𝐓𝐘𝐓 38 : ISTIMEWA

37 4 0
                                    

Hilman belek baju-baju yang ada dihadapannya. Dari jauh dia perhatikan si Bella yang sedang sibuk memilih baju anak-anaknya.

Tiba-tiba Hilman berpaling. Memandang ke arah sehelai dress berwarna putih bercorak bunga-bunga pink kecil yang menarik perhatiannya.

Tangannya cuba menggapai dress tersebut. Belek punya belek, dress tu nampak cantik sangat.

Hilman mengangkat wajah. Mencari pekerja di situ.

"Cik !" panggil Hilman.

Seorang gadis yang kebetulan lalu di situ, berpaling wajahnya memandang Hilman.

"Ye encik ?" soal gadis itu.

"Boleh tolong bungkuskan ni ? Saya nak sekarang. Saya bayar tiga kali ganda, cik kena bungkus cantik-cantik," ucap Hilman.

Gadis itu terus mengangguk laju. Dia capai dress dari Hilman dan terus pergi.

Hilman menghela nafas. Kalau dia tak cakap macam tu, agaknya berleter lah si gadis menyuruhnya bayar di kaunter. Dia tak nak, dia nak asing.

Tanpa sedar, Hilman sebenarnya asyik merenung Bella sedari tadi. Sehinggakan dia langsung tidak menyedari kehadiran semula gadis tadi.

"Encik, baju encik," hulur gadis itu.

Hilman buka dompet dan hulurkan sekeping dua keping not RM50.

"Keep the change,"

Gadis itu mengangguk teruja dan pantas berlalu pergi. Hilman letakkan paper bag berisi baju di sebelah kirinya.

"Abi !" Haraz dan Hariz berteriak menghampiri Hilman.

"Dah ke anak-anak abi ni ?" soal Hilman.

"Dah ! Ni !" Hariz tunjuk satu bakul pada Bella yang dipenuhi baju mereka berdua.

Hilman pandang pula pada Bella yang sedang memandangnya.

"Kau ?" soal Hilman sepatah.

"Hah ? Saya ?" Bella menyoal kembali, tidak mengerti.

Hilman melepaskan keluhan kecil.

"Baju kau ?" Hilman menyoal.

"Eh, saya takpe. Saya ada banyak lagi baju boleh pakai," tolak Bella segan.

Lagipun sekarang dia tengah takde duit untuk beli baju. Baju lama masih boleh dipakai.

"Ada aku tanya ? Pergi pilih baju kau," arah Hilman.

Serba salah Bella dibuatnya. Apa pilihan yang dia ada ?

"Pergi lah cepat. Nak jadi isteri derhaka ke, tak dengar cakap suami ?" sindir Hilman.

Bella dengan penuh rasa malu, terus membuka langkah ke arah pakaian wanita. Dia tak suka dipaksa begini, tapi kalau tak ikut nanti berdosa.

BELLA membuat pembayaran menggunakan kad suaminya. Terketar tangannya menerima kembali kad dan resit itu.

Iya lah, baju-baju dekat dalam kedai tu dah lah semua mahal. Nak lagi baju dia. Sudah lah sang suami suruh pilih sampai tiga helai.

Itu tak termasuk tudung, stokin, anak tudung, macam-macam lah. Semua Hilman tanya. Semua Hilman paksa beli.

"Abi, la-par," adu Haraz yang kini sudah melekat pada abinya.

"Lapar ? Ala, kesiannya dia. Jom kita makan jom. Haraz nak makan apa ? Hariz ?" Hilman gamit Hariz dekat padanya.

"Ayam !" teriak keduanya serentak.

Jatuh rahang Bella mendengarnya. Dia lupa memberitahu kembar bahawa abinya alergi ayam.

Takdir Yang Tertulis [HIATUS]Where stories live. Discover now