Bab 7

30 12 0
                                    

Tatkala pagi yang cerah. Adira yang sudah bangun, kepalanya masih menekup bantal. Mengantuk sangat si Adira ni. Perlahan-lahan matanya dipejamkan semula. Mendengar ketukan pintu, mata terbuka semula walaupun masih dengan keadaan mengantuk.

"Adira...dah bangunkan?" Panggil Puan Siti dari luar. Adira tiada kekuatan untuk menjawab. Iya semaksimal mungkin untuk membuka mulut.

"Adira?"

"Mmm..kejap. Bagi Adira beberapa minit lagi." Bangun dari katil dengan jalannya yang terhuyung-hayang.

"Masih tidur ke dia ni?" Soal hati Puan Siti. Dari suaranya sahaja kedengaran masih mengantuk. Setelah menunggu kira-kira 2 minit, Puan Siti memanggil semula.

"Adira? Ooo Adira." Puan Siti berhenti sejenak, "Aik, menghilang dah." Puan Siti membuka pintu. Ketika masuk, Puan Siti melihat Adira tertidur di lantai dengan bantal yang ditekupnya.

"Ya Allah! Ibu ingat Adira dah bangun!" Marah Puan Siti. Bercekak pinggang Puan Siti dibuatnya. Mendengar teriakan dari Puan Siti, matanya perlahan dibuka. Mendongakkan kepala ke atas.

"Eh! Ibu!" Langsung bangun dengan segera.

"Amboi, patutlah ibu panggil tak dijawab!" Pagi-pagi buta Puan Siti membebel. Nak suruh orang tinggi darah ke si Adira ni?

"Awak pergi mandi sekarang!" Menunjuk ke arah bilik mandi.

"Alah ibu. Adira belum nak mandilah. Nanti jelah." Bantah Adira dengan menbuat muka comelnya. Kononnya nak buat comel tapi lain pula jadinya. Puan Siti hanya mengangguk. Uishh, lain macam ni. Dibukanya almari, langsung memilih sesuatu. Entah apa yang dipilihnya sampai serius sangat.

"Ohh, yang ni besar ni." Mengambil salah satu hanger baju. Mata Adira yang mengantuk pun tiba-tiba menjadi cergas. Ya Allah mana tidaknya bila nampak hanger dah tahu memang dalam keadaan yang bahaya. Situasi kritikal!

"Pergi mandi sekarang." Diketapkan giginya, "Jangan lupa baca doa sebelum masuk!"

Adira bergegas mengambil tualanya langsung masuk.

"Haa..tahu pun takut." Puan Siti yang melihat ketawa. Mana tidaknya mat, kang kena tibai nanti, habis kita mat.

Setelah beberapa minit mandi, Adira turun ke bawah untuk pergi ke dapur. Adira menghidu sesuatu harum dari arah dapur.

"Weyy, nasi goreng! Ada telur juga!"

"Ibu tahu Adira suka telur kan. Jadi ibu masakan untuk Adira." Adira langsung memeluk ibunya. Tak ketinggalan juga untuk mencium pipinya.

"Lain kali biarkan Adira yang masak. Adira pun nak masak." Puan Siti tersenyum lebar.

"Kalau Adira nak masak pastikan dapur ibu tak terbakar ye. Kalau terbakar, ibu rendam Adira dekat sungai nanti." Ucapan Puan Siti bagaikan ancaman bagi Adira. Mendengarnya mata Adira tak berhenti berkedip.

"Okay fine. Ibu akan tengok suatu hari nanti!" Amboi, mencabar betul si Adira ni dengan Puan Siti. Dia belum tahu ke kalau Puan Siti marah macam mana?

"Ibu. Ayah mana?" Tanya Adira. Matanya mencari-cari di mana keberadaan Encik Izman.

"Ayah kamu kat luar belakang sana tu ha. Ibu tak tahu dia buat apa."

"Ohh. Adira ke sana kejap eh." Pergilah Adira untuk melihat ayahnya.

"Ay-" berhenti sejenak apabila Adira melihat ayahnya sedang asyik berbual dari telefon, "Ayah berbual dengan siapa tu? Gembira sangat dia hari ni. Apa yang buat hati ayah ni gembira." Tak habis-habis dengan pertanyaan di hati si Adira ni.

"Ha, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh." Encik Izman masih sahaja ketawa meskipun panggilan telefon dipadam.

"Amboi, ayah! Gembira sangat nampaknya. Ada berita gembira ke?" Tanya Adira dari belakang. Encik Izman menoleh kebelakang. Tetap senyuman Encik Izman masih terukir.

"Tak adalah. Ayah kau telefon tadi. Dia kata kaki ibu kau tu terpuruk kat longkang." Tersedak Adira mendengar.

"Ha?! Terpuruk! Ibu okay ke?!" Bukan main terkejut Adira mendengar berita ibu tirinya. Selama ini, berita yang menyakitkan hati. Bila Adira tak ada, lain pula perilaku yang dibuat ibu tirinya.

"Jangan risau dia baik je tu." Menepuk bahu Adira dengan perlahan. Adira menghela nafas lega ketika mendengarnya

"Biasanya muka awak macam sedih je bila cerita tentang ibu tiri awak tu." Encik Izman mula membuka mulutnya bercerita tentang ibu tiri Adira. Mendengarnya, Adira kembali menarik nafasnya.

"Tak ada lah. Mana ada sedih. Adira gembiralah." Balas Adira dan cuba untuk mengubah topik.

"Biarkan je apa yang berlaku. Ikhlaskan. Allah tahu apa yang kamu rasakan saat ini. Memang prosesnya panjang dan menyakitkan. Tapi percayalah dekat ayah, di akhir hujung cerita, pasti semuanya indah." Mendengar teliti terhadap nasihat yang disampaikan oleh Encik Izman. Entahlah mengapa hati tersentuh ketika mendengarnya.

Jika dipandang lama-lama, muka abahnya, Encik Hassan mula terpapar didalam benaknya.

Rindu Adira terhadap ayahnya masih belum terubati.

"Tapi ingat." Memegang bahu Adira. Di mata Encik Izman, dipenuhi dengan kasih sayang terhadap keluarganya, "Jangan sesekali berputus asa untuk selalu berdoa yang terbaik kepada Allah subhanahu wata'ala." Perghh, memang tersentuh mat dengan kata Encik Izman ni.

"Aik, kenapa muka ni macam nak nangis je." Reaksi Encik Izman berubah.

"Mana tidaknya, ayah yang buat Adira menangis."

"Alolo, kesiannya dia." Memeluk Adira dengan penuh kasih.

"Dah dah, berhenti menangis." Mengelap air mata Adira. Puan Siti yang dari tadi melihat keduanya, tak terasa hari yang cerah tiba-tiba mendung. Dah berkaca mata tu.

"Ya Allah, sejuk hati hamba-Mu ini melihat keluarganya hidup bahagia. Alhamdulillah." Hati Puan Siti berasa bersyukur atas nikmat yang diberikan.

"Adira, abang. Dah jom makan. Nanti sejuk pula makanan tu nanti." Adira dan Encik Izman bangun dari tempat duduk. Belum mencapai beberapa langkah, telefon Adira kembali berdering. Adira menerima panggilan dari sahabatnya Syafiqah.

"Ibu ayah, kejap eh sahabat Adira telefon."

"Ha yelah. Nanti cepat-cepat masuk tau." Adira mengangguk. Tanpa banyak basa basi Adira menjawab panggilan dari sahabatnya.

"Assalamualaikum, wahai sahabat tercinta."

"Walaikumusalam, wahai sahabat aku yang tersayangi." Keduanya langsung ketawa.

"Ha ada apa telefon ni?"

"Ni ha, aku nak ajak kau keluar hari ni. Aku nak ajak kau keluar pergi mall. Ada masa free ke?" Tanya Syafiqah.

"Agaknya aku ada masa free kot. Tapi kalau pasal keluar, aku kena minta izin dahulu dekat ibu bapa aku dan Aryan." Jelas Adira. Adira berharap Syafiqah faham akan maksudnya.

"Okay! Nanti kalau diizinkan roger tau. Nanti aku jemput. Tinggal bagi aku tempat kau je nanti."

"Alright, roger that. Tapi..kita berdua je ke? Laki kau tak ikut sekali?"

"Tak. Dia tak ikut. My habibi banyak kerja." Ada gelinya juga apabila Syafiqah menyebutnya, "Dah tu je aku nak sampaikan. Jangan lupa bagitahu! Assalamualaikum!" Memadamkan panggilan.

"Aik dah dipadam. Laju nya." Bebel Adira, "Walaikumusalam." Meskipun dah terlambat untuk membalas balik biarkan Adira menyebutnya.

Setelah menjawab panggilan, Adira masuk ke bilik.

Tak Seindah Bunga [C]Where stories live. Discover now