Bab 9

33 10 0
                                    

"Kau pergi bagitahu dia, aku tak datang mesyuarat nanti. Dan suruh Karim yang ganti." Serius dengan orang lembut dengan bini. Kadang serius dengan orang serius juga dengan bini.

"Baik!" Telefon Aryan berbunyi. Aryan tidak memperdulikannya. Sekali lagi telefon Aryan berbunyi. Disebabkan gangguan bunyi telefon, Aryan dengan muka marahnya membuka telefon.

Saat melihat notifikasi mesej, Aryan langsung membuka tanpa bertanya langsung. Dari reaksinya sahaja kelihatan muka Aryan tidak senang. Aryan menutup semula telefonnya dan meletakkannya dengan kasar.

"Apasal dengan muka dia itu? Marah sangat aku nampak." Gumam hati Lan yang melihat sahabatnya itu.















Adira masih berada di dalam bangunan serba moden. Adira makan bersama sahabatnya dan juga abang sepupunya di luar bangunan. Yelah kedai makan minum semua diluar. Kelihatan mereka sangat gembira keluar bersama.

"Ohh, jadi awak sepupu dia. Aku ingatkan siapa tadi." Ammar hanya mengangguk. Di mulutnya penuh dengan makanan.

"Oh ini Adira nanti kau balik naik kereta aku kan?"

"Maaflah ye Sya. Aryan datang tolong jemput aku nanti katanya." Memegang bahu Syafiqah dengan rasa bersalah.

"Alah, tak apalah. Aku okay je." Ammar tidak berbunyi. Dia hanya makan dan terus makan. Tak tahulah berapa pinggan dah dia habiskan. Ammar ini orangnya kuat makan tapi badan tak gemuk-gemuk. Masih kurus. Kalau pasal fizikal memang kuatlah, dah macam setaraf dengan fizikal tentera.

Ammar sibuk dengan diri sendiri. Dia tak sibuk pasal orang kalau ada makanan di depan matanya. Adira dan Syafiqah pula sibuk bercakap benda sesuatu.

"Eh kejap eh, aku nak buat pembayaran." Baru nak bangun Adira, tangannya dipegang oleh Syafiqah.

"Biarkan aku yang bayar."

"Eh tak apa. Biar aku yang bayar." Keduanya berebut nak bayar. Namun, si Ammar ini pula masih meneruskan makanannya. Tak apa makan ajelah Ammar.

"Kau lepaskan tidak? Ku potong kepala kau nanti." Waduh. Baru pertama kali ini Syafiqah dilontarkan ucapan seperti itu. Syafiqah tidak ada daya untuk melawannya. Adira yang tidak sengaja mengeluarkan perkataannya, ia segera meminta maaf kepada Syafiqah.

Demi permintaan maafnya, Adira berjanji akan membeli sesuatu yang sahabatnya sukai. Mendengarnya, terukirlah senyuman manis di wajahnya. Syafiqah mengangguk sembari tersenyum lebar. Adira langsung pergi untuk membuat pembayaran.

Namun di hati Syafiqah, dia terasa sedih kerana sahabatnya begitu kejam sehingga ingin memotong kepalanya. Bertopang dagu dengan ekspresi muka sedihnya. Matanya tertumpu kearah Ammar.

"Aku ingat kau dah mati. Rupanya belum lagi." Dengan nada kecil. Mula menarik nafas dan menghembuskannya kembali. Dia tak selesa ke dengan Ammar? Ammar memandang ke arah Syafiqah.

Terhenti sejenak. Ammar menoleh ke belakang namun tiada apa yang pelik.

"Kau umpat aku ke?" Tanya Ammar dengan nada mencurigakan.

"Mana ada aku umpat engkau. Jangan fitnah eh." Mereka berdua ini memang tak akan akur ini.

"Yelah, kau cakap tadi 'aku ingatkan engkau dah mati' lepas itu kalu tengok aku. Umpatlah itu."

Syafiqah memandangnya. Syafiqah mengambil telefonnya yang sudah lama dipegang saat Adira bangun untuk membuat pembayaran.

"Kau nampak apa yang aku main? Ee, kau. Aku cabut juga mata kau nanti."

"Aik, aku mana tahu kau sedang main. Aku tengah sibuk makan-makanan sedap ini." Syafiqah memalingkan mukanya. Ammar pula mengejeknya. Tangan dan mulut itu harus bekerja. Ambil makan, ambil makan.

Tak Seindah Bunga [C]Where stories live. Discover now