𝐓𝐘𝐓 35 : DISABILITY

28 4 0
                                    

Bella ukir senyum lebar bila dia dapat berita yang suaminya boleh discharge hari ni. Terus barang-barang sang suami dikemas rapi.

"Abang, lepas ni kita ada appointment physiotherapy tau. Kita pergi sana dulu, balik nanti kita singgah makan kalau abang lapar. Pastu baru ambil kembar," Bella ceritakan perancangannya tanpa dipinta.

Hilman pandang sahaja gerak-geri ibu muda yang kini menjadi isteri sahnya itu.

"Okay, Bella dah siap kemas. Come, Bella tolong abang. Perlahan-lahan eh," Bella menghampiri suaminya dan bantu lelaki itu duduk di wheelchair.

Segala barangan dicapai selepas dia mengemas katil Hilman. Kemudian, wheelchair tersebut ditolak menuju ke arah lif.

"Hye Bella," sapa salah seorang nurse yang kebetulan di situ.

"Oh hye kak. Dah habis shift, ke ?" soal Bella berbasa-basi.

Wanita lingkungan 30-an itu senyum kecil.

"Dah. Ni akak tengok, sweet betul pengantin baru ni ya ? Untung lah Hilman dapat isteri macam Bella," puji nurse itu.

Bella ukir senyum kekok. Hilman pula tertunduk.

"Eh, tak ada lah kak. Saya ni biasa jer, banyak kekurangan," nafi Bella.

"Takpe lah, kekurangan tu saling dilengkapkan. Ha Hilman, jaga isteri tu baik-baik. Dah lah cantik, baik pula tau. Kalau tak dihargai juga tak tahu lah," sempat wanita itu berpesan sebelum masuk ke dalam lif.

Butang 'buka' ditekan untuk menahan pintu lif bagi memberi ruang pada pasangan itu untuk masuk.

Hilman pandang wanita itu sekilas. Kemudian sebaik pintu lif tertutup, dia pandang pula pantulan Bella di cermin. Keluhan kecil terbit dari bibirnya.

"BELLA dah kata abang boleh buat. Tahniah abang ! Nanti Bella belanja abang makan, ya," Bella melepaskan ketawa kecil.

Hilman ukir senyum kecil. Dia rasa bersyukur sangat.

Nasib baik kakinya kini kian pulih. Dia sudah dapat berdiri namun tidak boleh terlalu lama atau tanpa pegangan. Berjalan pun kini lebih baik dengan pimpinan orang lain.

"Jom kita ambil ubat. Lepas tu boleh makan ! Perut Bella ni dah menyanyi dari tadi tau," sengih Bella.

Hilman tak tahu kenapa tapi dia rasa seronok sangat. Dia tak rasa serabut, tapi dia rasa ada peneman. Dia rasa ada orang yang menghargai dia.

"Okay, kita duduk sini dulu ya ? Tunggu nombor nak ambil ubat," Bella melabuhkan punggung di sebelah Hilman di barisan belakang sekali.

"Dua, satu, satu, tiga. Kaunter 2,"

Bella pandang nombor di tangan dan kemudian memandang suaminya.

"Bella ambil ubat kejap. Abang tunggu sini, ya ?" pamit Bella.

Hilman pandang pergerakan Bella hingga dia ke kaunter ubat. Seketika, keluhan kecil dilepaskan.

"Eh, macam kenal ni kan ?" suara seseorang menyentakkan lamunannya.

Hilman mendongak. Memandang tiga susuk tubuh yang sedang berdiri sambil memeluk tubuh di hadapannya.

"Eh, ini kan yang hero sekolah dulu tu ?" sindir salah seorang dari mereka.

Hilman ketap bibir geram.

"Haah kan ? Tu lan, dulu sibuk nak jadi hero. Tengok sekarang dah jadi apa ? Cacat," pedas sindiran lelaki kedua itu.

"Berambus lah," halau Hilman kasar.

Serentak Alif, Hakim dan Ryan ketawa. Berambus ?

"Kalau kitorang tak nak, kau boleh buat apa ? Nak tumbuk ? Meh lah tengok, apa kau boleh buat," perli Hakim.

Hilman sudah genggam penumbuk. Menahan amarahnya.

"Eh, dengar cerita dah kahwin. Janda anak dua, eh ?" terlepas ketawa mereka sekali lagi.

Tajam mata Hilman mencerlung ke arah mereka bertiga. Amarahnya memuncak.

"Haih, kesian bini kau kan. Dah lah janda, jaga dua orang anak. Dapat pula lelaki cacat macam kau, banyak menyusahkan dia. Mesti dia terima nak kahwin dengan kau sebab kesian jer kan ?" Ryan bersuara.

"Diam lah !" tengking Hilman.

Terdiam ketiga-tiga lelaki itu seketika. Namun terlepas jua ketawa sinis dari mereka.

"Kau nak tumbuk ? Jom lah. Kita lawan guna cara lelaki. Tengok sikit apa kau boleh buat. Cacat," sinis Alif.

Hilman ketap bibir menahan amarah. Kalau dia marah sekali pun, dia tahu dia tak boleh buat apa-apa. Dengan keadaan dia yang sekarang ni, apa dia boleh buat ?

"Abang ?" sapa Bella sebaik dia mengambil ubat di kaunter.

"Wah, cantik juga bini kau ni. Bagi aku jer lah," puji Alif.

Terlepas tawa mereka.

"Kan, perempuan macam dia tak sesuai untuk lelaki cacat macam kau. Sedar diri sikit," perli Ryan.

PANGG

Kebas pipi Ryan rasakan. Penangan ditampar oleh Bella sebaik dia habis menuturkan kata.

"Kalau tak ada benda baik nak cakap, baik diam. Dia bukan cacat," tegas suara Bella.

"Eh diam lah, perempuan. Kau kena terima hakikat yang suami kau cacat ! Banyak menyusahkan kau jer," Hakim pula bersuara geram.

PANGG

"Sekali lagi korang cakap dia cacat, aku akan pastikan hidup korang lagi teruk dari ni. Ingat eh, Allah tu Maha Adil. Hari ni korang rendahkan orang, tak mustahil satu hari nanti korang pula direndahkan. Dah lah, buang masa cakap dengan orang macam korang ni. Assalamualaikum," Bella terus menolak wheelchair suaminya keluar dari klinik.

Sampai di kereta, dia tolong Hilman masuk kereta sebelum memasukkan wheelchair nya di kerusi belakang. Enjin dihidupkan sebelum dia mengeluh kecil.

Mood dia hilang tiba-tiba. Dan dia tahu suaminya mengalami hal yang sama. Nampak wajahnya mendung sedari tadi.

"Abang, kita balik ya ? Nanti Bella masakkan untuk abang. Abang balik rehat dulu. Abang jangan fikir lah, abang kan kuat," Bella genggam tangan suaminya erat.

Hilman pandang sekilas tangannya di dalam genggaman Bella tanpa niat ingin melepaskan. Dia sandarkan diri dan memejam mata kelelahan.

Bella pandang suaminya sayu. Kenapa lah masih ada manusia yang tak reti jaga mulut ? Rasa nak cilikan kat situ juga tau.

Akhirnya Bella mula memandu keretanya keluar dari perkarangan hospital. Selepas ini dia ingin mengambil kembar di rumah Puan Qamar.

Dan terus pulang ke rumah mereka memandangkan mood suaminya tidak baik. Lebih baik dia masak sendiri di rumah.

🤍 BERSAMBUNG...

[ 2 Mac 2024 , 00 : 28 p.m. ]

Takdir Yang Tertulis [HIATUS]Where stories live. Discover now