𝐓𝐘𝐓 21 : KEMALANGAN

32 5 0
                                    

Drtt drtt

Vibration dari phone Nu'man berjaya mengambil perhatiannya. Dia yang terasa benda bergetar, terus mencapai benda tersebut.

Nombor tidak dikenali tertera pada skrin telefon. Segera butang hijau digesek, tanda menjawab panggilan.

"Helo ?"

"Selamat malam, encik. Adakah saya sedang bercakap dengan Encik Nu'man Qashah, abang kepada Puan Nur Bella Qaima ?"

"Iya, saya. Ada apa ya ?"

"Kami dari pihak Hospital Indah ingin memaklumkan bahawa adik encik terlibat dalam kemalangan jalan raya. Beliau sekarang masih dirawat di wad kecemasan,"

Membulat mata Nu'man sebaik menerima berita itu. Tangannya automatik bergetar.

"Baik, terima kasih info ya. Saya ke sana sekarang,"

Tut !

Nu'man terus berlari keluar dari bilik. Pintu bilik adik keduanya diketuk kuat.

"Angah ! Angah, bangun cepat !" teriaknya.

"Hmm, apa ? Kacau lah along ni..." suara mamai Nurhan terdengar dari sebalik pintu.

"Weh bangun lah, adik accident !" jerit Nu'man lagi.

Nurhan turut terkejut. Pantas dia terjun dari katil dan berlari menuju ke pintu.

Clerkk

"Apa ?! Adik accident ?!" soalnya kembali.

"Iya ! Dah lah, cepat siap ! Aku nak kejut ibu !" Nu'man terus berlari ke bilik ibunya.

Nurhan tertunduk. Istighfar terbit di bibirnya.

Tok tok tok tok tok

"Ibu ! Ibu ! Ibu, bangun ibu !"

Lama sedikit, baru pintu bilik itu terkuak dari dalam. Kelihatan Puan Qamar dengan wajah mamainya.

"Along ? Ha, kenapa ni ? Terjerit-jerit panggil ibu ?" soal Puan Qamar pelik.

"Ibu, ibu kena cepat ! Adik accident !" cemas Nu'man memberitahu.

"Subhanallah, adik macam mana sekarang ?" soal Puan Qamar turut risau.

"Tak tahu, ibu. Diorang bagitau adik masih dalam wad kecemasan. Cepat ibu, kita pergi tengok adik !" gesa Nu'man.

"Ha yelah. Along tunggu sekejap, ibu pakai tudung,"

"MAAF bertanya, wad Nur Bella Qaima di mana ?" soal Nu'man sopan.

"Nur Bella Qaima ? Oh, beliau masih dirawat di wad kecemasan. Encik boleh jalan terus, kemudian belok kiri," jawab gadis itu ramah.

"Baik, terima kasih,"

Nu'man terus memimpin Puan Qamar serta Nurhan ke arah wad kecemasan.

Tidak senang duduk Puan Qamar dibuatnya. Dia berdoa supaya anaknya baik-baik sahaja.

Lama mereka menunggu, hampir 3 jam pembedahan. Akhirnya, lampu merah tersebut bertukar hijau.

Seorang doktor wanita lingkungan 30-an keluar menghampiri mereka bertiga.

"Doktor, macam mana keadaan anak saya ?" soal Puan Qamar gelisah.

Doktor bertag nama 'Hasya' tersebut mengangguk kecil dengan wajah yang sukar ditafsirkan.

"Saya dapati berlaku hentakan yang kuat di kepala sehingga menyebabkan pendarahan yang banyak. Alhamdulillah kami berjaya hentikan pendarahan tersebut,"

Doktor Hasya melepaskan keluhan kecil.

"Cuma, pesakit disahkan koma," ujar Doktor Hasya berat.

"Allahuakbar," hampir rebah Puan Qamar mendengarkannya sebelum tubuhnya disambut Nurhan.

"Dan kami dapati, tulang pada kaki kanan Puan Bella mengalami keretakan yang agak teruk,"

Terdiam Puan Qamar, Nu'man dan Nurhan dibuatnya.

"Emm... agak-agak doktor, berapa lama dia akan koma ?" Nu'man bersuara memecah kesunyian.

"Itu saya tak pasti. Bergantung pada kekuatan pesakit sendiri. Mungkin seminggu, dua minggu, atau sebulan," perit doktor itu menutur kata.

Fail ditangannya diselak-selak. Mencari laporan yang perlu diberitahu lagi.

"Baik, ada satu lagi perkara. Alhamdulillah, ini berita baik. Allah Maha Kuasa. Dan dengan izin Allah, kandungan Puan Bella selamat," senyum kecil terukir di bibir Doktor Hasya.

"A-apa ? Kan-dungan ?"

"Maksud doktor, adik saya mengandung ?" celah Nurhan.

Doktor Hasya mengangguk.

"Iya, kandungan Puan Bella telah berusia 7 minggu," tambah doktor wanita itu lagi.

Tergamam Puan Qamar, Nu'man dan Nurhan yang mendengarnya. Bella mengandung ?

"Kalau tiada apa-apa lagi, saya minta diri dulu. Puan dengan encik boleh lawat pesakit di dalam, tapi tak dibenarkan lama ya," pamit doktor itu sopan.

Nu'man mengangguk. Dia memandang ibunya yang turut terdiam.

"Adik..."

"HA Haris, mana Bella ?" soal Encik Haiqal sebaik terlihat kelibat anak keduanya.

Terdiam Haris memandang sang ayah. Nak jawab apa, pagi-pagi bangun tengok Bella sudah tiada.

"Hmm, dia keluar pergi pasar, kot," hujung ayatnya diperlahankan.

"Aihh, awalnya pergi pasar ? Baru pukul 7 ni," soal Encik Haiqal lagi, curiga.

Haris sekadar pandang sekilas. Kemudian dia labuhkan punggung dihadapan ibunya. Malas nak ambil tahu.

"Alah abang pun, tahu lah budak tu nak hidup macam mana. Dah, tak payah soal banyak. Tu makan," celah Puan Anissa.

Untuk seketika, Hariz memandang bapanya. Dia juga turut rasa ada yang tak kena.

"Bukan apa, saya ni risau. Dia tu menantu saya juga," jawab Encik Haiqal.

Puan Anissa sudah menjeling suaminya. Sibuk dengan menantu kesayangan dia tu !

"Hmm, apa-apa jer lah bang. Dah, makan lah cepat. Malam ni abang balik awal tau. Kita dinner sama-sama dengan family Dhea," ujar Puan Anissa.

Membulat mata Encik Haiqal memandang isterinya. Dah buang tebiat apa ?

"Kenapa pula dinner dengan family diorang ?" soalnya tidak mengerti.

"Ishh, saya saja lah nak kenal-kenal lebih rapat. Lagipun saya tengok, Dhea tu okay apa. Dah lah baik, sopan, cantik. Calon menantu idaman sangat," teruja Puan Anissa bercerita.

Encik Haiqal melepaskan keluhan berat. Dia tahu ada benda tak kena.

"Suka hati awak lah. Saya rasa saya banyak kerja hari ni. Kalau awak nak pergi sangat dinner dengan family Dhea tu, ha awak pergi berdua dengan Haris," ujar Encik Haiqal seraya bangun dan berlalu pergi.

Puan Anissa memandang suaminya hingga hilang dari pandangan.

"Mama rasa, Dhea tu lagi sesuai dengan Haris. Abah kamu tu memang takde taste, eh ?"

Haris mengangkat bahunya. Entah, apa lah abah.

🤍 BERSAMBUNG...

[ 16 November 2023 , 19 : 24 p.m. ]

Takdir Yang Tertulis [HIATUS]Where stories live. Discover now