𝐓𝐘𝐓 25 : MENGANDUNG

47 4 0
                                    

"Adik..."

"Along, adik mengandung ke ?" berkaca mata Bella memandang abang sulungnya.

Terkedu Nu'man dibuatnya. Apa nak dijawab ?

"Along, jujur dengan adik. Betul ke adik mengandung ?" soal Bella lagi.

Perlahan tapi pasti, kepala Nu'man anggukkan.

"M-macam mana... ?" air mata Bella sudah turun membasahi wajah mulusnya.

"Adik, adik tenang dulu. Along cerita eh," gelabah Nu'man memujuk.

Tangan Bella digenggam erat menyalurkan kekuatan.

"Adik, sebenarnya adik dah kahwin. Adik kahwin masa umur 18. Masa tu, ada seorang lelaki ni yang masuk meminang adik, dan ibu terima dia. Beberapa bulan lepas tu, korang nikah.

Jadi, selama ni adik tinggal dengan dia. Dekat rumah parents dia. Tapi adik tak duduk sini. Rumah korang jauh dari rumah ibu. Cuma adik selalu balik jenguk ibu kat sini,"

Berkerut dahi Bella mendengar cerita Nu'man. Keliru.

"Habis tu, kenapa adik ada kat sini ? Mana dia ? Dia tak ikut adik balik rumah ibu ?" Bella menyoal.

"Err... dia sibuk masa tu. Sepatutnya korang akan balik rumah ibu sama-sama. Cumanya, dia ada emergency dekat office dia dan terpaksa outstation beberapa hari. Jadi, dia bagi adik jer balik rumah ibu," bohong Nu'man.

"Mana dia ? Dia tak pernah datang lawat adik ke ?" soalan cepumas keluar dari mulut Bella.

"Eh, dia selalu datang melawat adik masa adik koma. Sekarang pun dia ada melawat, cumanya masa adik tidur. Sebab dia datang sini pun, curi-curi masa jer," kata Nu'man.

Terangguk-angguk kepala Bella memahaminya.

"Kalau macam tu, cakap dengan dia datang waktu cuti lah. Adik tunggu dia nanti," cadang Bella.

Nu'man garu kepala yang tidak gatal. Aduh, apahal lah adiknya ini bijak sangat ?

"Erm, nanti along cakap dengan dia. Tapi adik tak payah tunggu lah. Sebab dia tu selalu busy. Kadang dia dah ambil EL pun, ada jer makhluk office dia yang mengganggu," pintar Nu'man memberi alasan.

Bella mahu bertanya lebih tapi berat pula rasa matanya ini. Tiba-tiba kantuk menguasai diri.

"Hmm, okay lah. Nanti kita borak lagi. Adik tak habis lagi nak tanya soalan pasal dia ni. Tapi dah mengantuk pula," Bella tutup mulut yang menguap.

"Okay, adik tidur lah dulu. Along teman kat tepi ni. Ke, nak along dodoikan ?" sengih Nu'man mengusik adiknya.

Bella menjeling sekilas. Ala, jeling-jeling manja.

"Boleh juga, hehe,"

"IBU, adik takut sangat sekarang," adu Bella pada ibunya.

Puan Qamar yang sedang sibuk mengupas oren itu mengangkat wajah. Memandang satu-satunya puteri bongsunya.

"Kenapa ? Adik nak cerita dengan ibu ?" Puan Qamar merapati anaknya.

Keluhan berat Bella lepaskan.

"Ibu, adik takut. Adik takut adik tak kuat nak hadapi semua ni. Ibu kata adik mengandung ? Ibu, macam mana adik nak bawa kandungan ni dengan keadaan adik macam ni ? Ibu rasa, adik mampu ke jadi seorang 'ibu' yang baik ?" luah Bella sedih.

Senyuman kecil terbit di bibir Puan Qamar. Tangannya naik mengelus bahu anak perempuannya.

"Adik, jangan lah takut. Insya-Allah, adik akan jadi seorang 'ibu' yang baik. Allah akan permudahkan segala urusan adik untuk melahirkan dan membesarkan bakal anak adik nanti. Perancangan Allah itu lebih baik dari perancangan kita.

Jadi, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin kesannya bukan hari ini, tapi mungkin di masa akan datang. Lagi pun, Allah takkan membebani hamba-Nya dengan perkara yang hamba-Nya tak mampu. Sebab Allah tahu adik kuat lah, Allah bagi ujian ni.

Allah bagi ujian, tanda Allah sayang. Allah nak kita dekatkan diri dengan-Nya. Allah nak kita jadi hamba yang taat, soleh, solehah. Allah nak beri kita ganjaran pahala, untuk masuk syurga kelak. Adik tak nak ke masuk syurga ?" panjang lebar Puan Qamar memberi nasihat.

Terangguk-angguk kepala Bella sambil menyeka air mata yang turun tak henti.

"Ha, kita semua nak masuk syurga kan ? Jadi, kita kena lah ikut apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang. Jadi hamba yang taat. Sentiasa bersyukur. Jangan lupa berdoa. Apa-apa, minta pada Allah. Moga Allah permudahkan urusan adik, ya ?" kepala Bella diusap penuh kasih.

Bella pandang ibunya dengan mata berkaca. Sebak.

"Ibu..." tangannya menggamit sang ibu.

Lantas kedua anak-beranak itu berpelukan penuh kasih sayang.

Sang ibu yang sedang memberi kekuatan. Dan sang anak yang sedang menyalurkan kasih sayang.

'Ya Allah, permudahkanlah urusan anakanda ku'

'Ya Allah, terima kasih kerana Kau telah mengurniakan aku seorang ibu yang hebat. Aku bersyukur. Alhamdulillah'

"ASSALAMUALAIKUM. Selamat pagi, Puan Bella. Hari ni apa khabar ?" sapa Doktor Hasya ramah.

"Waalaikumussalam, doktor. Hari ni saya rasa okay dah. Lebih kuat dari semalam," sengihan Bella tayangkan pada doktor awal 30-an itu.

"Alhamdulillah. Mari, saya periksa keadaan puan dulu," Doktor Hasya menarik tirai langsir untuk menutupi katil pesakit.

Usai memeriksa keadaan Bella, Doktor Hasya membuka kembali tirai langsir itu. Senyuman lebar jelas terukir pada bibirnya.

"Alhamdulillah, keadaan Puan Bella makin baik. Dan hari ni, semuanya nampak okay. Tekanan darah pun cantik. So, hari ni Puan Bella boleh discharge lah," ujar Doktor Hasya.

Bersinar mata Bella memandang doktor wanita itu. Serius lah ?

"Betul ke, doktor ?" teruja Bella menyoal.

Doktor Hasya mengganggukkan kepalanya.

"Dan lepas ni, saya akan bagi puan surat refer ke pakar ortopedik di bangunan unit ortopedik dan traumatologi. Supaya diorang boleh refer puan untuk mula buat fisio," tambah Doktor Hasya lagi.

Senyuman Bella tidak dapat disembunyikan lagi. Kini dia sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah.

"Eh, doktor. Saya nak tanya ni," tiba-tiba wajah Bella sedikit suram.

"Ya, puan ?"

"Emm, betul ke kandungan saya selamat ? Maksudnya, saya dah mengandung dulu sebelum saya accident ?" soal Bella ingin tahu.

Tanpa ragu-ragu Doktor Hasya mengangguk.

"Betul, puan. Itu semua kuasa Allah. Dia lah yang menyelamatkan bayi dalam kandungan puan. Kalau diikutkan, kemalangan yang menimpa puan sangat teruk. Tapi alhamdulillah, baby dapat survive,"

Terdiam Bella dibuatnya. Kenapa dia tak rasa apa-apa bila bercakap mengenai bayinya ?

Bukankah dia patut rasa bersyukur ? Atau gembira ?

"Doktor, saya nak ambil USG boleh ?"

🤍 BERSAMBUNG...

[ 21 November 2023 , 07 : 05 a.m. ]

Takdir Yang Tertulis [HIATUS]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें