𝐓𝐘𝐓 31 : BINCANG SEMULA

25 5 0
                                    

Nu'man dan Nurhan yang baru tiba melabuhkan punggung di sofa sebelah Bella. Mereka yang baru pulang kerja jam 7 malam tadi, terus disuruh Puan Qamar untuk mengurus diri.

Usai solat Maghrib, Puan Qamar memanggil anak-anak terunanya untuk menyertai perbincangan dia dan Bella di ruang tamu. Kedua jejaka itu sempat berasa pelik, namun diikutkan sahaja kehendak mereka.

Kini berakhir lah mereka empat sekeluarga di ruang tamu. Menanti topik perbincangan malam ini.

"Kenapa ni, ibu ? Macam serius sangat jer," Nurhan menyoal dan diberi anggukan oleh Nu'man.

Puan Qamar dan Bella saling berpandangan. Mereka berbicara melalui isyarat mata.

"Ibu ? Adik ? Kenapa ni ?" giliran Nu'man bersuara.

Bella hela nafas perlahan. Wajah abang-abangnya dipandang.

"Adik terima pinangan orang," tutur Bella senafas.

Ternganga kedua lelaki itu mendengarnya. Keduanya saling berbalas pandangan.

"Hah ? Adik jangan cuba buat lawak lah malam-malam macam ni," nafi Nurhan.

"Adik serius. Adik terima pinangan orang," kata Bella sekali lagi.

Nu'man dan Nurhan terdiam. Pandangan serius diberikan pada adik bongsu mereka.

"Adik ? Terima pinangan orang ? You mean, again ?" sarkastik Nurhan menyoal buatkan bahunya ditampar perlahan oleh si abang sulung.

Keluhan berat dilepaskan. Kepala diangguk tanpa ragu-ragu.

"Siapa yang masuk meminang adik ni ? Is he good ?" soal Nu'man perlahan.

Sayu mungkin, adiknya bakal tinggalkan rumah sekali lagi.

Bella pandang tepat pada mata bundar abang sulungnya.

"Abang Hilman,"

Sekali lagi ternganga kedua lelaki itu dibuatnya. Hampir-hampir jatuh Nurhan dari sofa.

"What ? Hilman ? But why ?" soal Nu'man tidak percaya.

Bukan dia ragu-ragu dengan sahabatnya yang satu itu, tapi bukan kah si sahabat sudah mempunyai tunang dan akan berkahwin bulan hadapan ?

Bella alihkan pandangan pada ibunya. Meminta Puan Qamar menjelaskan pada anak-anak terunanya.

"Aunty Fateema dan Uncle Hafiz perlukan pengganti untuk Hilman sebab tunang dia minta putus last minute. Aunty dengan uncle tak nak batalkan majlis perkahwinan tu sebab diorang dah banyak keluar duit," jelas Puan Qamar singkat.

"Kenapa tunang dia minta putus last minute ?" selit Nurhan.

Puan Qamar hela nafas perlahan.

"Aunty Fateema kata sebab dia tak sanggup terima Hilman dalam keadaan macam tu. Dalam keadaan dia half paralyzed," jawab Puan Qamar.

"Kenapa dia cari adik ? Kenapa dia pilih adik untuk jadi pengganti ?" soal Nu'man pula.

Tiba-tiba Bella rasa sedih dengan pertanyaan abang sulungnya. Seolah dirinya tidak layak dengan bekas senior pujaan itu.

"Katanya, Hilman pernah minat adik masa dia berkawan dengan kamu. Maknya pun yakin, Hilman tu masih sukakan adik," jawapan Puan Qamar buatkan Bella malu.

Merah mukanya tidak dapat ditutup lagi.

"Adik dah terima lah ni ?" soal Nu'man lagi.

Bella angguk kecil. Cincin di jari manisnya ditunjuk pada dua abangnya itu.

Takdir Yang Tertulis [HIATUS]Where stories live. Discover now