𝐓𝐘𝐓 08 : MERAJUK

27 5 0
                                    

Bella mengemas meja makan dan mengangkat segala pinggan mangkuk lalu dibawa ke sinki untuk dicuci. Span diambil sebelum Bella mula mencuci pinggan.

Encik Haiqal dan Puan Anissa sudah bergerak ke tempat kerja mereka. Sementara Asyraf dan Hanan juga sudah keluar, di bawa Arfan dan Amira bersama.

Teringat Bella semasa dia ingin ke dapur, dia tanpa sengaja telah terdengar perbualan antara Hanan dan Asyraf.

FLASHBACK

Bella berjalan ingin ke dapur. Tekaknya terasa haus.

Namun tiba-tiba dia terdengar suara orang berbual-bual di sebalik dapur.

"Abang, Hanan dah jumpa pengasuh. Esok kita boleh hantar Arfan dengan Amira dekat dia," ujar Hanan.

Asyraf berpaling memandang isterinya.

"Seriously ? Kenapa tak bagi adik ipar awak tu jaga jer ? Dia semdiri kata dia free, boleh jagakan Arfan dengan Amira," soal Asyraf tidak mengerti.

Hanan melepaskan keluhan berat. Berkerut dahinya memandang Asyraf.

"Abang, abang tengok lah sendiri apa jadi. Baru sehari tau kita tinggalkan budak-budak tu dengan dia. Tengok apa dia buat dekat Arfan ?" berang Hanan.

"Hanan, kan dia dah kata dia tak sengaja. Dia dah minta maaf dah. Lagipun bukan salah dia," kata Asyraf tenang.

Hanan bercekak pinggang.

"Abang jangan nak back-up dia sangat lah. Dia sengaja ke, tak sengaja ke, saya tak kisah. Saya tak nak Bella jaga Arfan dan Amira lagi," Hanan menjeling Asyraf.

Asyraf diam. Entah apa kena pula isterinya kali ini.

"Kalau abang tak nak, saya tak kisah. Saya boleh hantar diorang, saya boleh ambil diorang, dan saya boleh bayar pengasuh tu. Saya tak minta pendapat abang, saya cuma nak abang tahu," kata Hanan lagi.

Takdir Yang Tertulis [HIATUS]Where stories live. Discover now