Bab 12: Ada apa dengan isi kepalamu?

42 10 0
                                    

"Awak. Aku minta maaf." Menghampiri Adira dengan rasa bersalah. Memang betul kata, Azlan. Jangan sesekali berpaling dari isteri.

"Abang..kalau abang masih cintakan dia. Okay Adira ikhlaskan. Adira tak boleh halang cinta abang dengan dia. Tapi kalau abang nak madukan aku dengan dia, aku Evie Adira bin Hassan sedia bercerai dengan abang." Jelas Adira dengan diikuti tangisan.

Dari mata sahaja jelas, bahawa keduanya saling mencintai satu sama lain.

"Adira tak nak diduakan. Adira sanggup di-" Tubuh Adira yang menggeletar dipeluk Aryan dengan erat. Tak terkata Aryan bila isterinya berucap sedemikian.

Tubuh yang kurus dipeluk dalam pelukan hangat.

"Adira tak nak kehilangan.." suara tangisan Adira membuatkan kakinya tidak dapat menampung beratnya. Kehilangan ibunya rasanya seperti ditusuk dengan tombak.

"Adira tak nak kehilangan... Adira.."

"Adira mengucap Adira. Cukup." Menutup telinga sang isteri. Si Adira pula, memeluk tubuh suami dengan eratnya. Berusaha mengeluarkan dirinya daripada terjebak dalam kesedihan.

Ammar yang tidak mahu mengganggu keduanya pergi dari tempat keduanya sedang berpelukan. Ia berjalan sambil tangannya di dalam poket. Melihat ada tempat duduk, ia mengambil masa untuk duduk dan berehat.

Pelukan dari keduanya mengingatkan masa lalu Ammar. Ia menggenggam kedua tangannya.

Kenangan di kepalanya mulai bermain. Sejak dahulu lagi, Ammar memang kurang mendapatkan kasih sayang. Katanya dirinya diabaikan oleh keluarganya. Pada waktu itu, ia hanyalah seorang anak kecil lelaki yang periang.

Entah mengapa, saat ini ia masih tersenyum.

"Mak! Ayah! Esok ada sesi bergambar dengan ibu bapa di sekolah. Jadi, Ammar-"

"Maaflah ye nak, kami berdua tak boleh pergi. Kami berdua ada urusan dekat sekolah abang kamu." Tersenyum yang tadinya terukir indah di wajah, hilang dengan cepat.

"Oh..ye ke?" Tersenyum dan mengelus kepala Ammar. Ammar berjalan menuju ke biliknya sambil tertunduk kecewa. Abangnya yang melihat merasa kesian.

"Mak ayah, tak apalah. Dengan abang punya tu boleh ditangguh bahkan boleh bergambar bila-bila masa."

"Eeh, mana boleh tak nak. Kami berdua dah membuat keputusan untuk pergi ke sekolah kamu." Ammar mempunyai adik-beradik seramai 4 termasuk dirinya. Yang 2 orang itu hanya diam mendengar ucapan mereka.

Tapi semakin hari, kelakuan mereka semakin membuatkan Ammar semakin diabaikan.

"Mak! Lawa tak lukisan Amm-"

"Ammar. Mak lagi sibuk ni. Mak tak ada masa." Bergegas mengambil handbag berwarna biru miliknya.

"Abang! Dah siap ke?" Memanggil sang suami. Tapi di fikiran Ammar ia masih mempunyai adik-beradik. Jadi ia berfikir untuk menunjukkan lukisannya. Ia berlari menuju abang kakaknya.

"Abang abang! Tengok lukisan adik! Cantik tak?"

"Hmm cantik sangat." Hanya bercakap tapi matanya masih melihat telefon. Ammar tidak berputus asa. Ia kembali menunjukkan lukisannya kepada kakak perempuannya urutan kedua.

"Akak! Cantik tak?"

"Hehe. Ughh.." reaksi kakaknya sedikit membuatkan hatinya rasa kecewa. Namun, sebaliknya ia pendam. Ia tetap senyum.

"Lukisan kau...hodoh sangat." Korang pun tahu kan lukisan budak macam mana ketika dahulu.

" Korang pun tahu kan lukisan budak macam mana ketika dahulu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tak Seindah Bunga [C]Where stories live. Discover now