𝐓𝐘𝐓 27 : BEBELAN UMI

40 4 0
                                    

Nu'man, Nurhan, Haraz dan Hariz berdiri sebaris menghadap Bella. Kepala masing-masing tertunduk, sedar demgan kesilapan sendiri.

Bella pula buat muka tak puas hati. Geram sangat ! Rasa nak pulas telinga sorang-sorang ni.

"Ha, semalam tidur pukul berapa ?" soal Bella menyindir.

Keempatnya diam. Tidak berani bersuara.

"Az, semalam tidur pukul berapa ?" Bella menyoal anaknya lembut.

Tapi Haraz hanya diam. Air matanya laju mengalir di pipi.

"Iz, semalam tidur pukul berapa ?" soal Bella pada anak keduanya.

Perlahan Hariz mengangkat wajah dan tunjukkan satu jari comelnya.

"Pukul 1 ? 1 pagi ? Along, angah, semalam kembar tidur pukul berapa ?" Bella beralih pada abangnya pula.

"Satu..." perlahan keduanya menjawab.

Bella sudah istighfar panjang. Kepalanya yang berdenyut dipicit perlahan.

"Boys, semalam umi suruh tidur pukul berapa ?"

Haraz dan Hariz diam.

"Haraz Qayyum, Hariz Qayyim, jawab soalan umi. Semalam, umi suruh awak tidur pukul berapa ?"

"Puluh..."

"Jadi, kenapa awak tidur pukul 1 pagi ?"

Terdiam keduanya. Semalam mereka leka menonton perlawanan bola sepak sehingga tidak sedar masa berlalu.

Pagi ini pun bukan main liat lagi Bella mengejut along dan angahnya untuk solat Subuh. Kembar pula baru bangun pukul 10 pagi.

Biasa jam 7 dah bangun. Tapi pagi tadi lewat sangat bangunnya. Jadi Bella syak, mereka masing-masing tidur lewat malam tadi.

"Lailahailallah, awak semua ni kenapa ? Hari ni memang lah cuti, tapi jangan lah tidur lewat sangat. Kalau pukul 11 boleh terima lagi, ini pukul 1 ? Wah, lepas tu along dengan angah bukan main liat lagi nak bangun Subuh.

Az, Iz, awak berdua pun sama. Kalau awak tidur lewat, nanti awak berdua bangun lewat. Kalau umi dengan nenek nak pergi mana-mana, tinggal awak berdua. Nak ?"

Haraz dan Hariz serentak memandang uminya.

"Tak..."

"Awak sayang umi tak ?" nada Bella berubah perlahan.

Laju kembar mengangguk.

"Kalau sayang umi, dengar cakap umi boleh ?" soal Bella lagi.

"Leh, umi..." tertunduk keduanya.

Bella diam. Dia pandang pada anak kembarnya.

Terus sahaja Haraz dan Hariz berlari ke arah Bella. Dipeluk kaki kiri dan kanan milik uminya.

"Umi, Az ma-af..."

"Iz pun, ma-af umi..."

Tersentuh hati Bella mendengar ucapan maaf dari anak-anaknya.

"Okay, umi terima maaf Az dan Iz. Tapi kena promise, jangan buat lagi dah ?" Bella hulurkan jari kelingkingnya.

"Pomish !" teriak keduanya menyambut huluran Bella.

Tiba-tiba Haraz berlari ke arah Nu'man dan Nurhan kembali. Seluar mereka ditarik-tarik oleh tangan kecilnya.

"Palong, pangah, ma-af umi..." arah Haraz.

Tanda dia suruh Nu'man dan Nurhan turut meminta maaf pada Bella.

Bella senyum lebar. Comel sungguh anak-anaknya. Walaupun baru menginjak usia 2 tahun, tapi anak-anaknya cepat belajar sesuatu.

Takdir Yang Tertulis [HIATUS]Where stories live. Discover now