𝐓𝐘𝐓 05 : CUCU ABAH MAMA

38 4 0
                                    

"Abah, mama, Bella minta maaf tau pasal semalam. Bella dah rosakkan majlis abah," pinta Bella tertunduk.

Encik Haiqal dan Puan Anissa serentak memandang menantu mereka.

"Bella, kami tak salahkan Bella pun. Tak perlu minta maaf. Bukan Bella yang mulakan dulu, kan ?" soal Puan Anissa.

Laju kepala Bella menggeleng. Mana mungkin dia buat kekacauan, dia dah lah pemalu.

"Dah, Bella duduk lah makan. Mama dengan abah tak ambil hati pun," ujar Encik Haiqal pula.

Bella beralih ke hadapan Puan Anissa dan tinggalkan satu tempat kosong untuk Haris.

"Haris--"

"Morning mama, morning abah !" teriak Haris sebaik masuk dapur.

Encik Haiqal sudah mengurut dadanya tanda terkejut. Puan Anissa pula menggeleng perlahan.

"Kamu ni Haris, dari kecil sampai ke besar sama aje. Perangai macam budak-budak," bebel Puan Anissa.

Haris sengih kambing. Dia beralih pada Bella yang sedang menunggunya di kerusi.

"Oh, and morning my lovely wife~" ucap Haris menggoda.

Nak muntah Bella rasa bila tengok Haris macam tu. Tapi apakan daya, dia masih dihadapan mertuanya.

"Morning abang, duduk lah makan," Bella memaniskan wajahnya.

Haris terkedu sebelum dituruti sahaja Bella. Dia melabuhkan punggung di sebelah Bella.

"Abang nak makan apa ?" soal Bella pura-pura.

Tolong lah hentikan semua ni. Sumpah geli. Dah lah cringe, ei !

"Apa-apa yang sayang letak pun abang makan," kata Haris lembut.

Bella dah bagi isyarat tapi Haris buat tak nampak. Macam dia tak tahu gadis itu paling anti dengan benda-benda sweet ni.

Bak kata Bella, "sorry I'm anti-romantic".

Bella sendukkan nasi ke dalam pinggan Haris. Lepas tu baru dia letak timun, ikan bilis, kacang dengan telur.

"Lauk ?" soal Bella lagi.

"Ayam jer lah," jawab Haris.

Nasib baik Bella tahu awal-awal yang Haris tak suka pedas. Kalau tidak, mahu kena bebel dengan mertuanya ini.

Encik Haiqal dan Puan Anissa gelak suka.

"Bagus lah kamu berdua baik-baik macam ni. Lega hati mama tengok. Tak lama lagi, boleh lah mama dapat cucu. Ye kan, bang ?" Puan Anissa memandang Haris dan Bella.

"Betul. Abah dengan mama pun takde lah muda lagi. Bila lagi nak dapat cucu ?" sambung Encik Haiqal dan kemudian ketawa bersama isterinya.

Seronok benar mereka dapat mengenakan pasangan pengantin baru itu.

Bella dan Haris hanya mampu tersenyum kekok. Cucu ?

"Insya-Allah ma, abah, ada rezeki nanti ada lah," Haris tutup topik itu.

Dia tidak mahu Bella berasa tidak selesa atau serba salah.

"Ibu, I miss you so much !" ujar Bella selepas Puan Qamar menjawab panggilannya.

"Miss you, miss you, bukan nak bagi salam dulu," bebel Puan Qamar dari hujung talian.

Bella mencebik kecil. Ibu ni, orang rindu tau !

"Yelah. Assalamualaikum ratu hatiku, ibuku yang terpaling cantik dan baik di seluruh dunia. Anak bongsu mu ini sungguh merindui mu," perli Bella.

Terlepas tawa Puan Qamar dari hujung talian.

Takdir Yang Tertulis [HIATUS]Where stories live. Discover now