Bab 23: She is a good child. Do you believe that?

19 9 0
                                    

Berlaku banyak pergaduhan akhirnya telah menemukan jalan penyelesaian. Iika bergaduh tak ada gunanya kan. Adira yang baru je keluar dari bilik langsung turun ke bawah. Ia menghampiri sang suami dan juga sang abang.

"Ee..abang. Abah pergi mana?" Tanya Adira. Ammar dan Aryan serentak memandang Adira. Dah Adira tak sebut nama siapa en.

"Dengan siapa awak bercakap?" Tanya Aryan yang lagi minum air di atas meja. Ammar pula seperti biasa makan je kerja dia.

"Banyak abang di sini. Abang hensem." Menunjukkan kepada dirinya sendiri. Mata Ammar menjeling ke arah Aryan.

"Abang hodoh." Aryan tak tuli. Dia ambil buku digulungkannya langsung pap! Haa, ambik kau. Kan dah makan pelempang lagi. Ammar hanya dapat menahan kesakitan.

"Main kasar dia ni." Ujar Ammar dengan nada yang rendah. Adira yang berdiri di hadapan keduanya tak dihiraukan. Kesian pula si Adira ni.

"Abang Yan." Tersedak Aryan mendengarnya. Mulut Ammar yang penuh dengan kuih nasib baik tak terkeluar balik. Adira memang sengaja nak usik Aryan ni. Perangai dia 2 kali 5 perangai Ammar.

"Abang Yan.." Ammar menutup mulutnya ketika ketawa.

"Abang, abah pergi mana." Menghampiri Aryan dan memegang bajunya. Ammar tengah syok makan memang tak kisah dekat orang lain. Dia kisah dekat diri dia sahaja.

"Dia pergi ke penjara. Nak bertemu dengan ibu kau."

"Asal abah tak ajak Adira pergi sekali." Monyok muka Adira apabila abahnya tak mengajak dirinya untuk pergi sekali.

"Ni..laki kau yang sepatutnya kau tanya. Dia tak suruh kau pergi. Dia bantah cakap ayah kau tadi. Tapi nasiblah ayah kau faham apa maksud Aryan." Jelas Ammar yang suka sangat menyampuk. Mendengar apa yang dikatakan Ammar, Adira tidak segan mencubit lengan suaminya.

"Ni Yan. Syarikat bapa kau punya tak diuruskan ke?" Tanya Ammar yang selalu melontarkan pertanyaan yang random. Aryan hanya menggelengkan kepalanya. Ia lebih menjadi pendiam disaat ditanya orang lain. Kalau dengan orang yang dicintainya kebanyakan lebih bercakap tapi jarang sekalilah.

"Dira." Panggil Zamira dari atas. Adira langsung mendongakkan kepalanya. Adira tak segan langsung naik menghampiri Zamira. Ammar dan Aryan hanya dapat tengok jelah.

Keduanya nampak akrab. Zamira membawa Adira untuk pergi ke luar dahulu. Yelah untuk menghirup udara segar dekat balkoni.

"Ada apa akak panggil saya ni?"

"Sebelum aku mula bercakap baik kita duduk dahulu. Tak akan nak berdiri." Zamira mempersilakan Adira untuk duduk terlebih dahulu.

"Aryan ada bagitau apa-apa ke dekat Dira?" Jelas sekali raut wajah Adira kelihatan hairan.

"Yelah macam..hmmm..dia cerita tentang seseorang dekat kau." Adira berfikir sejenak.

"Tak ada. Yang ada dia asyik bagitahu dekat aku yang dia ni selalu menjalankan misi berbahaya. Yang ada dia cerita pasal Azlan, sahabat dia." Zamira mendengar penjelasannya dengan penuh senyum. Seketika Zamira menundukkan pandangannya.

"Kenapa akak tanya?" Tanya Adira sambil bertopang dagu. Zamira hanya ketawa.

"Aku teringatkan masa lalu aku dengan dia." Alamak, Zamira ungkit pula cerita dia dengan Aryan. Adira mengubah posisi duduknya. Tadinya bertopang dagu sekali bersandar pada kerusi.

"Aku tahu Adira dah kahwin sekarang dengan dia. Tapi cinta akak dekat dia masih terpendam. Akak tahu akak tak sepatutnya mengungkit semua ini." Mata Zamira memandang mata Adira. Adira pula berpura-pura senang dengan ceritanya.

Tak Seindah Bunga [C]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora