Bab 22: Cerita diputar belitkan : What do you think?

25 10 0
                                    

"Tak sangka eh kau dah kahwin." Ujar Ophelia untuk membuka perbualan. Ophelia memandang ke arah Aryan sambil tersenyum manis. Aryan hanya tunduk diam.

"Maaflah aku menghilang 3 tahun tanpa pengetahuan kau." Ujar Ophelia dengan rasa bersalah.

"Asal kau menghilang?" Tanya Aryan yang baru nak buka mulut. Adira hanya memerhatikan dari belakang. Meskipun ia tidak mendengar jelas apa yang dikatakan keduanya, niatnya untuk mengintai tetap ada.

Tak terkata Ophelia apabila diajukan pertanyaan seperti itu.

"Aku dah lama tunggu kau untuk kembali. Semakin lama aku tunggu semakin muak aku." Jelas Aryan. Dengan perasaan sekali ikut. Aryan yang telah setia menunggunya lama untuk kembali, akhirnya memutuskan untuk menikahi adiknya, Adira.

"Sorry." Satu patah perkataan sahaja yang mampu keluar dari mulut Ophelia. Aryan meletakkan tangannya ke dalam poket.

"Sizi bu kadar beklettiğim için üzgünüm."
(Maaf telah membuatmu menunggu lama.)


"Aryan..."

"Do you still love me?" Aryan yang mendengar langsung mendongakkan kepalanya. Ia memandang langit yang lagi cerah.

Adira pula hanya memerhatikan mereka dari kejauhan. Namun, tiba-tiba rasa sakit di hatinya menusuk. Ia memegang meletakkan telapak tangannya pada dada. Sama seperti apa yang dilakukan oleh Ammar saat hatinya selalu merasa kekosongan dan kesakitan.

"Ya Allah.." Saat memegang dadanya, ia melihat lagi ke arah Aryan dan Ophelia yang berdiri tidak jauh antara satu sama lain.

"I'm sorry Ophelia. I'm already married." Aryan melangkahkan kakinya. Kebetulan ibu bapa Aryan, Adira dan Syafiqah sampai tepat waktu. Syafiqah ingin teriak namun dihalang oleh Qila.

Sebaik Aryan melangkah kakinya Ophelia terasa sesuatu yang menusuk jantungnya. Baru je nak angkat kepala Ophelia menjerit ke arah Aryan.

"AKU DAH LAMA SUKA DEKAT AWAK! AKU JUGA DAH LAMA TUNGGU AWAK MENGATAKAN SESUATU KEPADA KU!" Dan memang jelas didengar. Ophelia menjerit sekuat hati dan penuh perasaan tanpa menghiraukan Adira mendengarnya.

"Zamira!" Ujar Encik Hassan mengetapkan giginya. Angin mulai bersepoi. Dedaunan berterbangan. Burung pula terbang tinggi ke udara. Syafiqah yang mendengar terkejut.

"I love you so much! Aku tahu kau dah kahwin tapi aku masih simpan janji kau. Aku tak akan tinggalkan awak Aryan!" Jantung bagaikan berhenti. Ingin bernafas sahaja susah apabila mendengar teriakan dari Ophelia.

"ZAMIRA AFREEN!" Teriak Encik Hassan dari atas yang dipagar.

"Adira.." Qila berlari ke arah Adira yang masih tercegat di bawah memerhatikan keduanya.

"Adira?" Tak terasa air hujan kembali membasahi bumi. Suasana yang cerah kembali bertukar hujan.

"Zamira Afreen." Encik Hassan laju berjalan. Ia menuju Ophelia. Puan Siti pula hanya berdiri sahaja. Encik Izman langsung mengekori Encik Hassan dari belakang takut si Ophelia makan pelempang.

Encik Hassan yang melihat anak kandungnya menangis dengan laju menuju ke arah Ophelia. Qila pula memeluk Adira dari samping. Aryan bergegas menghampiri sang isteri.

Ia tidak marah hanya kecewa.

"Sayang, itu-"

"Abang masih cinta dekat Ophelia ke?" Tanya Adira dengan lembut.

Tak Seindah Bunga [C]Where stories live. Discover now