𝐓𝐘𝐓 33 : CARELESS

25 2 0
                                    

Tok tok tok

Clerkk

Perlahan pintu dibuka sebelum Bella memboloskan diri ke dalam bilik. Suis lampu di sebelah pintu dinyalakan.

Automatik terang segenap ruangan bilik Hilman itu. Bella terus membuka langkah menuju ke katil Hilman, ingin mengejut lelaki itu untuk solat Subuh.

"Abang. Abang, bangun dah pukul dah 6 ni. Bangun solat Subuh," kejut Bella lembut.

Dengan cepat mata Hilman tercelik. Dia menggosok mata sebelum berpaling ke arah kiri, memandang susuk tubuh yang berdiri tegak di sebelah katilnya.

"Hmm ?" suara serak basah Hilman hampir buat jantung Bella luruh.

Sabar Bella, sabar !

"Abang, bangun eh solat Subuh ? Bella siapkan abang pastu kita solat Subuh sama-sama, ya ?" pinta Bella perlahan.

Hilman tidak berbicara. Dia diam menanti perlakuan Bella seterusnya.

Sedikit kekok, tapi Bella tetap uruskan Hilman untuk bersihkan diri dan bersiap untk solat Subuh.

"Abang tunggu Bella kejap, boleh ? Bella nak ambil wudhu' dulu. Pinjam bilik air," terus dia memboloskan diri ke tandas bilik Hilman.

Lima minit menunggu, Bella sudah siap mengambil wudhu'. Telekung yang dibawanya dipakai lalu sejadah dibentangkan di belakang Hilman.

"Abang, dah," ujar Bella.

Hilman terus tersedar dari lamunannya. Pantas dia beristighfar dan mula mengimamkan solat Subuh mereka.

"ABANG, sarapan dah siap," ujar Bella lembut.

Hilman yang sedang menulis itu terbantut. Terus dia tutup buku di tangan dan cepat-cepat meletakkannya di bawah selimut.

Bella senyum kecil. Dihampiri katil suaminya itu.

"Jom sarapan, Haraz dengan Hariz dah tunggu kita," ujar Bella seraya membantu suaminya.

Berkerut seketika dahi luas Hilman. Awal betul si kembar tu bangun. Biasa budak-budak seumuran tu, bukan paling awal bangun pun jam 9 ?

Bella tolak wheelchair Hilman hingga ke meja makan. Di situ, si kembar sudah berteriak sambil melambai ayah tirinya.

"A-bi !" teriak kembar sedikit pelat.

Hilman tidak dapat sembunyikan lagi senyumannya lalu tersenyum kecil. Makanan di atas meja dipandang.

"Abang nak nasi goreng ke bihun ?" soal Bella.

"Nasi," sepatah Hilman menjawab.

Bella angguk sahaja. Dia sendukkan nasi goreng ke dalam pinggan dan beri pada Hilman. Seterusnya, dia sendukkan bihun untuk kembar.

Akhir sekali baru dia sendukkan nasi goreng ke dalam pinggannya. Air teh panas dituang ke dalam cawan.

"Abang minum teh, ke ? Kalau abang nak kopi, Bella boleh buatkan," soal Bella sudah sedia berdiri.

"Teh," jawab Hilman.

Bella angguk kecil.

"Az, Iz, tadah tangan dulu. Baca doa makan," pinta Bella lembut.

Mereka baca doa makan dipimpin oleh Bella.

Hilman terpegun. Umur baru nak masuk tiga tahun, tapi dah pandai macam-macam. Bercakap pun kurang pelat.

"Dah, boleh makan. Abang, makan,"

BELLA yang sedang asyik melayan kembar itu terbantut perbuatannya. Phone yang terletak di atas sofa itu menjerit minta diangkat.

Takdir Yang Tertulis [HIATUS]Where stories live. Discover now