Bab 25: Kemalangan

26 9 0
                                    

Adira berada di biliknya sendiri. Ia hanya duduk keseorangan. Ia tahu di luar sana sangat bising.

"Macam inilah." Encik Hassan bangun untuk menerangkan sesuatu.

"Kalau Aryan masih cintakan anak saya Adira, Aryan lepaskan Zamira. Tapi kalau Aryan cintakan Zamira, abah minta kepada Aryan untuk lepaskan anak saya." Semua mata memandang Encik Hassan. Dari percakapannya dan hatinya ia tidak ragu sama sekali. Namun, ucapannya membuatkan semua terkejut.

"Aku tak nak anak aku sakit hati. Dengan cara yang baik, Aryan lepaskan anak aku dan aku boleh bagi kau izin untuk kahwin dengan anak aku yang satu ini. Dan Zamira-"

"Abah." Baru nak cakap Encik Hassan menghalangnya.

"Dengar dahulu. Dan awak Zamira, abah boleh bagi kau izin untuk kahwin dengan dia tapi ingat jangan cari abah lagi." Encik Hassan telah membuat keputusan. Mungkin keputusan tersebut muktamad atau tidak mereka pun tidak tahu. Yang mereka tahu ialah berbincang dan memikirkan jalan yang lebih baik.

Puan Siti bangun dari tempat duduknya. Tak terasa matanya dah berlinangan air mata.

"Aryan buatlah keputusan sendiri. Ibu dah tak boleh buat apa kalau Aryan pilih Zamira." Kecewa! Sunggu kecewa hati seorang ibu. Apa yang salah dari didikan dia? Adakah ada yang salah? Atau ada yang kurang?

"Suka hati Aryan lah nak buat macam mana sekalipun. Ayah..dah tak kisah pun dengan ini semua. Tapi ayah nak nasihatkan, Aryan jangan sesekali mengangkat tangan Aryan terhadap Adira. Dan jangan sesekali kau menengking Adira. Ayah nak Aryan tahu, hati Adira tu tulus."

Semua dah pergi. Sahabat, ibu dan ayah pergi meninggalkan keduanya. Keduanya hanya duduk mendiamkan diri.

Pintu bilik diketuk.

"Dira?" Panggil abahnya dengan lembut. Adira mengelap air matanya.

"Masuk.." suaranya bergetar. Encik Hassan masuk sebaik sahaja mendapat izin. Encik Hassan duduk di sebelah anaknya.

"Kenapa abah jumpa saya?" Tanya Adira dengan tersenyum.

"Adira kena sabar dengan ujian Allah. Adira kena kuat. Adira kena kuat seperti emak Adira." Tegur Encik Hassan supaya Adira menguatkan hatinya. Meskipun sukar untuk diterima semuanya sudah diatur oleh Allah.

Pintu bilik dibuka. Yang datang ialah Aryan. Ia datang tanpa mengetuk pintu. Adira pula memandang tempat lain. Abahnya menepuk bahunya dengan lembut. Bangun dan meninggalkan keduanya di dalam bilik.

"Ada apa abang jumpa Dira?" Tanya Adira.

"Aku tahu awak kecewa dengan aku. Tapi awak kena faham perasaan saya. Aku tahu awak marah dekat abang."

"Abang tahu saya marah, abang tahu. Kalau abang masih cintakan Dira, abang lepaskan dia." Adira bangun dan memandang mata Aryan dengan penuh serius. Mata Adira mulai berair.

"Kalau abang masih cintakan kakak saya, abang lepaskan saya. Tolong. Saya tahu abang masih cintakan dia. Abang masih sayangkan dia." Mengelap air mata yang jatuh membasahi pipi.

"Abang tak boleh lepaskan semua ini. Cinta abang dekat dia macam laut dengan ikan. Sedalam apa ikan menyelam ia tetap berada di lautan. Kalaupun diambil seekor ikan di laut masih banyak ikan lainnya." Adira ketawa mendengar.

"Jadi Adira ni? Hiasan dalam lautlah? Hiasan dalam hidup abang macam tu?" Aryan memejamkan matanya. Tangannya ingin memegang tangan isterinya.

"Abang jangan nak pegang Adira!" Adira menuding ke arahnya.

"Adira tak terima lelaki macam abang! Abang dah beristeri tetapi abang macam tak ikhlas!" Kemarahan Adira memuncak. Sangat sakit hatinya apabila mengetahui Aryan masih menyimpan perasaannya.

Tak Seindah Bunga [C]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum