𝐓𝐘𝐓 32 : BELLA'S NEW LIFE

33 4 0
                                    

WEDDING DAY...

Bella tilik dirinya sendiri dihadapan cermin buat kali terakhir. Dia kemudiannya menapak keluar dari bilik, menghampiri ibunya.

"Ibu..." panggil Bella.

Puan Qamar berpaling. Memandang wajah satu-satunya anak perempuan yang dia punya.

"Adik ? Siap dah ? Masya-Allah, cantiknya anak ibu ni. Jom, kita gerak sekarang," Puan Qamar memimpin Bella masuk ke dalam kereta.

Nu'man dan Nurhan turut memboloskan diri ke dalam kereta. Dengan lafaz bismillah, kereta itu mula membelah jalan raya yang agak lengang pada pagi hari itu.

GEMENTAR yang Bella rasa sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Dia takut. Takut melihat ramai kenalan-kenalan Nu'man dan Hilman itu.

Lagi-lagi saudara-saudara Hilman yang agak ramai itu. Dari pakaian mereka saja, Bella tahu yang mereka dari kalangan orang berada.

"Adik, sabar eh. Jangan takut," nasihat Puan Qamar.

Bella mengangguk. Sejuk tangannya dirasakan kini.

"Adik, ibu, jom lah masuk. Pengantin lelaki pun dah sampai," ajak Nurhan.

Lagi gelabah Bella dibuatnya. Dia tak bersedia untuk bertentang mata dengan Hilman.

Puan Qamar memimpin Bella ke arah pelamin di dalam dewan itu.

Sebaik Bella duduk di pelamin, matanya terus menangkap kelibat seorang lelaki berhadapan abang sulungnya. Lengkap berbaju melayu putih dan songkok.

"Dah boleh mula ?" soal Nu'man sebagai wali.

Encik Hafiz mengangguk.

Nu'man dan Hilman berjabat tangan.

"Muhammad Hilman Anaqi bin Muhammad Hafiz. Aku nikahkan dikau dengan adikku, Nur Bella Qaima binti Nafis Azahari dengan mas kahwin berjumlah RM10000 dibayar tunai,"

"Aku terima nikahnya--"

Hilman terkelu. Dia tertunduk sebentar.

Encik Hafiz di sebelahnya cuba menenangkan anak terunanya yang satu itu.

"Sabar, Hilman. Tarik nafas," ujar Nu'man memberi semangat.

Hilman menghela nafas perlahan. Wajah Nu'man dipandang lalu dia mengangguk perlahan.

"Sekali lagi, ya ?"

"Muhammad Hilman Anaqi bin Muhammad Hafiz,"

"Ya saya,"

"Aku nikahkan dikau dengan adikku, Nur Bella Qaima binti Nafis Azahari, dengan mas kahwinnya RM10000 dibayar tunai,"

"Aku terima nikahnya, Nur Bella Qaima binti Nafis Azahari, dengan mas kahwinnya RM10000 dibayar tunai,"

"Saksi ? Sah ?"

"Sah,"

"Sah,"

"Alhamdulillah..."

USAI solat sunat di bilik pengantin, Bella menolak wheelchair suaminya menghampiri kawasan pelamin.

"Ha, sekarang boleh sarung cincin,"

Dua kotak cincin dihulur pada pasangan itu.

Disebabkan Hilman menggunakan wheelchair, maka mereka tidak boleh duduk di pelamin itu kerana tempatnya yang sedikit tinggi.

"Along, sarung lah cincin tu kat isteri kamu. Cium dia," ujar Encik Hafiz.

Hilman pandang ayahnya sekilas sebelum memandang Bella yang melutut di sebelahnya.

Takdir Yang Tertulis [HIATUS]Where stories live. Discover now