Bab 16: Ammar Izan Dan Aryan Hadi

23 10 0
                                    

"Lantaklah mak cik nak kata apa. Dahlah mak cik saya nak pulang. Malaslah nak layan orang tua macam mak cik ni." Ia pergi meninggalkan mak cik Jenab. Mak cik Jenab yang tampaknya memang sakit hati dengannya.

"Baik kau lepaskan anak aku. Kalau tak-" langkah Ophelia terhenti.

"Kalau tak apa? Eww tacod.." ketawa sambil menutup mulutnya. Mak cik Jenab mengeluarkan telefonnya. Rakaman suara telah dipasang. Ophelia yang melihat pun terkejut dengan tingkah laku mak cik Jenab yang ternyata bijak orangnya.

"Kau lepaskan anak aku sebelum rakaman ni sampai dekat Aryan dengan keluarga dia sekali." Ophelia tidak terkata apabila mendengar ancaman mak cik Jenab. Namun, tanpa disedari ada seseorang lelaki muda di belakang mak cik Jenab. Ophelia dengan senang hati melanjutkan perjalanannya dengan memakai cermin mata.

"Mak cik jangan nak macam-macam eh. Kau hapus rakaman tu sekarang, sebelum peluru menembusi kepala mak cik." Ujar lelaki tersebut. Mak cik Jenab dengan tangan yang menggigil langsung menghapuskan. Ia tidak boleh berteriak. Mulutnya ditutup dengan rapat.

"Thank you." Menolak mak cik Jenab. Saat mak cik Jenab menoleh lelaki yang menutup mulutnya menghilang sekelip mata.

"Abang, abang yakin ke motor ni hidup dengan baik?" Tanya Adira kepada Aryan. Keduanya hanya melihat Ammar menarik motor yang telah rosak di tempat penyimpanan.

"Kita masih boleh membaikinya walaupun nyawanya hampis tidak boleh tertolong." Ujar Ammar yang memang pakar dalam membaiki kenderaan. Ammar hanya memandang Adira dan Aryan yang lagi menyilangkan tangan.

"Okay you know what. Daripada kau berdiri sebelah adik aku baik kau kesini tolong aku baiki ni. Kau jadi assistant aku ke.." Aryan menghela nafasnya. Nampak sangat dua orang ni belum akrab.

"Eh eleh kau jangan nak tarik nafas kau tu. Kalau kereta kau rosak ha mampus kau. Biar kau seorang seorang tolak kereta tu." Bebel Ammar. Uih pandai pula si Ammar ni membebel. Tapi kalau bab mengusik orang itu memang nombor satulah. Adira menggelengkan kepalanya.

"Bilalah korang berdua ni nak akrab. Pening kepala aku." Gumam hati Adira yang semakin pasrah.

"Kau tolonglah aku baiki ni. Jangan duduk tengok je." Ha, mulalah keduanya bergaduh.

"Eleh, cakaplah tak pandai buka." Jawab Aryan yang dari tadi tengok je si Ammar ni baiki motor.

"Lama-lama aku pukul juga kau pakai cermin motor ni nanti."

"Eh ehh! Korang berdua ni asyik nak bergaduh je. Alang-alang korang berdua buka je gelanggang gusti dekat sini. Dekat belakang rumah pun jadi. Kan dekat belakang besar ruangnya." Ha ambik korang kan dah kena marah. Adira dari tadi tengok je tingkah korang, last last kena marah.

Keduanya langsung terdiam. Mahu tak mahu baiki motor bersamalah. Adira yang hanya duduk memerhatikan keduanya tiba-tiba Adira teringat sesuatu. Kembali kepada masa lalu dimana sebelum Adira meninggalkan rumah ayahnya dan mengikuti suaminya, keduanya sempat bermain basikal.

"Abang, cubalah try main basikal kesayangan Adira ni." Di mata Aryan basikal tu kecil je. Kalau nak dibandingkan dengan tubuh Aryan, memang besarlah tubuh Aryan ni daripada basikal. Yelah, basikal yang berwarna merah jambu tu selalunya dibawa Adira untuk pergi ke sekolah. Terkadang digunakan membawa barang dari rumah untuk dijual.

"Basikal ni kecil badan aku ni besar, jadi tak muat aku nak naik."

"Eh muatlah. Cubalah dahulu." Rayu Adira.

"Anak Encik Hassan ni memang suka memaksa orang ke?" Tanya Aryan yang memang ketika tu mulutnya perghh menyakitkan hati!

"Kalau Adira tahu perangai abang macam ni, Adira dah lama tak ingin nak berkahwin dengan abang. Abang ingat Adira nak sangat ke kahwin dengan abang!" Kononnya nak berguraulah, tapi tak tahulah pula apa respon si Aryan ni.

Tak Seindah Bunga [C]Where stories live. Discover now