𝐓𝐘𝐓 19 : CERITA

25 4 0
                                    

"Alhamdulillah, puan disahkan mengandung. Kandungan puan kini berusia 7 minggu,"

Kata-kata doktor wanita tadi terngiang-ngiang di kepala Bella. Tersenyum-senyum dia memandang USG di tangannya.

Kaki mula menapak masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan. Dengan lafaz bismillah, kereta Mercedes Benz hitam milik Encik Haiqal itu laju membelah jalan raya.

Bella rasa dia teringin nak minum air chocolate MCD tu. Jadi, Bella buat keputusan untuk terus memecut ke mall di tengah-tengah bandar itu.

Selesai memarkir kereta, Bella terus keluar dan berjalan ke arah lif berdekatan.

Rambang mata Bella sebaik dia tiba di dalam mall itu. Pelbagai jenis pakaian yang menarik minatnya. Tapi, sabar dulu.

Baby nak minum air chocolate, so kena ikutkan baby dulu. Baby dulu baru kamu hihi.

"Hai, selamat datang ke Mcdonald. Puan nak order apa ?" sapa gadis di counter itu ramah.

Bella melihat menu yang tertera sebelum tersenyum kepada gadis dihadapannya.

"Hai, saya nak order double cheese burger satu set,"

"Air nak tukar ?"

"Emm, bagi saya air milo lah. Medium size,"

"Ada apa-apa tambahan lagi ?"

"Saya nak ice blended chocolate satu,"

"Ice blended chocolate. Baik, itu sahaja ?"

Bella tersenyum dan mengangguk. Dompetnya dibuka.

"Semua sekali RM23.90,"

Sekeping not RM20 dan RM5 dikeluarkan lalu dihulur.

"Keep the change,"

"Terima kasih, sila ambil makanan dia kaunter sebelah,"

Bella senyum. Dia ke tepi sedikit memberi laluan orang lain untuk membuat pesanan.

Siap sahaja pesanannya, Bella terus melangkah ke arah meja yang kosong dihujung sekali. Tidak sabar rasanya mahu menikmati makanan.

Sedang enak Bella makan, tiba-tiba matanya tertancap pada susuk tubuh yang amat ia kenali.

"Eh, tak mungkin lah. Mungkin aku salah nampak kot," tawaan kecil terlepas dari mulut Bella.

Tapi semakin hampir susuk tubuh itu, semakin jelas Bella melihatnya. Terus badan dipalingkan ke kanan.

"Ya allah, dugaan apa lagi ni..." keluh Bella perlahan.

Baru sahaja dia melihat sang kekasih hati atau lebih tepat suaminya, berjalan berduaan dengan seorang gadis.

Husnuzon, mungkin kerja !

"Bella ?" tegur satu suara.

Bella mengangkat wajah memandang sang empunya suara.

"Eh, Abang Lukman," sapa Bella mesra.

Lukman ukir senyum lebar.

"Boleh abang duduk ?" soal Lukman.

Bella rasa macam tak manis dibiarkan Lukman duduk berdua dengannya. Tapi nak halau, tak sampai hati pula.

"Eh jemput lah duduk," ajak Bella.

Lukman tarik kerusi dan terus labuhkan punggungnya dihadapan Bella.

"Abang Lukman kenapa ada kat sini ? Abang pindah sini ke ?" soal Bella memulakan perbualan.

Takdir Yang Tertulis [HIATUS]Where stories live. Discover now