Bab 10

24 9 0
                                    

"Aryan?"

"Engkau lagi?" Orang di hadapannya hanya tersenyum. Dia tidak tahu harus berbuat apa. Sepertinya keduanya saling berkenalan.

"Aryan. Dengarkan mak cik dahulu. Ada sesuatu yang mak cik nak sampaikan." Rayu mak cik tersebut. Apa masalah dua orang ini?

"Dahlah mak cik. Jangan tunjuk muka mak cik dekat aku lagi. Dengan mulut puaka mak cik memang ngam bila disamakan dengan bangkai haiwan." Tergamam. Hanya berdiri dan mendengar celotehnya. Adira yang melihat dari dalam, keluar dari kereta.

"Abang. Ada apa ni?" Memandang wajah Aryan yang penuh amarah. Namun, hanya dengan memandang wajah Adira, itu sudah memadai untuk membuatnya tenang. Hanya Adira seorang aje ke yang boleh tenangkan Aryan?

"Assalamualaikum mak cik." Ucap salam daripada Adira dengan mengucap salam. Kelihatan dari wajah mak cik tersebut sahaja sudah tidak senang dengan kehadiran Adira. Salam pun tak dijawab. Pandang orang bukab main tajam muka.

"Abang." Memberi isyarat kepada Aryan untuk bertenang.

"Sudahlah mak cik. Kalau mak cik nak bergaduh pergilah tepi sungai buang diri mak cik dekat sana. Jangan mak cik kacau keluarga aku. Keluarga mak cik yang berterabur entah kemana tu, patut mak cik selesaikan." Berjalan ke arah keretanya. Aryan tidak meminta untuk membayar ganti rugi.

"Hmph! Kalau aku jadi kau Aryan, aku tak akan kahwin dengan anak kampung seperti dia ni." Terhenti langkahnya. Pintu dah dibuka tinggal masuk.

"Abang, abang!" Berlari untuk menghalangnya.

"Sebelum pelempang makan mak cik, baik mak cik pergi sekarang." Menuding ke arah mak cik di hadapannya. Ia dikenal sebagai mak cik Jenab. Mulut dia memang dikenal sebagai puaka.

"Menyampah betul!" Menutup pintu kereta dengan kasarnya. Nasib baik cermin masih kukuh. Kalau tak, terkulai je lah.

Sepanjang jalan, sepanjang jalan itulah keduanya duduk diam di dalam kereta. Nak bercakap takut kena marah pula. Bila tak cakap sunyi pula. Hanya musik sajalah yang mengisi kesunyian.

Banyak kali Adira memandang Aryan. Katanya nak memastikan Aryan okay je. Lagi dan lagi, telefon Adira berbunyi. Ia menerima mesej dari abahnya.

"Assalamualaikum Adira. Ni Ammar ada bertemu dengan Adira ke? Kalau ada, abah yang bagi alamat Adira dekat abang kau."

"Walaikumusalam abah. Ada Ammar bertemu dengan Adira. Dia bertemu dengan Adira dekat mall." Belum sampai seminit, mesejnya dibalas dengan cepat.

"Alhamdulillah kalau macam tu."

"Tapi abah. Abah suruh dia ataupun dia yang nak bertemu dengan Adira?" Mesejnya dibaca. Encik Hassan ni memang cepat reply tau.

"Abah tak suruh dia. Dia yang datang dekat abah minta alamat Adira." Setelah dibalasnya, Adira menutup telefonnya. Di benaknya masih dihantui dengan bayangan seorang lelaki yang sempat ia pandang sebelum pergi. Dengan gaya rambut yang sama seperti suaminya. 

Jauh Adira termenung, tak perasan dirinya dah sampai rumah.

"Tak nak balik ke?" Tanya Aryan. Kedua tangannya di kerusi tempat duduk Adira. Muka  berdekatan dengan muka Adira. Kalau Adira menoleh ke kiri, bibir dengan bibir akan bertembung.

Keluar dari kereta, dari muka pintu dah ada seseorang menunggu.

"Assalamualaikum ibu!" Memanggilnya dengan manja.

"Assalamualaikum, Ya Ummah."

"Walaikumusalam." Satu persatu kepala keduanya dipegang.

"Ibu, ayah mana?" Baru je masuk bilik terus tanya ayah mana. Aryan ni memang tak boleh jauh dari ayah dia.

Tak Seindah Bunga [C]Where stories live. Discover now