𝐓𝐘𝐓 07 : ANAK BUAH

28 6 0
                                    

Bella duduk di ruang tamu. Menemani dua orang anak buahnya yang sedang menonton kartun di tv.

Mengantuk , mengantuk , nak tidur mana~
Mengantuk , mengantuk , tolong lah saya~

"Makngah," Bella jatuhkan pandangan pada Arfan.

Kelihatan budak lelaki itu menghulurkan botol susunya yang sudah kosong.

"Arfan nak susu ?" soal Bella lembut.

Arfan senyum kecil seraya mengangguk.

"Okay, Arfan duduk sini jaga adik dulu ya ? Makngah buatkan susu," pamit Bella.

Langkah diatur menuju ke dapur. Mencari susu Arfan yang baru diletak oleh kakak iparnya kelmarin.

Selepas tin susu itu dijumpai Bella, dia terus buka dan ambil beberapa sudu susu lalu dimasukkan ke dalam botol.

Tiba-tiba Arfan datang dan berpaut pada Bella. Bella yang sedang mengambil air panas itu terkejut. Air yang dituang sedikit tertumpah pada Arfan.

Automatik Arfan menangis. Bergema tangisan Arfan di segenap ruangan dapur.

"Huaaaaaaa..."

"Ya Allah, Arfan ! Hey sayang makngah, makngah minta maaf ya," Bella cepat-cepat mendukung Arfan.

Luka melecur tersebut disapukan ubat gigi. Kemudian dipujuk Arfan sehingga tangisannya reda.

"Arfan sayang... dah, dah, takde apa eh. Arfan budak baik..." pujuk Bella.

Tangisan Arfan perlahan-lahan berhenti. Dia memandang tangannya yang tersapu benda putih tersebut.

"Apa ni ?" Arfan ingin sentuh tangannya namun dihalang Bella.

"Aipp, Arfan jangan sentuh. Ni ubat, bagi kurang sakit. Nanti pagi sikit makngah bawa Arfan pergi klinik, ya ?" ujar Bella.

Arfan mengangguk dengan sisa air matanya.

"Good boy ! Sayang makngah sikit," Bella suakan pipinya pada Arfan.

Budak kecil itu mengucup pipi Bella dan tersengih.

Susah-payah Bella mendukung Amira dan Arfan sekaligus. Patutnya Arfan elok jer jalan, tiba-tiba tak mahu jalan pula.

Kalau Bella tak dukung Arfan, memang menangis budak tu sampai terduduk tak mahu jalan. Ni dah kena dukung, baru diam.

"Tu..." jari Amira tunjuk ke arah satu mainan di kedai sebelah klinik.

"Iya Amira, sekejap ya. Lepas ni kita pergi sana. Nak ambil ubat Abang Arfan dulu," ujar Bella.

Bella letak Arfan ke kerusi dan dia melabuhkan punggung di sebelah Arfan.

"Makngah, pedih lah," rungut Arfan.

Serba salah Bella dibuatnya. Memang dia tak sengaja, sebab terkejut Arfan tiba-tiba paut dekat kaki dia macam tu.

Itu pun nasib baik kena kat tangan. Kalau kat kepala tadi, entah apa Bella nak jawab dengan mak bapak dia.

"Na... tu..." Amira tunjuk lagi pada mainan tersebut.

Bella hela nafas perlahan. Ditepuk-tepuk belakang bayi itu.

"Kejap sayang, sekejap jer lagi. Sabar ya ?" pujuk Bella.

Agak lama mereka menunggu ubat sehingga tiba-tiba seorang lelaki datang menyapa.

"Bella ?"

Bella berpaling ke kanan. Memandang susuk tubuh yang jauh lebih tinggi darinya.

"Eh, Abang Lukman," sapa Bella kembali.

Takdir Yang Tertulis [HIATUS]Where stories live. Discover now