKK

"Assalamualaikum adik," salam diberi sebaik dia melangkah masuk.

Nu'man menutup pintu dan berjalan menghampiri katil adiknya. Wajah mulus dengan luka-luka kecil itu dipandang sayu.

"Adik..." sebaik dia rasakan.

Dia rasa macam abang yang tak guna. Dia rasa dia gagal jadi abang yang terbaik. Dia selalu tiada masa adik-adiknya dalam kesusahan.

Perlahan tapi pasti, tangan lembut adiknya digapai.

"Adik... bila nak bangun ni ? Along rindu sangat dengan adik..."

"Adik, adik bangun ya ? Adik tak rindu dengan along ke ? Dengan ibu, angah ? Kitorang tunggu adik bangun ni,"

"Kesian kitorang nanti, selalu rindu adik. Adik pun mesti rindu kan ? Adik cepat-cepat bangun tau. Sekarang, kita dah boleh main sama-sama lagi. Nanti adik balik rumah, kita spend time sama-sama ya ?"

"Rumah sunyi tanpa adik. Along nak adik kuat tau. Along tahu adik boleh. Along tahu adik mampu. Adik kuat, nanti adik bangun ya ?"

"Adik boleh rehat, tapi jangan rehat lama-lama. Adik kena kuat dan bangkit untuk lawan semua ni. Along, ibu, angah, semua sayang adik. Semua doakan untuk adik,"

Air mata yang mengalir laju dikesat perlahan. Tangannya setia membelai rambut sang adik bongsu.

"Ya Allah, berikanlah kesembuhan buat Nur Bella Qaima. Kau sihatkanlah kembali tubuh badan fizikal dan mentalnya, kau berikan dia kekuatan untuk mengharungi segala ujian-Mu, Ya Allah. Sesungguhnya, hanya pada-Mu aku memohon dan berserah. Aaminn ya rabbal alamin..."

"ASSALAMUALAIKUM, ibu," Nu'man masuk ke dalam rumah diikuti Nurhan.

"Waalaikumussalam,"

Tangan tua itu disalam sebelum mereka mengambil tempat di sebelah sang ibu.

"Ha along, macam mana keadaan adik ? Ada respon positif tak ?" soal Puan Qamar penuh berharap.

Sayu Nu'man menggeleng.

"Takde, ibu. Keadaan dia masih sama. Dia tak bagi respon apa-apa," sebak Nu'man rasakan.

Puan Qamar dan Nurhan turut sedih. Mendengar khabar satu-satunya puteri perempuan keluarga mereka.

"Takpe lah, kita doa jer banyak-banyak. Minta pada Allah. Insya-Allah, Allah permudah segalanya," nasihat Puan Qamar.

Kedua beradik itu mengangguk.

"Nanti lepas Maghrib, kita sambung buat solat sunat hajat ya ? Doakan kesembuhan adik," pinta wanita separuh abad itu.

"Baik, ibu. Along masuk dulu,"

"Angah pun pergi bersihkan diri dulu,"

"Yelah. Ibu pergi siapkan tempat solat," Puan Qamar bingkas bangun.

Kaki melangkah ke bilik paling hujung sebelah dapur. Ruang solat mereka.

'Ya Allah, moga Kau permudah urusan anak bongsuku, Nur Bella Qaima'

🤍 BERSAMBUNG...

[ 18 November 2023 , 00 : 35 a.m. ]

Takdir Yang Tertulis [HIATUS]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang