Bab 1

335 18 0
                                    

Suasana yang riuh-rendah dengan diiringi suara kanak-kanak yang bermain kesana kemari. Hari tersebut merupakan hari yang bermakna bagi pengantin baru. Pengantin perempuan dipelihatkan dengan wajahnya yang cantik, putih dan senyumannya yang manis.

Pengantin lelaki pula bersedia menghadapi pengantin perempuan yang selama ini dia idamankan kini menjadi miliknya. Doa yang dipanjatkan memang selalu membuahkan hasil bahkan hasil tersebut lebih baik daripada kita jangkakan.

"Syafiqah!" Syafiqah atau nama panjangnya Syafiqah Elena merupakan gadis yang berusia 22 tahun. Syafiqah selalu mengenakan tudung labuh serta berpakaian labuh untuk menutupi seluruh tubuhnya. Matanya berwarna coklat yang sama seperti mata sang ibu tercinta. Syafiqah kurus orangnya jikalau senyum, memang luluh hati orang yang melihatnya. Syafiqah mempunyai 1 abang sulung lelaki dan 1 lagi adik perempuan bongsu yang kininya berada di universiti. Maknanya, Syafiqah lah anak kedua Encik Khuzairi Osman, ayah Syafiqah.

"Eh! Evie! Saya ingat tadi awak tak datang tadi dekat majlis perkahwinan saya ni."

"Eh, mana ada. Aku datanglah. Kan kau dah bagi surat jemputan so, aku datanglah nak tengok sahabat aku yang cantik ini!" Evie Adira memeluk sahabatnya dengan erat. Akhirnya, keduanya bertemu lagi setelah Adira berkahwin mendahului sahabatnya, Syafiqah pada umur 20 tahun.

"Ke, kau datang semata mata nak makan?" Tanya Syafiqah yang memang dah tahu akan perangai sahabatnya itu. Mana tidaknya, saat perkahwinan abang Syafiqah kerjanya hanya makan je. Pada masa tu, dia masih single dan umurnya sekitar 18 tahun. Evie Adira hanya tersenyum. Evie Adira memang dikenal sebagai wanita yang kuat makan, tapi tubuh badannya tetap kurus.

"Evie, suami kau mana?" Tanya Syafiqah yang mencari cari keberadaan suami Evie Adira.

"Ada, tapi dia tak boleh datang sebab ada banyak kerja katanya. Jadi aku seorang saja lah yang datang ke sini." Syafiqah hanya mengangguk dan matanya masih mencari sesuatu sehingga membuatkan Adira hanya ternganga.

"Apa yang kau dok gini gini ni?" Meniru perilaku sahabatnya.

"Tak. Kau...naik apa tadi? Naik teksi ke?"

"Tak! Naik kerbau tadi." Syafiqah yang mendengar jawapan Adira, terkejutnya bukan main siap terbeliak biji mata mendengarnya. Syafiqah yang tak kisah pun layan sahajalah perangai Adira.

"Oh...okay. Special sangat kereta tu aku dengar." Adira yang mendengar pun berbesar hati. Sedangkan kenyataannya, dia naik teksi.











Tepat majlis perkahwinan Syafiqah tamat, Evie Adira pergi menolong orang-orang membersihkan kawasan yang sudah kotor. Dia membawa pinggan mangkuk dan menghantarnya ke dapur untuk dicuci.

"Uishh, kuat juga perempuan tu."

"Haahlah, kuat juga dia ni." Kata-kata makcik terhadap Evie saat melihatnya yang boleh mengangkat pinggan mangkuk tanpa pertolongan orang lain. Agak terkejut.

"Ermm, maaf makcik. Mana saya nak letak ni?"

"Oh dekat sini. Letak je dekat sini nanti saya basuh." Diletakkan di tempat yang diarahkan.

"Nak saya tolong ke?" Tanya Evie yang bersiap untuk menolongnya.

"Eh tak pe, tak pe." Jawabnya. Saat mendonggak ke atas, makcik dihadapannya terkejut.

"Eehh, Adira! Awak Adira kan?!"

"Haah saya Adira. Jangan kata makcik lupa kat saya." Makcik dihadapannya hanya ketawa. Dia tidak perasan akan kehadiran Adira yang kian lama tidak pernah bertemu.

Keduanya berbual sedikit. Lama tak bertemukan.

"Emm, makcik saya pergi dulu eh."

"Ha pergi, pergilah. Jangan lupa kirim salam dekat suami Adira! Makcik sayangkan dia." Adira hanya tersenyum mendengar ucapannya.

Tak Seindah Bunga [C]Where stories live. Discover now