Bab 15: Keluarga

30 9 0
                                    

Puan siti menjadi penat saat melayan kerenah Qila yang tak henti-hentinya marah kepada Ophelia. Di belakang ia melihat Ammar duduk seorang diri dengan ditemani buku. Ia menghampiri Ammar yang sedang asyik melukis.

"Ai Ammar. Tengah buat apa tu sampai jauh sangat termenung?"

"Eh tak adalah mak cik. Tengah melukis ni ha." Puan Siti duduk disebelah Ammar.

"Cantiknya lukisan." Mendengarnya, Ammar terkejut. Ia memandang Puan Siti seperti ia memandang ibunya waktu masih kecil.

"Gambar apa tu? Gambar family ke?" Tanya Puan Siti. Ammar mengangguk. Encik Izman pun menghampiri keduanya untuk melihat apa yang tengah mereka buatkan. Rasa ingin tahu Encik Izman ni memang tahap 10 kali lipat.

"Canti lukisan ni. Ni siapa perempuan ni?" Tanya Encik Izman menunjukkan ke arah lukisan seorang perempuan.

"Tu...ibu saya."

"Ohh ibu. Jadi tema nya tema keluargalah." Ammar mengangguk lagi.

"Ni saya nak tanya Ammar." Ammar meletakkan lukisannya ketepi. Encik Izman yang sudah tertarik dengan lukisan mengambil lukisan Ammar.

"Kenapa..lukis gambar family? Rindu ke?" Badan Ammar tidaj boleh duduk diam.

"Saja."

"Beritahu jelah mak cik. Jangan nak dirahsiakan."

"Nak keluarga yang bahagia dan adil dalam membahagikan kasih sayang." Encik Izman yang tadinya tak henti melihat lukisan Ammar, perlahan-lahan diletakkannya disisinya.

"Kenapa cakap macam tu?"

"Aku dahulu bukannya pandai sangat dalam mata pelajaran. Semua adik beradik aku pandai dan aku seorang je yang tak pandai. Aku tak membawa apa-apa yang dapat menggembirakan hati mereka. Aku hanya membawa keputusan yang mengecewakan. Keputusan yang aku anggap baik pun aku dah bangga mak cik. Tapi dunia kata lain, itu pun bukannya baik sangat."

Encik Izman mengeluh.

"Jangan takut sangatlah dengan kata orang. Jadikan semuanya sebagai motivasi awak." Menepuk bahu Ammar. Aryan yang tiba-tiba muncul dari sisi ibunya.

"Ibu."

"Astaghfirullahalazim!" Ketiga-tiga mereka terkejut.

"Mana Adira?"

"Manalah ibu tahu. Tadi last ibu nampak dia pergi kat atas. Sekarang ibu tak tahu dia pergi mana."

Aryan pun pergi untuk mencari Adira.

"Habislah aku." Gumam hati Adira.

"Adira?" Panggil Aryan. Tetap tidak menjawab. Adira yang mendengar panggilan gelabah. Entah apa yang dibuatnya sampai gelabah.

"Sayang?" Noh, dipanggil sayang tetap Adira tidak menjawab.

"Sa-" Aryan melihat Adira sedang berlari ke arahnya.

"Apa yang kau buat ni?" Tanya Aryan dengan pelik.

"Salam hormat Tuan Aryan Hadi! Saya Evie Adira ingin menyampaikan sesuatu bahawa.." Adira tidak berani meneruskan perkataannya.

"Bahawa apa? Apa lagi yang awak lakukan?" Tanya Aryan yang memang sudah tahu perangai sang isteri bagaimana. Ia membongkokkan sedikit tubuh badannya agar isterinya tidak mendongakkan kepala.

"Bahawa...kereta abang tercalar. Dan saya tidak sengaja melakukannya." Menundukkan kepala. Mendengar riuh, Puan Siti bangun untuk melihat. Aryan yang mendengar, tidak tahu berkata apa.

"What?"

"Mampuslah aku!" Gumam hati Adira. Dirinya bagaikan berada di zone bahaya. Adira memandang ke arah mata Aryan. Tetapi dirinya menolak saat melihat mata Aryan tajam benar memandangnya.

Tak Seindah Bunga [C]Where stories live. Discover now