Bab 30: Mission: Save us.

46 12 0
                                    

Telah tiba waktunya untuk berperang semula.

Awal paginya mereka dibangun dengan suara tembakan. Adira terperanjat mendengarnya. Adira yang tidur di peha Qila langsung bangun dan mengusap matanya.

"Good morning everyone! Good morning sayang." Jongkok dan memandang wajah Adira yang putih itu. Adira pula memalingkan mukanya. Zahir hanya tersenyum.

"Sir?"

"Pergilah. Biar aku urus semua ni. Jangan risau." Jawab Zahir kepada anak buahnya. Mata Syafiqah menoleh ke belakang. Segera anak buahnya juga faham apa yang dimaksudkan.

"Jangan lupa nyalakan pelacaknya." Ingat Zahir kepada anak buahnya itu.

"Fiqah. Kenapa Fiqah buat macam ni dekat mama dan papa nak?" Tanya ibunya dengan sedih. Hati sedih mengenang anak yang sanggup membuat ahli keluarganya ikut terseksa.

"Apa kaitan kami semua Fiqah?" Tanya ayahnya. Syafiqah semakin semak dengan semua pertanyaan yang diajukan. Bertubi-tubi soalan ditanya.

"Aku tahu korang akan menghalang aku buat macam ni. Jadi aku tak nak ada orang ganggu aku. Terutama akak."

"Jadi apa kena mengena dengan aku dan anak aku?!" Tengking mak cik Jenab.

"Sebab mak cik Jenab dah tahu apa yang sebenarnya terjadi." Jawab Adira dengan lantang. Ia tidak gementar. Ia tidak tergagap. Syafiqah pula hanya dapat memandangnya dengan penuh geram.

"Adira, Adira, Adira. Aku dah lama rancang semua ni Adira. Aku dah lama kenal Zahir, aku pun dah lama kenal keluarga dia." Jawab Syafiqah dengan lantang sembari tersenyum.

Syafiqah menoleh ke arah Zahir. Zahir pula sibuk dengan telefon bimbitnya. Ini kesempatan Syafiqah memberitahu sesuatu.

"Jangan cuba nak bongkarkan semuanya. Kalau kau berani bongkarkan segalanya, aku tak segan nak ambil nyawa kau." Syafiqah menolak kepala Adira dengan telunjuk jarinya.

Adira tak habis fikir. Meskipun ia felah merahsiakan semuanya bertahun lama tetap sahaja ia dikhianati. Ia merasa dirinya telah pun bersekongkol dengannya. Adira hanya mengangguk namun hatinya mempunyai niat disebaliknya.

Tuan Arshaq and Black Cover's Team.

"Tuan! Kami telah mendapat info baru. Kami telah melacak kedudukan mereka. Tampaknya mereka berada didalam bangunan yang lama dan tidak jauh dari sini!"

"Tak apa kita serbu mereka secara senyap. Kalau ikutkan plan aku nak kita semua serbu mereka dimalam hari. Tetapi kita kekurangan waktu dan risikonya mungkin mengambil masa yang lama." Jelas Tuan Arshaq kalau hendak ikutkan hatinya. Namun ini semua hanya untuk keselamatan semuanya.

"Aku tak kira pagi petang malam ke. Yang penting semua selamat termasuk isteri aku. Aku tak kisah pun kalau aku mati sekalipun." Jawab Aryan dengan penuh serius. Kalau dah serius si Azlan hanya setuju je dengan dia. Yelah sahabat en, kita harus back up sahabat sendiri.

Sebelum misi bermula Tuan Arshaq membesarkan suaranya agar yang lain dapat dengar.

"Tapi sebelum tu aku nak bagi korang dalam beberapa kumpulan. Aku nak Ammar dengan Hayes. Aryan seperti biasa kau dengan Azlan. Dan yang lain pula aku akan beri arahan seterusnya. Faham?" Semua mata fokus ke arah Tuan Arshaq.

"FAHAM TUAN!" Kesemua pasukan yang dimiliki oleh Tuan Arshaq memang laju buat kerja.

Pada awalnya Tuan Arshaq ingin memisahkan Ammar dan Hayes agar menjadi dua kumpulan. Kumpulan Ammar akan ditugaskan untuk menjaga keamanan di bandar bagi mengelakkan kekecohan berlaku. Yelah Tuan Arshaq takut kalau anak buah Zahir buat kecoh di bandar.

Tak Seindah Bunga [C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang